Beberapa rakan meminta resepi kek lapis asam manis yang saya buat tempoh hari. Berikut adalah resepinya yang saya ubah suai sedikit dari buku masakan --
Bahan A
- 350 gm mentega
- 100 gm gula kastor(resepi asal 150 gm yang saya rasa sedikit manis)
- 5 sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
- 14 biji kuning telur
Bahan B
- 150 gm gula kastor
- 6 biji putih telur
- 1/4 sudu teh krim of tatar
Bahan C
- 180 gm tepung naik sendiri
- 2 sudu teh rempah campuran
Bahan D
- 10 bungkus asam manis (asam gambir orang terengganu kata)
- 3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat sebagai bahan sapuan
- sedikit pewarna merah / hijau
Kaedah.
- Sapukan tin pembakar 8in X 8 in dengan mentega / marjerin. Letak kertas minyak.
- Satukan mentega, gula kastor, susu pekat dan esen vanilla dari bahan A dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan berkrim
- Masukkan kuning telur sedikit-sedikit sambil dipukul hingga sebati.
- Dalam bekas lain pukul bahan B selama 5 minit sehingga kembang.
- Ayak tepung dan serbuk rempah dan masukkan kedalam aduan mentega, gaul sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 adunan. Salah satu darinya diwarnakan dengan warna kesukaan – saya suka merah.
- Ambil secawan adunan (tanpa warna) ratakan dalam tin pembakar. Bakar dengan api atas dan bawah sehingga kek bewarna perang.
- Cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekankan rata. Sapu dengan bahan sapuan.
- Susun kepingan asam manis atas lapisan kek.
- Ambil satu cawan adunan warna dan ratakan. Bakar dengan menggunakan api atas sahaja.
- Ulang 3 langkah terakhir sehingga aduanan habis. Selang – seli diantara warna adunan.
- Selepas lapisan terakhir masak, tutup permukaan tin pembakar dengan kertas aluminium. Bakar dengan api atas dan bawah selama 15 minit.
Selamat mencuba…
0 comments:
Post a Comment