Wednesday, August 8, 2012

Gulai buah sentul Mak Da

20120729_120952

Ini adalah buah sentul yang boleh didapati dipasar-pasar. Ada dua jenis, satu yang berbulu kulitnya sedap untuk dimakan (dikenali juga dengan nama buah Tampoi di Johor) satu lagi sedikit mengerutu kulitnya dan sesuai untuk dibuat lauk. Terima kasih Mak Da yang sudi berkongsi lauk ini dengan saya.

20120729_122905

Buah ini dibelah dua, dibuang isinya dan direbus dalam 5 minit. Buang kulit dan dilicik.

20120729_135457

Inilah rupa buah sentul yang telah siap diproses. Bahan-bahan lain :-

20120729_125445

Sedikit kacang panjang dan terung yang direbus sebentar (Bila air mendidih, tutup api)

20120729_135504

3 ulas bawang merah, sedikit petai dan sebiji cili merah dihiris.

20120729_135515

3 ekor ikan selayang/kembong segar, dikukus dan diabil isinya, dihancurkan.

20120729_135602

Santan kepasa dalam RM2.00.

Kaedah membuatnya— Mudah sangat. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kacau bagi mengelakkan kuah mendidih. Inilah rupa gulai yang telah dimasak.

20120729_141209

Bagi yang berminat.. selamat mencuba.

ps – kalau tiada buah sentul, lauk ini juga sedap dimasak dengan menggunakan terung bulat yang dibakar atas kuali sekejap.

2 comments:

  1. Assalammualaikum kak Norlela...
    puas sudah shya cari resepi ni. my MIL mmg slalu wat sayur ni klu tiba musim buah ni kt ganu.. n mknn ni mmg fav shya...so skg ni dh ada resepi leh la wat sindrik... tp mcm ssh sket nk dpt buah ni kn?

    mohon izin amik resepi ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sekiranya ianya dapat mengiratkan hubungan, gunakanlah semoga hidangan yang disediakan bukan sahaja untuk menghilangkan perasaan lapar tetapi ia juga akan mengiratkan siratulrahim diantara keluarga amin...

      Yap buah ini bermusim. Sebelum ni pun jarang tengok buah ni kat pasar..

      Delete