Friday, December 9, 2011

Doughnut ubi kentang Kak Faezah

Resepi ini saya dapat dari Kak Faezah sewaktu berkunjung ke rumah Rewa malam tadi. Cuma resepi ini untuk sekilo tepung, banyaknya kalau nak buat untuk dimakan sekeluarga. Anyway, insyaAllah nanti saya cuba. Terima kasih Kak Faezah.20111209_212123

Bahan bahan

  • 4 biji ubi Kentang
  • 1 kilo tepung
  • 1/2 cawan margerine
  • 1 packet yeast dan 1/2 cawan air suan
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • secubit garam

Kaedah membuat

  • Rebus ubi kentang dan blend dengan telur
  • Rendam yeast dengan air suam
  • Bancuh tepung dgn air yeast, margerin dan secubit garam. Uli sedikit tepung, jika perlu tambah sedikit air
  • Biar doh naik selama 2 - 3 jam
  • Gunakan acuan doughnut untuk bentuk kuih
  • Biarkan seketika (5-10 minit) sebelum digoreng
  • Tabur sedikit gula halus selepas diangkat

Selamat mencuba


Published with Blogger-droid v2.0.1

0 comments:

Post a Comment