Friday, December 2, 2011

Pulut Kuning Emak

Salah satu masakan emak yang terkenal disini adalah pulut kuning yang lembut dan lemak (beberapa jiran telah meminta emak buat pulut kuning untuk mereka!!!). So semalam saya mengambil kesempatan untuk mempelajari teknik buat pulut kuning dari emak. Saya dokumenkan disini untuk perkongsian bersama, especially untuk Yati Smile

Bahan-bahan

  • 1.5 kg pulut direndam semalaman bersama 1 keping asam keping dan segenggam kunyit serbuk (saya rendam dari pukul 10 malam untuk dikukus pada pukul 2:00 petang esok). Nota: pulut akan kembang sedikit sekepas direndam.
  • 2 mug santan pekat dicampur dengan sedikit garam
  • beberapa helai daun pandan
  • beberapa helai daun pisang untuk mengalas pulut yang telah dimasak

Kaedah membuat

20111201_14024320111201_140401

  • Didihkan air dalam pengukus.
  • Pulut yang telah direndam, dibasuh dan dimasukkan dalam pengukus. Masukkan beberapa helai daun pandan
  • Kukus dalam 20 minit. Beberapa kali, balik-balikkan pulut yang sedang dikukus.

20111201_141717

  • Sediakan santan

20111201_143207

  • Selepas 20 minit, keluarkan pulut kedalam besen / dulang
  • Gaulkan santan sedikit sedikit kedalam pulut. Gaulkan sehingga rata

20111201_144112

  • Masukkan semula pulut kedalam kukusan dan kukus kembali dalam 20 minit atau sehingga masak.

20111201_150918

  • Alas bekas dengan daun pisang dan letak pulut yang telah dimasak.
  • Pulut kuning yang telah siap, sedap dimakan dengan rendang tiga beradik emak (rendang daging, paru dan limpa).

20111201_155921

Okay Yati..boleh cuba buat dah…

0 comments:

Post a Comment