Saturday, September 26, 2009

Secupak beras

mac9 233

Ini adalah bekas yang digunakan untuk menyukat secupak beras terutamanya untuk menyediakan nasi dagang. Terima kasih Mak Da kerana menghadiahkan bekas tersebut kepada kami.

Nota: ramai yang bertanya berapa banyak secupak beras ini – saya dah buat experiment, muatannya sama dengan 10 cawan beras (yang datang bersama periuk nasi letrik tu)

 

Nasi dagang Terengganu Mak Da

Bahan

  • 2.5 cupak beras siam + 0.5 cupak pulut
  • sedikit bawang merah
  • halia
  • halba
  • santan
  • garam

Cara memasak

  • beras direndam malam sebelum tidur.
  • Kukus beras seketika.
  • keluarkan dari bekas dan gaulkan dengan pemancar santan, garam dan sebahagian bawang dan halia – kukus kembali sehingga masak lebih kurang 45 minit
  • keluarkan dari kukusan dan gaulkan dengan pati santan, halba dan baki bawang.
  • biarkan sebentar sebelum dihidangkan.

Kuah Nasi Dagang

Bahan

  • 2 ekor ikan tongkol (ayer kata orang Terengganu)
  • 6 ulas bawang merah,
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit lengkuas
  • sekeping gula manisan (melaka)
  • 2 sudu besar lada kisar
  • sebungkus rempah kuah nasi dagang
  • sekeping asam keping
  • santan dari sebiji kelapa.
  • sedikit cili kecil
  • sedikit asam belimbing (jika suka)

Kaedah

  • Ikan tonggkol dibersihkan dan dikukus bersama sedikit garam dan asam keping, Dibiarkan semalaman. Simpan air kukusan ikan
  • Dikisar bawang merah, bawang putih dan lengkuas.
  • panaskan minyak dan tumis bahan kisar, bila bangkit bau, masukkan lada dan kacau sehingga masak, masukkan rempah.
  • Masukkan santan, air kukusan ikan, asam keping, garam, gula dan biarkan mendidih dengan perlahan.
  • Masukkan cili kecil (tanpa dibuang tangkai) dan asam belimbing.
  • Masukkan  ikan apabila kuah telah pekat dan didihkan sebentar sebelum diangkat.

Okay Ti.. semoga berjaya….

0 comments:

Post a Comment