Tuesday, November 29, 2011

Kek kukus coklat

Ini adalah resepi yang dihantar oleh Rewa melalui aplikasi whatsapp. Terima kasih. Esok saya cuba okay. Mohon izin utk dikongsi dlm blog ini

Bahan bahan

1 cwn koko

1 cwn gula kastor

1 cwn susu cair

1 cwn butter

1/2 cwn susu pekat

1 1/2 cwn tpung gandum

.1 teh sudu baking powder

1 sudu teh soda bicabonet

3 biji telur

1 sudu teh esen vanila

-Ayak tepung dgn koko,baking powder & soda bicarbonet.

-Campurkan butter, gula,susu cair & susu pekat dlm periuk ,kacau atas api perlahan .sejukkan.

-Pukul telur hingga kembang,kemudia masukkan adunan butter tadi.

-Panaskkan pengukus.

- Masukkan tepung sedikit2 kedlm adunan butter tadi dan kacau hingga sebati.

- Kukus dlm 30-40 minit.

Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, November 28, 2011

Saya suka Samsung Galaxy Note kerana…

1) Saiz skrin yang besar memudahkan saya mendail (keypad adalah lebih besar) dan menaip SMS – kurang kesilapan yang dilakukan berbanding dengan iphone. Suka saiz keypad yang lebih kurang saiz calculator Smile.

SC20111128-163149SC20111128-163504

2)Penggunaan Kies-Air yang memudahkan saya untuk download and upload gambar, ebook dll dari pc ke phone and vice versa. Penggunaan Samsung Kies sebelum ini tidak begitu praktikal.

kies air

3) Imej di skrin cantik, imej video cantik, imej sewaktu akses Internet cantik. At last ada peranti yang boleh menandingi if not the same as images displayed on Iphone Smile. Love it..

SC20111128-163518SC20111128-163557

SC20111128-170029

4)Suka penggunaan s-pen. Selain dari saya boleh buat note, saya boleh capture the screen using this device easily. Wow..saya suka yang ni.. tak perlu lagi guna print screen, paste inside Paint and crop. I can capture images of my favourite patchwork and quilt easily nowWinking smile. Best..best..best.. Masih banyak short cut menggunakan s-pen yang perlu saya pelajari…

pen

samsung-galaxy-note2samsung-galaxy-note

5) Gambar yang diambil dengan menggunakan camera cantik berbanding dengan gambar dari telefon yang pernah saya gunakan sebelum ini. Begitu juga dengan video capture (cuma memory phone tak banyak, I might have to increase the size in the future) Selain dari itu, imej disusun dalam album secara automatik termasuk imej yang dimuaturun dari blog-blog saya. Suka faciliti ni, sekali sekala tengok kembali gambar-gambar tersebut nostalgia sekejap. Far more better than gallery in Galaxy Tab.

SC20111128-164556SC20111128-164518

6) Saya boleh baca ebook dengan lebih mudah sekarang. Suka baca novel dengan Samsung Galaxy Tab, tapi Galaxy Note lebih ringan. Walaupun aplikasi ebook tiada dalam Galaxy Note, but a similar application named Moon Reader excels as ebook reader. Unfortunately reading pdf file is a different story. That is the reason why I still keep my ipad Smile.

SC20111128-165957SC20111128-165940

7)Now I can update my blog anywhere using Samsung Galaxy Note. This is not possible using ipad and Galaxy Tab (gambar tak comel). The Blogger Droid application is now much more stable than before.

SC20111128-171018SC20111128-181423

8) Music player juga best setanding dengan ipod. Dah upload hampir semua lagu-lagu mp3 yang saya ada ke Samsung Note.

SC20111128-171108SC20111128-171126

9) Suka juga the S-Calendar application. Just in time untuk memulakan diary yang baru dengan kehadiran tahun 2012 yang telah mula menunjukkan bayang-bayangnya. OMG, cepatnya masa berlalu.

SC20111128-171200SC20111128-171220

10) Perubahan ke telefon yang baru juga menjadi sebab untuk saya menyusun kembali maklumat contacts. Yes I know I can use i-cloud to copy all of my contacts into the new phone, but I think it is about time for me to regroup them and remove contacts yang dah tidak berkenaan Smile. Yes I know that we can use the group facility, but I like to view all entries in the contact list in order of the group Smile. So I have a list of contacts which start with Family, Kedai, Hotel, UiTM, Rakan dan Others. The only disadvantage is I have to take their pictures again the next time I meet them. Ehm…

SC20111128-172859

There it goes.10 main reasons why I switch from Iphone to Samsung Galaxy Note. There are more advantages such as more android applications than iTunes. I am pretty sure as I explore the device, more advantages and disadvantages will be discovered. Lastly, I know few months from now a better phone with better advantages will appear in the market. Till that time, I am happy with the Samsung Note. Suka..suka..suka… Alhamdulillah..rezeki dari Allah…

Pencecah air asam

kuah asam
Pencecah air asam digunakan untuk menambah rasa terutamanya kepada ikan bakar. Berbagai-bagai kaedah dan style pencecah ini disediakan dan ini adalah versi air asam saya.
Bahan-bahan A
  • 1sudu besar pes asam jawa.
  • 1cawan air
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil tepung jagung.
  • sedikit belacan
Bahan-bahan B
  • bawang besar yang dihiris halus
  • 5 biji cili api dihiris
  • 1 helai daun purut dihiris
  • air dari satu biji limau kasturi. Setengah biji limau tadi dihiris halus
Kaedah membuat
  1. Campurkan semua bahan-bahan A sehingga rata dan panaskan dalam microwave selama 2 minit atau masak atas dapur sehingga mendidih.
  2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau rata. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Ikan Terubuk Bakar

Ini adalah makanan kegemaran aruah ayah. Suatu masa dulu, sewaktu berada diKL, beberapa hari sebelum balik kampung saya akan pergi Chow Kit untuk beli ikan ini, dibungkus dengan kertas suratkhabar dan disejuk beku sehinggalah malam nak balik ke Mersing. Esoknya bila sampai ke Mersing, ianya telah boleh dibakar untuk makan tengahari.

20111128_131927

Nostalgia tersebut kembali dalam ingatan saya apabila menyediakan ikan terubuk bakar tengahari tadi. Ikan ini sedap dimakan dengan cicah air asam / sos kicap pedas . Ikan ini digaul dengan sedikit garam, asam jawa serta sedikit kunyit sebelum dibakar  Panaskan kuali leper, letak sedikit margerin dan bakar ikan ini atas api sederhana lebih kurang 10-15 minit. Sebaik-baiknya ikan ini ditutup sewaktu memasak bagi mengekalkan kelembapannya. Sekali sekala letak satu sutu air atas kuali ikan tersebut.

Selamat Mencuba

Friday, November 25, 2011

Ukuran baju kurung Awen

Setiap kali nak buat baju, saya kena ukur kembali baju-baju mereka, the new Galaxy Note membenarkan saya sketch ukuran mereka dan upload ke laman ini untuk dokumentasi so that I can retrieve these measurement in the future Smile. So new tab – Ukuran – is created for these type of posts…

Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday, November 24, 2011

First picture in Galaxy Note

This is the first picture taken using the new Galaxy Note masa di kedai and this entry is typed using this device with Bloger andriod ehm... Not bad, senyum lebar anak mama and kak Aween.. Huge  improvement in term of software and hardware compared to Galaxy Tab. suka suka suka…


Published with Blogger-droid v2.0.1

Samsung Galaxy Note!!!!!

Alhamdulillah..Syukran..Thank you..My new phone to replace the old 3G Iphone….

The old phone

IMG_1649

The new phone

IMG_1646

Saya peminat Iphone…Satu keputusan yang sukar untuk beralih ke Samsung but I did it..Masih mencari sebab kenapa ia berlaku ?

Play around with the device for the past few hours..Saya suka..suka..suka..Now dah jadi Samsung’s fan..No longer the iphone’s fan..

Tuesday, November 22, 2011

Nasi Goreng Special

IMG_2122
Selain dari cucur, nasi goreng mempunyai peranan dalam mengikat kasih sayang dalam keluarga. Ini adalah makanan kegemaran Haqim dan makanan berkhasiat yang paling mudah untuk disediakan disebalik mengelakkan pembaziran nasi Winking smile. Dari sumber nasi, bila diletak isi ikan  goreng jadi Nasi Goreng Ikan, diletak ikan bilis jadi Nasi Goreng Kampung, tapi kenapa bila diletak telur dan sayur campur jadi Nasi Goreng Cina ? Anyway, nasi goreng special ini menjadi kegemaran keluarga Smile. Direkodkan disini agar satu hari nanti Haqim tahu macamana nak masak nasi goreng kegemarannya..
Bahan-bahannya
  • Nasi putih sejuk (nasi yang baru masak, jika dibuat nasi goreng tidak sedap)
  • 3-4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kami tak berapa suka makanan yang pedas)
  • sedikit lobak – dipotong dadu kecil-kecil
  • 1/2 biji kentang – dipotong dadu kecil-kecil
  • sedikit sayur hijau – sawi / kangkung / kobis / daun kailan yang dihiris
  • sebiji telur yang digoreng hancur.
  • sedikit sumber protein – ikan bilis / udang kering ditumbuk / isi ikan goreng/ isi sadin yang dihaluskan/ daging hiris / ayam hiris  / ikan tenggiri masin dipotong dadu
  • sedikit kicap
  • sedikit garam
  • minyak untuk menumis
Kaedah
  1. Hiris / tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi
  2. Panaskan kuali, tumis bahan tumbuk seketika. Masukkan garam, kentang dan lobak. Masukkan bahan protein. Kacau beberapa minit sehingga kentang masak.
  3. Masukkan nasi dan telur – Kacau nasi sehingga rata beberapa minit.
  4. Akhir sekali masukkan sayur dan kicap. Kacau rata sebelum diangkat.
Nota:
  1. Kentang, lobak dan sayuran dihiris halus bagi memastikan Haqim tidak mengasingkannya di tepi pinggan Smile. He do that for a while but at last dia makan semua. One of the way untuk saya menggalakkan Haqim makan sayur and it’s work ….
  2. Di Terengganu, nasi goreng dimakan bersama keropok goreng…
  3. Menggunakan sambal belacan untuk menggantikan cili padi juga menghasilkan nasi goreng yang sedap…

Sunday, November 20, 2011

Cucur Udang / Ikan Special

IMG_2099

Selain dari menjadi kegemaran keluarga, cucur ini mengingatkan saya kepada Muhamad Yazid (rakan sewaktu sama-sama diuniversiti yang mengajar masakan ini kepada saya – Kat mana dia sekarang?). Inilah hidangan petang dan kadang-kadang waktu pagi kami. Kentang yang dimasukkan kedalam adunan menyebabkan ianya mengenyangkan kalau dimakan sewaktu sarapan pagi. Cucur ini sedap kalau dicicah dengan sos cili manis emak. Di Terengganu, cucur ikan lebih digemari. Menggunakan bahan yang sama tetapi udang diganti dengan isi ikan selayang yang telah dilumatkan (rebus beberapa ekor ikan selayang bersama garam dan asam keping). Bagi yang ingin mencuba, ini adalah resepinya

Bahan-bahan

  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan air
  • sedikit udang hidup (dalam 1/2 cawan) / isi ikan
  • 1 biji kentang (sederhana besar) – didadu halus (kalau besar-besar nanti tak masak)
  • 1 biji bawang besar (sederhana besar) – Dihiris memancang
  • sedikit taugeh
  • sedikit daun kailan
  • sedikit garam

Kaedah membuatnya

  1. Pukul sedikit telur dalam mangkuk dengan garfu.
  2. Masukkan dalam adunan tepung dan dikacau rata. Masukkan air dan garam. Kacau rata.
  3. Masukkan kentang, udang, bawang besar, taugeh dan daun kailan. Kacau sehingga ‘mesra’. Adunan perlu pekat sedikit dari adunan roti jala tetapi tidak terlalu pekat (nanti keras). Biar adunan sebentar dalam 10 minit (Bagi mengelakkan adunan jadi keras. Somehow it works)
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Jemput adunan dan masukkan kedalam kuali (api sederhana sewaktu memasukkan adunan). Selepas adunan penuh dalam kuali, besarkan sedikit api. Balik-balikkan cucur agar ianya garing sebelum diangkat.

Nota: Yazid ajar guna air panas untuk bancuh adunan instead of telur, tapi saya lebih suka guna telur yang dipukul. Anda boleh mencuba kedua-dua kaedah..

Selamat Mencuba. Yazid, kalau baca entry ni..do contact me.. nak juga tahu dah berapa anak Yazid sekarang?

Sos kicap pedas

IMG_2117

Sudah menjadi amalan masyarakat Johor, makan snek seperti  pisang goreng dan tempe goreng bercicahkan kicap pedas. Kebiasaannya cili diletakkan dalam kicap tersebut sehingga saya dapat resepi ini yang diajar oleh Rohiza (rakan baik sewaktu mengajar di Jengka dahulu) Semenjak itu, tempe goreng dan pisang goreng terasa lebih sedap Smile. Sos ini juga digunakan sebagai sos kicap dalam nasi ayam dan mee hoon goreng. Bagi yang ingin mencuba ini adalah resepinya:

  • 3-4 biji cili api (kalau nak pedas lagi boleh tambah cili)
  • 1 genggam bawang goreng (sedikit bawang merah dan beberapa biji bawang putih, dihiris halus dan digoreng – menggunakan bawang goreng yang dibeli dikedai kurang uhm…nya)
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 3-4 biji bawang putih

Kaedah membuatnya

  1. Tumbuk cili dan bawang putih sehingga lumat, masukkan bawang goreng dan tumbuk lagi sehingga bawang goreng hancur.
  2. Masukkan kicap dan sos tomato. Sedia untuk dihidang.

p/s – abah suka kalau diletakkan sedikit minyak zaiton dalam sos ini..

Selamat Mencuba..

Sos cili manis emak

IMG_2118

Suatu ketika dulu emak meniaga tahu sumbat. Keenakkan tahu sumbat emak terletak pada sos cilinya yang dikongsi bersama dalam entri ini. Sos ini juga digunakan sebagai pencicah cucur / keropok lekur atau sos nasi ayam. Bagi yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya:

  • 3 sudu besar cili boh.
  • 5-6 biji  bawang putih (yap guna banyak bawang putih)
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 gelas air
  • sedikit garam
  • 1 senduk air tomato sos (mengantikan cuka)
  • 1 sudu teh tepung jagung.

Kaedah membuat:

  1. Campur semua bahan dalam periok. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  2. Kecilkan api (kalau tidak nanti teruk kena basuh dapur) dan biarkan kuah pekat dalam setengah jam.

p/s – jika suka letak sedikit bijan yang telah digoreng sedikit bagi menyedapkannya.

Selamat Mencuba

Saturday, November 19, 2011

Lempeng pisang

Alhamdulillah, kami diberi beberapa pisang goreng oleh kenalan. Hari khamis lepas, saya buat jemput-jemput pisang. Hari ini, saya masak kari ikan tenggiri, ehm..kalau ada lempeng pisang best ni…Kebetulan Haqim nak test skill membelah kelapa muda Smile dan terdapat beberapa biji kelapa muda dihalaman rumah.

IMG_2096

So inilah hasilnya.

IMG_2105

Ini resepi emak. Kalau nak mencuba berikut adalah bahan-bahanya

  • 1 mangkuk pisang yang telah dilenyek..
  • 1/2 mangkuk isi kelapa muda dari 1 biji kelapa yang telah dihancurkan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu teh  serbuk soda bikabonat
  • secubit garam

Kaedah membuatnya

  1. Campurkan pisang, kelapa, tepung gandum, gula pasir, garam dan soda bikarbonat dalam satu bekas.
  2. Gaul rata semuanya. Sekiranya perlu dimasukkan air (bergantung kepada jenis pisang) gunakan air kelapa.
  3. Panaskan kuali leper, gunakan sedikit marjerin untuk mengelakkan adunan melekat di kuali. Ceduk 1 senduk air adunan, pusarkan dalam bentuk bulatan diatas kuali. Gunakan api yang sederhana kerana kuih ini senang hangus. Terbalikkan adunan selepas beberapa minit.

ps : kuih ini sedap dimakan sewaktu panas-panas bercicahkan kuah kari dan dihidang atas daun pisang (Nostalgia masa makan kuih ini sewaktu dikampung)

Selamat Mencuba.

Baby quilt in pastel color

IMG_2107Terasa nak buat baby quilt menggunakan warna-warna lembut…. more …

Index: My recipe

Semakin hari semakin sukar untuk access kembali recipe yang ditulis disini. So untuk memudahkan capaian recipe diwujudkan index ini Smile

Update 17/2/2013  - Senarai resepi is growing faster than what I expect. So a new indeks will replace these list here.

Nasi / Mee Lauk
Nasi Dagang Kak Sah Masak lemak cili api otak lembu
Nasi Hujan Panas Sambal kering kentang dan kacang
Spaghetti Ketam masak lada hitam
Mee Jawa Kerabu mangga
Nasi Dagang Mak Da Sayur air pucuk paku dan budu
Nasi Tomato Special Bende goreng ikan masin
Nasi Goreng Special Singgang Daging Mak Da
Ayam masak merah
Ikan Terubuk Bakar
Gulai Tempoyak Ikan Baung
Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak
Paru masak cili
Daging Goreng Kunyit
Ikan Tiga Rasa
Ayam Kampung Goreng Berempah
Gulai Lemak Buah Sentul   
Solok Lada
Ayam Percik Badam  
Asam Pedas Ikan Cermin
 Kerabu Daun Ceylon
Kuih-muih Lain-lain
Agar-agar coklat Sotong/ikan Celup Tepung
Chocolate Chips Cookies Satay Kak Sah
Kuih apam keladi Tapai pulut emak
Kuih Sagu Sambal Belacan Special
Cream Caramel Ina Home made pizza,,
Strawberry muffin Makaroni Bakar
Tepung Gomak Kek Lapis
Kuih Bakar Pandan Whip potato
Rempeyek emak Sos cili manis
Puding Caramel Mak Da Sos kicap pedas
Karipap Ikan Pencecah air asam
Puding buih Pulut kuning emak
Kuih Sri Kaya Mak Da Lasagna ayam
Cream Caramel Sos Lemon madu
Kuih Bantal Kentang Putar dan Sos Lada Hitam 
Lempeng pisang
Kek kukus Coklat
Doughnut kentang Kak Faizah
Kek Lobak Walnut dan Nenas
Kuih Koci 
Kuih Seri Muka
Kuih Lompat Tikam 
Kuih ketayap/gulung
Talam Berlauk 
Talam Sagu/Tokyo
Talam Jagung 
Talam Kacang Merah 
Kuih Roti Lapis Berinti
Cucur Jejari Ketam
Bingka Labu
Talam ABC
Talam Cendol
Puding Roti dan Sos Vanilla 
Tako
 

Monday, November 14, 2011

Recommended books for academic writing

After several months reviewing several books to improve my writing skill, these are the ‘must have’ books on academic writing:

front page english solutionsEnglish Solutions for Engineering and Science Research Writing – Highly recommended – contain guideline and check list for each process and section in thesis/journal writing. Interesting online links are included at each section of this book. May be downloaded from this site - http://hanyangowl.org/. Download the checklists separately for each article.

 

 

front page writingWriting for Computer Science - The Art of Effective Communication

 

 

 

 

front page english for witing research papers

 

English for Writing Research Papers – Good explanation on what to write at every section of an academic paper. Clear explanation on the appropriate selection of word’s tense Smile.

 

 

Check also