Jumpa lada-lada ini sewaktu kepasar beberapa hari lepas. Teragak nak makan Solok Lada (lada sumbat isi ikan) for lunch. Inilah rupa lada yang telah dimasak.
Berkonsi resepi dengan mereka yang berminat :) .
Bahan-bahannya
- 5 biji lada (saya pilih yang lurus dan ‘gemuk’ sikit
- 4 ekor ikan selayang yang baru
- 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih
- 1/2 camca teh serbuk lada hitam
- sedikit garam, sehiris halia
- 1/2 cawan kelapa muda diparut / kelapa parut putih saja
- 1/2 cawan santan kelapa pekat
Kaedahnya
- Dalam lesung batu, tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kelapa muda (jangan sampai hancur).
- Masukkan isi ikan selayang dan tumbuk sedikit lagi.
- Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Belah lada dan buang biji cili. Lada ni boleh tahan juga pedasnya.
- Masukkan ramuan yang telah ditumbuk dalam isi cili hijau. Susun dalam periuk. Pastikan bahagian yang diisi ikan berada di atas.
- Masukkan sedikit garam dalam santan pekat dan curah santan atas lada dalam periuk.
- Masak atas api dengan menggunakan api perlahan sehingga santan hampir kering. Jangan terlalu lama untuk mengelakkan cili dari hangus.
Saya masih ingat lagi, Solok Lada dimakan dengan nasi kerabu di Machang dulu. Selamat mencuba….
Nota: Sekiranya lesung batu anda kecil, tumbuk satu persatu bahan dan gaul dalam besen :) .
0 comments:
Post a Comment