31/11/95 adalah tarikh kami mula hidup bersama. Begitu cepat masa berlalu, kini sudah 16 tahun kami lalui kegembiraan dan cabaran hidup bersama. Kami bersyukur kehadrat illahi atas masa tersebut, so tahun ini, kesyukuran kami digambarkan melalui majlis tahlil untuk kami mengucapkan syukur dan mengingati keluarga yang telah terlebih dahulu meninggalkan kami. Abah menjemput rakan-rakan ‘residence staff’ dan keluarga mereka kerumah untuk majlis bacaan Yaseen dan tahlil ringkas.
Diantara mereka yang hadir di majlis tersebut
Tazkirah ringkas selepas sembahyang, sementara menunggu sembahyang isya’
Hidangan yang kami sediakan.
Dari pagi kami memulakan persiapan. Inilah pembantu saya. Kasihan anak mama, peluh-peluh angkat barang and membantu dalam urusan potong memotong dari kupas bawang sehinggalah potong daging!!!. Apa nak buat, dialah satu-satunya anak mama. Dah besar anak mama dan dah boleh tolong mama Alhamdulillah. Terima kasih emak yang membantu saya dari pukul 8:30 pagi sehingga jam 10:00 malam. Masa bersama emak yang amat saya hargai, mempelajari tips-tips memasak terutamanya memasak pulut kuning. Terima kasih kepada Lan and the geng yang membantu mengangkat perabut-perabut diruang tamu bagi memberi ruang majlis, dan mengangkatnya kembali selepas malis selesai. Terima kasih kepada pelajar-pelajar latihan praktik yang membantu membasuh pinggan dan cawan. Terima kasih juga kepada semua yang sudi hadir dan meraikan majlis tersebut.
Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan dengan baik . Syukur Alhamdulillah diatas rezeki yang diberikan, semoga tahun depan kami dapat melakukan majlis yang sama. Syukur Alhamdulillah diatas rezeki dan kebahagian yang diberikan Allah kepada kami sepanjang 16 tahun yang lepas. Moga-moga kebahagian kami berkekalan sepanjang hayat kami. Ameen.
p/s Saya terharu melihat emak yang saya kira terasa kehilangan ayah dan adik. Mengetahui majlis tahlil juga untuk mereka, emak beriya-iya membantu saya dari mula sehingga habis. Emak kelihatan sebak sewaktu majlis yassin tersebut. Saya kira emak hidup bersama ayah hampir 40 tahun. Kelihatan juga, kudrat emak sudah berkurangan berbanding dengan beberapa tahun dahulu…
0 comments:
Post a Comment