Thursday, April 7, 2011

Sambal Belacan Special

IMG_0788

Bagi memenuhi permintaan rakan yang meminta resepi sambal belacan Smile. Resepi ini untuk satu mangkuk kecil yang sesuai untuk kami berdua makan waktu tengahari dan dinner.

Bahan-bahan:

  • 3 biji cili merah dan 3 biji cili kecil (petua orang tua, kena angka  ganjil untuk mengelakkan rasa pedas Smile)
  • Belacan sebesar ibu jari yang dibakar.
  • 1/2 biji mangga muda yang disagat
  • 1 sudu gula
  • 1/4 biji bawang besar yang di racik halus – dadu
  • 1/4 biji tomato yang dipotong dadu (kecil)
  • 1/2 biji limau nipis

(banyak juga bahan untuk buat sambal belacan ni !!!! Be right back

Kaedah:

  • Tumbok cili, belacan dan gula
  • masukkan mangga muda yang telah disagat, tumbok sedikit
  • masukkan bawang dan tomato yang telah diracik.
  • masukkan air limau nipis dan kacau rata.

Nota: Untuk sambal belacan sewaktu kenduri rumah Rewa, saya juga letak sebiji nenas yang disagat. Kalau guna blender, chili, belacan dan gula diblender dulu dan di toskan. Blend mangga, nenas, bawang dan tomato berasingan dengan cili dan toskan juga airnya. Gaul kedua-dua bahan, kalau kering, letak air yang ditos dari chili tadi. Campurkan air perahan limau selepas bahan digaul.

Good Luck.

Bagi mereka yang bertanya, ini adalah sagat yang saya guna untuk sagat mangga muda. Diantara peralatan dapur yang digunakan hampir setiap hari. Saya beli dipasar Kuala Berang once upon a time (tak ingat dah lama beli).

IMG_0789

2 comments:

  1. Thanks Kak Lela :)
    The best sambal belacan ever, sampai sanggup menambah 2 kali nasi untuk makan dengan sambal :)

    ReplyDelete