Sunday, January 1, 2012

Ikan Patin Masak Tempoyak

20120101_152100

Dengan menggunakan lebihan tempoyak yang dibeli untuk masak ikan baung minggu lepas, hari ini saya masak ikan patin masak tempoyak yang sering dimakan di R&R Temerloh setiap kali pergi atau balik dari Shah Alam. Bertambah nasi abah makan tengahari tadi Smile. Bagi yang ingin mencuba, ini adalah resepinya (gaya sayalah).

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan patin yang sederhana besar, dipotong dan dibersihkan.
  • 5 biji cili padi (ini sudah cukup pedas bagi saya) diblender dengan 1 cawan air dan 3 biji bawang merah kecil.
  • 2 hirisan lengkuas
  • 1 cawan tempoyak
  • sedikit garam (jika perlu, rasa dulu gulai sebelum letak garam kerana kebiasaannya tempoyak sudah ada garam)
  • segenggam daun kesom

Kaedah membuat:

  • Didihkan cili padi yang diblender tadi, hirisan lengkuas dan tempoyak.
  • Masukkan daun kesom dan ikan.
  • Masak sehingga ikan masak (10-15 minit) dengan menggunakan api perlahan (kalau tidak ikan akan hancur).
  • Perasakan dengan garam.

Selamat mencuba…

0 comments:

Post a Comment