Sunday, October 30, 2011

Piala Malaysia 2011 dan kelab buku

stadium shah alam3Saya bukanlah peminat tegar sukan samada bola sepak, tenis badminton dll. Saya suspense bila tengok permainan-permainan tersebut, silap-silap haribulan nanti lepas tengok game lagi tension dibuatnya macam malam tadi bila Terengganu kalah dalam pertandingan Piala Malaysia 2011, ada orang yang tension sampai hari ini Smile.

Apa yang menarik perhatian saya ialah bilangan penonton yang menghadiri pertandingan tersebut di Stadium Shah Alam semalam dianggarkan berjumlah 70,000 orang walaupun harga tiket yang paling murah ialah RM50.00. Bayangkanlah kalau setiap seorang penonton yang datang membawa sebuah buku yang saya kira harganya lebih murah dari harga tiket, dan mendermakan buku tersebut sebelum masuk melihat pertandingan. The Latin Quarter, Paris, FranceEhm…70,000 buah buku boleh terkumpul, beberapa library akan penuh dengan buku-buku tersebut yang bermanafaat kepada beribu-ribu pengguna yang lain, selain dari meningkatkan jualan buku-buku di pasaran. Bilakah agaknya perkara ini boleh menjadi kenyataan……

P/s: Tahniah pasukan Negeri Sembilan yang menjuarai Piala Malaysia 2011 semalam…

Phd dan Penulisan

Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai pelajar PhD, saya percaya penulisan merupakan salah satu dari faktor yang menyebabkan seseorang pelajar PhD berjaya menamatkan pengajian atau tidak. Mulai sesi 2010, UKM meletakkan syarat 2 penerbitan journal sebelum seseorang pelajar diberikan ijazah kedoktoran. Objektifnya : seseorang pelajar PhD perlu mahir dalam menilai dan menyampaikan ilmu kepada umum terutamanya diperingkat antarabangsa. Oleh yang demikian penulisan perlu diterbitkan dalam journal bertaraf antarabangsa. Inilah salah satu faktor yang menyebabkan ramai pelajar PhD tidak tamat / lambat tamat dalam pengajian dan inilah salah satu dari CABARAN PhD saya.

Menulis artikel bukanlah satu perkara yang mudah bagi saya. Beberapa rakan ada menyatakan yang ianya akan mudah selepas beberapa penulisan tapi saya masih merasakan ianya begitu sukar. Sudah se minggu saya  menghadap komputer untuk melaporkan hasil experimen tetapi semakin hari semakin sukar untuk saya menghasilkan ayat-ayat yang sesuai. Pengalaman penulisan yang lepas mengajar saya bahawa penulisan akademik tidak seperti menulis blog atau esei. Ada struktur dan format tertentu, ada style tertentu yang perlu diikuti selain dari setiap ayat yang ditulis perlu ada maksud dan sebab tertentu. On top of that, English grammar & syntax juga perlu saya review. Mengelakkan diri dari melakukan plagirism juga salah satu dari perkara yang sukar. I am behind now in my writing and need to do something about this before it is too late…

Thursday, October 27, 2011

JJCM–Telur Power

IMG_1997

Ada sebuah kedai makan di jalan Paka-Dungun yang menjual telur separuh masak dan diletak rempah. Ianya dikenali dengan nama Telur Power. Kedai makan tersebut dikenali dengan nama Warung Power. Kalau dari Paka, kedai ini berada di sebelah kanan jalan selepas traffic light Jalan Melati, sebelum traffic light di hadapan Hospital Dungun.

IMG_1998

Ini adalah rupa telur power yang digemari oleh Haqim. Saya dah cuba tapi saya rasa rempahnya terlalu kuat untuk saya. Hujan-hujan ni dapat satu okay juga kot. Tapi untuk saya cukuplah dengan telur separuh masak ni aje (sekali sekala okaylah..)

IMG_1999

Cuma yang tak menariknya, harga satu telur power ialah RM3.50 dan harga telur separuh masak ialah RM2.00. Slightly expensive saya rasa. Selain dari telur, pelanggan juga boleh memesan rempah dalam minuman samada teh tarik, milo dll. Ehm.. macamana rasanya nescafee tarik power ye!!!Eye rolling smile, don’t dare to try.

p/s: Kedai ini hanya dibuka untuk sarapan pagi dari 7:30 pagi ke tengahari dan menjual nasi minyak, nasi dagang, nasi lemak, pulut dan kuih-kuih.

Musim Tengkujuh sudah bermula

IMG_2001

Hujan sudah mula turun tanpa henti for the past two days. Harga ikan sudah meningkat – ikan kisi sampai RM15.00 sekilo, ikan kembong sampai RM20.00 sekilo and ikan selayang sampai RM10.00 sekilo. Jangan tanya harga ikan merah dan tenggiri. Angin sudah mula berbunyi, ombak laut telah mula bergelora, sukar untuk distinguish waktu pagi, tengahari atau petang. Semua tanda-tanda musim tengkujuh sudah ada dan telah bermula. Hopefully, musim hujan tahun ini tidak memberikan impak yang teruk seperti di Thailand dan lain-lain negara yang menghadapi banjir besar tahun ini.

Tuesday, October 25, 2011

JJCM Nasi Air

IMG_1920

Selain dari nasi sup, nasi minyak/nasi hujan panas dan nasi dagang, satu lagi hidangan pagi yang digemari di Terengganu ialah nasi air. Di tempat lain ianya dikenali sebagai bubur nasi, cuma bezanya diTerengganu ianya dimakan bersama sup ayam/daging. So tiadalah telur asin atau kacang goreng, tapi kalau letak sedap juga. Tambah lagi dengan kuah kicap Smile.  Memang banyak kedai di Dungun yang menjual nasi air tapi yang paling best (ikut citarasa sayalah) adalah nasi air di sebuah kedai makan disebelah Pusat Zakat Dungun. Cuma di kedai tersebut, makanan ini hanya mula dijual lepas pukul 9:00 pagi (mungkin nak sediakan sup lama sikit kot).

Monday, October 24, 2011

Burung Baji–ibu dan anak..

This morning, manage to capture these images

IMG_1991

Anak-anak burung yang sudah mula menjengah dunia, menanti makanan dari ibu-ibu mereka…

IMG_1985

Ibu-ibu burung yang memastikan anak-anak mereka dapat makanan dan tidak jatuh dari sarang…

Bagaimana manusia boleh meninggalkan anak mereka sedangkan haiwan pun pandai menjaga anak-anak mereka….

Rojak Kateh

IMG_1995

Diantara makanan tradisi Terengganu yang saya suka adalah rojak kateh ini yang diperbuat dari tendon kaki lembu. Yap..I am not kidding. Dulu rojak ni mudah didapati dipasar dengan harga RM1.00 sebungkus. Untuk 1 mangkuk lauk, kebiasaannya saya beli 2 bungkus. Tapi sekarang, rojak ini sudah semakin sukar didapati dan harganya juga telah meningkat kepada RM1.50 sebungkus dan saya memerlukan 3 bungkus untuk 1 mangkuk lauk. Mungkin kaedah membuatnya agak cerewet menyebabkan ianya semakin hilang dari pandangan. Kaki lembu perlu di bakar dan kulit lembu perlu dikikis untuk mendapatkan tendon tersebut. Selepas dihiris, tendon tersebut perlu direbus sehingga betul-betul kembang (memakan masa yang lama) sebelum boleh dimakan bersama air cuka. Sayang jika masakan ini pupus dari pandangan. Hmmm.. menunggu Hari Raya Haji nanti sebab masa itu banyak lembu yang menjadi korban, mesti kat pasar banyak dijual rojak ini Winking smile.

Ketam Sos Lada Hitam

IMG_1978

Kebiasaannya ketam dimasak lemak cili api, sekali sekala masak lada hitam ni sedap juga. Masakan ini saya makan di Jakarta once upon a time and bila balik saya cuba buat sendiri dengan menggunakan resepi berikut. Bagi yang ingin mencuba..silakan..

Bahan-bahannya

  • 3 ekor ketam, dibersihkan dan dipotong dua. Gaul dengan sedikit garam dan kunyit kemudian digoreng.
  • 3 biji bawang kecil
  • 2 biji bawang putih
  • sedikit halia
  • 2 sudu sos lada hitam
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit kicap
  • 1 biji cili merah dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • minyak untuk menumis

Kaedah membuatnya

  • Dengan menggunakan lesung batu, lumatkan bawang kecil, bawang putih dan halia.
  • Tumis bahan yang telah dilumatkan tadi, masukkan lada hitam, sos tomat, sos tiram.
  • Masukkan ketam yang telah digoreng dan bawang besar.
  • Perasakan dengan sedikit kicap manis

Ati, cubalah, sedap….

Sunday, October 23, 2011

Haqim oh haqim

IMG_1979

Minggu ni nak periksa sayang..relaxnya dia…

Chocolate Chip Cookies

Sudah beberapa hari Haqim ajak pergi Mesra Mall semata-mata nak beli makanan kegemarannya Chocolate Chip Cookies. Rather than spend 45 minutes pergi dan balik, saya decide untuk buatkan cookies tersebut untuknya dengan syarat (kata Haqim) : “Mesti best macam cookies Famous Amos “ – Alahai Haqim dah pandai letak syarat dah. So bermulalah pencarian saya untuk resepi yang mudah, ringkas dan cepat. Ta… da…. inilah hasilnya.. Ini bukan jejemput ye..tapi chocolate chip cookies yang mana trip pertama (12 biji) habis dalam masa tak sampai 10 minit (Memanglah dia dah mengidam biskut ni..Mungkin ada hikmah mama tunggu beberapa hari sampai dia mengidam betul-betul baru buat. Smile)

IMG_1970

Habis satu balang ni dalam masa 1 hari.

IMG_1971

And yesterday mama buat lagi biskut ni atas permintaannya. Wow nampak gayanya kena ada stok chocolate chips and butter dalam petisejuk macam ni.

Bagi yang berminat, ini adalah resepi yang saya olah dari beberapa resepi yang dimuat turun dari Internet. Mudah dan cepat nak buat biskut ni. Sesuai untuk tetamu yang datang bersama anak-anak kecil. Makan panas-panas sedap…

Bahan-bahan

  • 150 gram mentega (suhu bilik)
  • 1 cawan gula perang
  • 11/2 cawan tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan chocolate chips
  • 1/2 cawan badam cincang/any kekacang yang dicincang
  • 1/2 sudu serbuk penaik
  • 1/2 sudu esen vanilla
  • 2 sudu milo (untuk menghasilkan warna yang lebih menarik)
  • secubit garam

Kaedah membuat

  • Panaskan oven – 180 degree celcius
  • Pukul mentega dan gula perang 2-3 minit, masukkan telur dan pukul lagi 2-3 minit
  • Masukkan esen vanila, serbuk penaik, garam dan tepung. Gaul sehingga rata.
  • Masukkan chocolate chips dan kekacang. Gaul rata
  • Sudu dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan margerin/mentega dengan jarak dalam 2 inci diantara satu sama lain – menghasilkan dalam 40 biji cookies.
  • Bakar 10-12 minit (Saya tak berapa suka ianya terlalu garing. Saya mulakan dengan api bawah, selepas 6-7 minit, saya guna api atas dan bawah bagi menghasilkan cookies yang agak lembut ditengah)

Semoga berjaya menghasilkan bukan sahaja cookies tapi kenangan manis bersama anak-anak dan keluarga

P/s: Every time buat biskut ni, Haqim akan ‘curi-curi’ sambil gaduh-gaduh sayang dengan mama ambil doh yang belum masak untuk dimakan. Ehm..I’ll miss that bila dia besar nanti..

Wednesday, October 19, 2011

Links to download ebook

Several people have asked me the links where I normally download ebook for free. So here there are…

Most of the links will direct you to URL of ebook that have been uploaded at several sharing server providers such as filesonic.com, deposit.com, rapidshare.com and hotfile.com. Having an account with these sharing server providers is an advantage where you can download the files faster.

p/s – You can also search and download movie and mp3 from these sites except the last site (needlib.com).

Monday, October 17, 2011

The Evolution of Apple 1976-2011

Found this image in MACLEANS magazine issue October 24 2011.

evolution of apple

Saturday, October 15, 2011

Haqim’s picture of an angry bird

IMG_1967

Drawn by Haqim using Noteshelf dalam iPad. Ehmmm memang tengah marah ni….

JJCM–Bakso di Kedai Ayam Penyet Api

Kebiasaannya, waktu malam saya tak berapa minat nak makan nasi. Malam tadi, teragak nak makan bakso, so abah bawa kami ke kedai Ayam Penyet Api di Syeksen 9 Shah Alam.(oooh.. sebab tulah makanannya pedas sikit..Dah nama kedai pun melambangkan cili api Winking smile )  Katanya masakan dari Indonesia (Bakso kan makanan dari Indonesia)  Ramai juga pelanggan yang datang malam ni. Pelayannya semua lelaki dan dari tanah seberang lagi (hanya perasan bila mereka bercakap dengan pelanggan di sebelah meja)

IMG_1966

Specialnya disini, kita sendiri yang akan menulis nombor makanan dan minuman yang dipesan atas kertas pesanan.Seronok tengok Haqim ambil order. So saya order bakso ini. Sedap, sesuai dengan selera saya, Licin supnya saya hirup (malu pulak lepas tu Embarrassed smile)

IMG_1965

Abah dan Haqim makan nasi bersama ayam goreng ini

IMG_1963

dan pecal ni. Ayam sedap, tapi pecalnya pedas amat…. (Next time kalau nak order kena maklum untuk kurangkan sedikit pedasnya )

IMG_1964

Sedap makanan disini termasuklah air asam masin yang saya order. Boleh datang lagi ni…

Jamuan dirumah Fazlina

Kami berkonvoi dari Shah Alam ke Bukit Kemuning untuk menghadiri jamuan makan tengahari di rumah Fazlina dan keluarganya. Terima kasih kerana menjemput kami. Makanannya sedap terutamanya tempoyak, puding dan kek coklat. Deko rumah beliau memikat hati saya. Lihatlah gambar-gambar ni..

IMG_1949IMG_1950

Di ruang tamu..saya suka gambar kat dinding tu…

IMG_1953

Di dapur bersama kaum-kaum hawa yang hadir..

IMG_1958

Ini pula diantara generasi Y di dalam keluarga…

IMG_1959

Suka ruang ini. Pokok kaktus tu lawa..boleh buat idea untuk buat deko kat tepi kolam nanti.

Terima kasih daun keladi. Sekali sekala berjumpa, berbagai cerita yang timbul. Hopefully plan kita nak ke ….tu jadilah ye … Amin..

Kuih apam keladi

IMG_1937

Resepi ini dikongsi oleh Rewa sewaktu berkunjung ke rumahnya semalam. Mengikut katanya ini adalah resepi yang dipelajari dari ibu beliau. Kira resepi warisan lah ni. Terimakasih kerana sudi berkongsi resepi dengan kita dilaman ini. So bagi yang nak buat apam keladi yang sedap ni, ini adalah resepinya..

Bahan-bahan

  • 1 mug keladi yang telah dikukus dan diblender bersama 1/2 cawan air dan 1/2 cawan santan pekat.
  • 400 gram tepung gandum
  • 11/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil pes keladi,
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 biji telur gred B
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna purple
  • 1 packet yis kering (11 g)

Kaedah membuatnya

  • Telur dipukul bersama gula sehingga kembang
  • masukkan semua bahan-bahan dan dikacau
  • biarkan adunan naik dalam 40-50 minit
  • masukkan adunan dalam acuan apam dan kukus selama 10-20 minit

Ehm..macam senang je buat apam ni, cuma apam dalam gambar warnanya natural instead of purple kerana ketiadaan pewarna purple ye..Insyaallah saya akan cuba, Nanti saya letak gambar apam keladi yang saya cuba pulak…

Best of luck..

Friday, October 14, 2011

JJCM–Nasi Lemak Syeksen 3 Shah Alam

IMG_1936

Nasi lemak dijual dimana-mana saja, namun jarang ada nasi lemak yang boleh menyebabkan kita nak pergi lagi ke restoran tersebut semata-mata untuk makan nasi lemak. Di Shah Alam ada satu kedai yang memenuhi kriteria tersebut - Restoran Gembira di Seksyen 3/13 yang menjual nasi lemak semenjak 1968 (based on papan tandanya).

IMG_1935

Saya rasa kelebihan nasi lemak ini terletak pada sambalnya yang manis dan banyak bawang (Dah cuba buat kat rumah tapi tak menjadi) So kalau ke Shah Alam pasti ada acara breakfast dikedai ini Smile. My favorite Nasi Lemak Sotong (menggunakan sotong kering bukan sotong kembang yang besar tu..), Abah akan order Nasi Lemak Sambal Paru dan Haqim pastinya Nasi Lemak Kerang.

IMG_1934

Mungkin juga kelebihannya terletak pada lauk yang pelbagai. Well inilah diantara kedai yang menyimpan banyak kenangan sewaktu berada di Shah Alam.

Satu perbandingan jalanraya

  dari Karak ke Genting Sepah dari Dungun ke Kuala Terengganu
Taraf lebuhraya jalan persekutuan
pengguna sentiasa sibuk – sentiasa ada kenderaan oklah tak sibuk  kecuali  hari perayaan
bilangan lori banyak sekali sekala
selekoh banyak hanya dibeberapa tempat
bilangan ‘lane’ 2 ‘lane’ setiap arah 1 ‘lane’ setiap arah
tol perlu bayar di Karak, Bentung dan Gombak TIADA tol
LAMPU JALAN TIADA kecuali disimpang keluar dan masuk lebuhraya SEPANJANG JALAN

Hmm..kadang kala saya tidak faham bagaimana mereka yang mengurus membuat keputusan…..

Thursday, October 13, 2011

Zikir ringkas selepas sembahyang

At last selepas tertangguh beberapa lama, sempat juga saya menyiapkan helaian zikir ringkas selepas solat ini bagi diberikan kepada permata hati mama yang seorang tu bersama dengan doa ringkas selepas solat. Di uploadkan dalam Google Doc untuk dikongsi bersama. Semoga Allah mengurniakan rahmatNya kepada penulis buku Koleksi Doa Pelajar, En Marzuki Mohd Noor (sumber dimana zikir-zikir ini diambil).
zikir
Nota: Klik gambar untuk download…

Tuesday, October 11, 2011

Sotong celup tepung / Ikan celup tepung

IMG_1929

Salah satu dari makanan untuk minum petang yang digemari di Terengganu selain dari keropok lekur. Saya telah hampir give up untuk mencuba resepi sotong celup tepung kerana seringkali tepung dan sotong tidak sehaluan selain dari suspense sebab bila ianya tidak sehaluan sotong akan meletup dan membahayakan tukang masaknya Smile (macam telah melaluinya aje…) Baru-baru ini, saya mendapat resepi dan tip ini dari seorang peniaga di salah sebuah kedai makan diperhentian Pantai Kelulut di Kuala Terengganu. Terima kasih pada peniaga tersebut yang tidak lokek ilmu. Di dokumenkan disini untuk rujukan masa depan. Bagi yang ingin mencuba-silakan…

Bahan-bahannya

  • 4-5 ekor sotong yang sederhana besar – yang sesuai untuk buat ketupat sotong- dibersihkan , dipotong bulat dan ditoskan airnya
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu tepung jagung – tidak dimaklumkan oleh pemberi resepi tapi pengalaman mengajar saya kalau tidak letak tepung jagung bila sejuk tak boleh nak kunyah- keras
  • 1 biji telur.
  • 1 cawan air sejuk (dari peti sejuk)
  • sedikit air kapur makan
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • minyak untuk mengoreng.

Kaedah

  • Masukkan tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit dan garam dalam bekas.
  • Pukul sedikit telur dan masukkan dalam bekas tadi.
  • Bubuh air sedikit-sedikit sambil dikacau bagi memastikan tepung tidak bergentil. Kepekatannya – pekat sedikit dari adunan roti jala tapi cair sedikit dari adunan cucur.
  • Masukkan sotong dan goreng dalam minyak panas sehingga masak.

Tip

  • Gunakan sotong yang baru. Sotong yang telah disimpan dalam peti sejuk mudah kecut, mengeluarkan air bila dimasak dan liat sedikit.
  • Pastikan minyak betul-betul panas sewaktu mula menggoreng bagi memastikan tepung tidak berpisah dengan sotong.
  • Letak sekeping asam keping sewaktu menggoreng bagi mengurangkan ‘letupan’ sewaktu menggoreng, somehow it works walaupun pada mulanya saya macam tak percaya je..

Update 27/10/2010

Hari ini saya buat ikan celup tepung dengan menggunakan resepi yang sama tapi saya update dengan menambah sedikit air kapur makan dan menggunakan air sejuk (dari petisejuk) sewaktu mengaul dan inilah hasilnya:

IMG_2003

Tapi yang bestnya, tepung lebih rangup dan saya rasa inilah adunan tepung celup tepung terbaik saya Smile. Terima kasih emak kerana mencadangkan tambahan tersebut…

IMG_2005

Hari ini saya hiris terung bulat, celup dalam adunan tepung lebihan dari goreng ikan semalam, dah jadi tempuralah pulak Winking smile he he…

JJCM–Asam pedas kepala ikan merah

IMG_1930

Berasal dari Johor, pastinya asam pedas adalah salah satu dari lauk kegemaran saya. Mencari asam pedas yang sedap di Dungun adalah satu cabaran sehingga saya berjumpa dengan lauk ini di restaurant Hotel UiTM Dungun. Semenjak itu, setiap kali makan disini, masakan ini adalah salah satu dari lauk yang mesti dipesan. Asam pedas nya pekat sikit. Bagi yang tidak biasa, ianya seakan-akan sambal ikan tapi best. Selain dari asam pedas, sup ekornya juga yang paling sedap dan murah diDungun (ikut selera sayalah..), tapi tak boleh order selalu..lemak banyak sangat.

IMG_1931

IMG_1980By the way cuba juga air Sri Dungun ini – air epal hijau yang diletak asam boi sedap..Smile

Sunday, October 9, 2011

Budget 2012

Hari jumaat lepas, kami memastikan jam 4:00 petang, kami berada dihadapan TV untuk mendengar budget 2012 yang dibentangkan di Parlimen. Tambahan pula, sewaktu rancangan Nasi Lemak Kopi ), beberapa wakil pensyarah dijemput untuk menyatakan harapan dari kami pensyarah-pensyarah IPTA. Sememangnya ini adalah budget pilihanraya. Beberapa perkara menarik perhatian saya.

Pertama – Pengenalan Sistem Saraaan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan diperkenalkan dengan struktur gaji yang dikatakan lebih baik. – Ini adalah Sistem Saraan ke 3 sepanjang 20 tahun saya berkhidmat di UiTM (lamanya dah..) Dalam dua perubahan yang lepas, saya sedikit ketinggalan (tidak mendapat manafaat sebagaimana yang saya jangka). Hopefully saya tidak mengalami perkara yang sama apabila berubah ke sistem yang baru ini.

Kedua – Usia bagi pencen wajib dinaikkan kepada 60 tahun dari 58 tahun. Ehmmm rasanya saya akan mengekalkan usia pencen kepada 58 tahun instead of 60 tahun.

Ketiga – Bonus separuh bulan gaji – Yang ini saya suka, sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit beban kewangan yang meningkat sekarang. Takut nanti bonus belum dapat, harga barang naik lagi dua tiga kali ganda..

Anyway, ini adalah belanjawan untuk semua, dengan tumpuan lebih diberikan kepada rakyat instead of syarikat. Walaupun gembira dengan pemberian, namun sedikit suspense kerana kelihatannya PM nak kita berbelanja untuk boost up the economy. Kenapa ye? Yang pastinya, pilihanraya dah nak dekat….

Steve Jobs dan Apple

bloomberg

Saya terharu apabila keseluruhan isi kandungan majalah Bloomberg Businessweek keluaran 10-16 September didedikasikan kepada kehidupan Steve Jobs dan Apple. Beliau adalah salah seorang pengasas Apple dan lebih utama inovasi beliau iaitu iphone dan ipad telah mengubah kehidupan jutaan penghuni dunia termasuk saya. Masih saya ingat lagi, saya amat menunggu-nunggu alat untuk membolehkan saya membaca e-book dengan mudah. Kedua-dua iphone dan ipad saya dibeli tanpa gurantee kerana produk tersebut tidak dilancarkan diMalaysia lagi sewaktu ianya dibeli. Malah SIM kad terpaksa dipotong bagi membolehkan ianya dimasukkan dalam iphone ketika itu. Namun sehingga hari ini, iphone yang dibeli pada tahun 2007 masih digunakan. Begitu juga dengan ipad, walaupun telah ada versi yang baru, ipad saya masih berfungsi dengan baik dan saya tidak nampak keperluan untuk mengantikannya.  Sebagai pengguna iphone dan ipad, kematian beliau mungkin akan memberikan impak kepada ciri-ciri inovasi syarikat tersebut. Namun semangat dan inovasi beliau patut dijadikan contoh kepada generasi muda sekarang. So kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai sejarah Apple, carilah majalah ini.

Thursday, October 6, 2011

Kerabu Mangga

IMG_1927

Salah satu lagi masakan di Terengganu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga termasuk emak. Buat masa berbuka puasa, pasti tambah nasi masa berbuka Smile. Resepi ini saya belajar dari Semek sewaktu majlis perkahwinan Samsul dulu, dimana ini adalah sayur yang disediakan oleh mereka (Tak boleh bayang berapa banyakkah mangga muda yang diperlukan.)

Ini adalah bahan-bahannya untuk satu mangkuk.

  • 1 biji mangga muda (saya suka mangga epal yang dah nak masak, tak berapa masam).
  • 1 ekor ikan selayang (besar) atau 2 ekor selayang kecil
  • 3-4 sudu santan pekat (saya panaskan sedikit guna mikrowave)
  • 2 biji bawang merah
  • 3 biji cili padi
  • 2 helai daun cekur
  • 2 helai daun kaduk muda
  • sehelai daun kunyit muda
  • satu batang serai (saya ganti dengan daun limau purut, makan serai nanti angin satu badan )
  • sedikit garam.

Kaedah membuatnya

  1. Ikan direbus, dibuang tulang dan dihancurkan
  2. daun cekur, daun kaduk, daun kunyit serta serai/daun limau dihiris halus.
  3. bawang merah dan cili padi dimayang halus.
  4. Sediakan semua bahan dan campur sebelum makan nasi.

Nota: Kerabu ini tidak boleh disimpan sekiranya tidak habis kerana santannya akan rosak selepas beberapa jam.