Tahun 1979, kami melangkah ke Sek. Men. Sains Johor Kluang, salah sebuah sekolah berasrama penuh yang pada masa itu hanya menerima pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 4A keatas bagi penilaian Darjah 5 terutama pelajar dari luar bandar. Masa tu kami menetap di Lenga (amatlah luar bandar . So saya bertuah kerana terpilih sebagai pelajar disekolah yang begitu banyak mencorak kehidupan saya pada masa ini.
Ini adalah gambar tingkatan 2M3. Kelihatannya begitu innocent sekali kita pada waktu itu. Gambar ini mengingatkan saya kepada Mr Lau yang mengajar matematik. Kegemarannya baling kapur dan buku. Pernah buku saya keluar dari tingkap, but we really enjoy his class. Cikgu Harun bertukar tempat dari sekolah menengah ke Universiti Teknologi MARA Dungun. Saya masih ingat beberapa tahun lepas betapa bangganya beliau memperkenalkan saya sebagai salah seorang muridnya di SMSJ. Mengajar bersama-sama guru sendiri di UiTM adalah pengalaman yang menarik buat saya, malah beliau pernah menghadiri kursus dimana saya yang mengajarnya.
Ini adalah gambar sewaktu kami di Tingkatan 5M3, betapa jauhnya berbeza. Saya masih ingat betapa kecewanya saya kerana tidak dapat bergambar bersama kerana demam sewaktu gambar ini diambil. Gambar ini mengingatkan saya kepada Cikgu Osman Nayan (Satu-satunya cikgu yang pernah memukul tangan saya kerana tak dapat jawap soalan dalam kelas . At the end, hampir kesemua pelajar dalam kelas dapat A subjek Sejarah dalam SPM.
Oh yes, saya adalah salah seorang pengawas sekolah. Kelihatan juga YB Ahmad Maslan. Menjadi pengawas memberi kelebihan kerana kami boleh belajar selepas pukul 11 malam (yang lain kena tidur atau curi-curi belajar). Ianya memberi peluang untuk saya mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.
Diantara sukan yang menjadi kegemaran saya ialah hoki. Malah kami pernah mewakili daerah Kluang dalam pertandingan hoki MSSM.
Go Suria….Dimanakah mereka sekarang ini ye?
Gambar terakhir yang kami ambil sebelum pergi kehaluan masing-masing. Pelajar-pelajar perempuan SMSJ Class of 83, kumpulan M3
Kini selepas hampir 30 tahun, Facebook menemukan kami semula. Betapa laluan hidup kita amat berbeza, ada yang kini telah menjadi pengurus, pengurus besar, cikgu, pengacara, penyanyi dan pastinya dugaan kami betul Ahmad Maslan jadi Yang berhormat. I miss the reunion yang mereka adakan pada minggu lepas, tapi jumpa gambar ini dari Facebook Anjang. Ramai yang saya dah tak kenal dari yang kenal.
Hopefully, saya boleh joint the next reunion. SMSJ Class of 83 tetap dihatiku….
0 comments:
Post a Comment