Thursday, September 29, 2011

Kemboja China Putih

IMG_1895

Harum semerbak bila buka pintu pagi ni. Keharuman bunga kemboja ini menarik perhatian saya dan menyebabkan saya membeli pokok kemboja china yang lain. Ruang pokok bongsai saya mendapat rakan baru si kemboja kuning dan kemboja merah Smile

IMG_1419

Dan ini pula ruang koleksi bunga kemboja china saya yang berbagai-bagai warna..

IMG_1420

Ehm…kalau dah minat..ini tak termasuk kemboja yang kat belakang rumah dan yang kat tepi kolam..

Wednesday, September 28, 2011

Writing a post via Samsung Galaxy Tab

Kebiasaannya saya menggunakan Windows Life Writer untuk taip entries dalam blog ini. Hari ni cuba cari editor yang membolehkan saya menulis blog menggunakan my Samsung and found this aplication named Blogger-droid. Unfortunately, i cannot insert any image even though the option is there. Emm it is good for text entries only :(. At last manage to publish a post.A lot need to be done to improve this application. Hate it when it keep asking for password. On top of that I cannot edit a picture? Oklah untuk digunakan bila tak ada laptop and nak note down something.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 27, 2011

JJCM – Nasi Sup

Di Terengganu, kebiasaannya makan pagi dihidangkan dengan makanan yang berat seperti Nasi Minyak, Nasi Air dan Nasi Dagang (Nasi berlauk tak ada ye..). Satu lagi nasi yang sering dihidangkan diwaktu pagi ialah Nasi Sup. Pagi ni saya bawa emak ke kedai Nasi Sup kegemarannya ditepi pantai.
IMG_1890
Inilah rupanya nasi yang dihidang bersama sup tulang, telur masin dan sambal. Nasi ini dijual di sebuah kedai kecil di jalan tepi pantai Dungun. Siapa sangka kedai kecil ni ada nasi sup yang sedap.
IMG_1897
Kedai di buka bermula jam 8:30 pagi dan kebiasaannya jam 11 pagi dah habis. Kalau datang jam 9:00, rasanya kena tunggulah tempat duduk yang terhad tu. Tapi disebabkan makanannya sedap, ramai juga yang sanggup share meja dengan group lain atau tunggu sehingga ada meja kosong. Satu set nasi ni cuma RM5.00 sahaja.
IMG_1891
Emak dah tak nampak sesiapa dah bila dapat makanan yang dah seminggu diidamkannya ni. Cubalah pasti nak datang lagi.

Nota 10 November 2012 - Kedai ini telah diruntuhkan dan telah ditutup. Ehm kena cari kedai nasi sup lain yang sedap pula.

Monday, September 26, 2011

Copy files into Samsung Galaxy Tab using MSM mode

There are two ways to copy files into this device i.e

  1. via it’s software, which is known as Kies (I can’t copy files in this mode, it is extremely slow-not recommended at all) or
  2. using USB storage in a Mass Storage Mode to drag and drop files into the external storage of the device.

The second technique is documented here for future reference.

  • Ensure that the USB cabled is unplugged. Boot the Samsung Galaxy Tab.
  • At the Menu interface, select Settings>Wireless and network>USB settings>Mass Storage.
  • Plug in the USB Cable.
  • After a few minutes, an interface will inform you that “you have connected your device to your computer via USB….” Click the “turn on USB storage” button.
  • You will get a pop up window indicating that a new removable disk is connected to the pc. I have two removable disks for the device and for the external storage.

removable disk 2

  • You can now proceed with any file operation in this directory.
  • Galaxy Tab will only accept the following video format: WMV, AVI, MP4, MKV. Anything other than that must be converted to these formats first.
  • Click button “Turn off USB storage”, which is displayed on the Samsung Galaxy Tab.
  • Don’t forget to eject these devices after completing the process.

Note: Steps to place the copied .epub books into the ebook shelf

  • open the  ebook applicationmenu key
  • press the  menu key (at the bottom of the device)
  • choose option import from the pop up menu and select the newly copied.epub files from the related directory.

Good Luck

Sunday, September 25, 2011

Install downloaded application into Samsung Galaxy Tab

Sejak beli Samsung, saya tidak berkesempatan untuk explore applikasinya. Sememangnya ada beribu-ribu aplikasi yang boleh dimuat turun dari laman Market, cuma saya tidak berkesempatan untuk melihat semuanya. Saya buat short cut dengan mencari aplikasi-aplikasi yang dicadangkan oleh pengguna Smile. Ada beberapa aplikasi 3rd party yang tiada di laman Market dan boleh dimuat turun dari laman lain. Saya telah Google bagaimana nak install aplikasi ini dan saya dapat berbagai-bagi kaedah yang menyebabkan saya confuse. So saya buat mix and match procedure and the following steps works Winking smile. Saya paparkan disini untuk perkongsian bersama dan untuk panduan saya dimasa akan datang.

1) Sambung Galaxy Tab ke PC menggunakan sambungan USB. Unlock Samsung Galaxy Tab dan komputer akan mengenalinya sebagai salah satu external drive. Somehow, Samsung saya namanya GT-P1000.Salin aplikasi yang telah dimuatturun (sambungan .apk) ke dalam external card Samsung.

installApp1

2) Dengan menggunakan applikasi Astro File Manager(a must application for Galaxy Tab) lihat kandungan external card (nama directory external card saya adalah external_sd dari Home directory) dan cari applikasi tadi.

3) Klik aplikasi yang telah dimuat turun tadi. A pop up window akan dipaparkan dengan button untuk buka aplikasi atau install aplikasi. Klik button install. (Nota: kebiasaannya anda akan kena klik 2 kali button install di dua skrin yang berbeza.

Semoga berjaya

Saturday, September 24, 2011

Gambar burung baji

Membela burung ini tidak semudah yang disangka. Batch pertama, banyak yang mati kerana sakit. Kebanyakan burung-burung yang ada kini adalah burung-burung yang dibeli kembali. Berikut adalah sebahagian lagi gambar burung-burung tersebut yang menarik perhatian saya.

IMG_1827IMG_1828IMG_1832IMG_1832IMG_1833IMG_1834IMG_1843IMG_1836

IMG_1844

IMG_1840

IMG_1848

Anak burung baji abah

Setelah sekian lama memelihara burung-burung baji, inilah anak burung baji abah yang baru.

IMG_1402

Dalam sarang ini ada lima ekor anak burung. Bandingkan gambarnya dengan gambar yang diambil pada 7/9 yang lepas. Sewaktu ini ada 6 ekor anak burung. Unfortunately one of them mati the day after that.

IMG_1283

Yang ini dah ada telur baru dah tapi anak burung yang lama masih belum nak terbang Sarcastic smile.

IMG_1403

IMG_1418

Dalam sarang ini ada 5 ekor anak burong baji. Saksikan anak burung yang terakhir tu besar duit 10 sen aje ….

Pointing upAnak-anak burung ini mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan dari menetas hinggalah boleh terbang (keluar dari sarang). Selain dari anak-anak burung diatas, beberapa sarang lagi ada telur dan ibu burung yang sedang mengeramkan telur. Mama nampak ada orang senyum aje lately Open-mouthed smile.

Anak-anak burung yang telah dewasa di laman ini….

Friday, September 23, 2011

Selera makan

nasi lemakKita selalu merungut tidak tahu nak makan  apa, atau makanan tidak sedap atau tidak mahu makan atas alasan untuk diet dll, tetapi kita jarang menghargai nikmat berselera untuk makan sehinggalah satu ketika semua benda yang kita makan terasa begitu pahit sekali. Itulah yang saya alami selama 2 hari apabila ada virus X yang memasuki perut ini dan menyebabkan ianya begitu berkecamuk sekali, selain dari meningkatkan bilangan ke bilik air. Akibatnya, saya tidak terasa untuk makan apa-apa pun. Apabila perut telah mula berbunyi, saya cuba juga telan sebiji donut, tetapi mengunyahnya begitu sukar kerana kuih yang manis terasa begitu pahit sehingga saya memerlukan satu gelas air untuk makan sebiji donut!!!.

 

antibody Antibodi dan antigen yang berperang menyebabkan badan begitu lemah dan tiada apa yang boleh saya buat melainkan tidur atau kebilik air Smile.

Natijahnya, berselera untuk makan adalah satu nikmat Allah yang tidak ternilai. Pagi ni, bersyukurnya saya kerana dapat menikmati kembali nasi lemak seperti biasa. Alhamdulillah.

Tuesday, September 20, 2011

Majlis perkahwinan Noreen dan Amir

Sebab kedua kami ke Shah Alam hujung minggu lepas adalah untuk menghadiri majlis perkawinan Noreen selepas rancangan awal untuk pergi dengan bas dibatalkan kerana tak cukup penumpang.

IMG_1871

Berseri-seri pengantin dua sejoli ni. suka cenderahati yang diberikan yang mengandungi buku kecil – surah Yassin dan doa (Tren sekarang kot sebab saya dah terima beberapa surah yassin lately apabila menghadiri majlis perkawinan.

IMG_1875

Semoga berkekalan, berbahagia sehingga ke anak cucu…

Jamuan Hari Raya

Sekembalinya dari Shah Alam, saya membuat persediaan untuk mengadakan jamuan hari raya di rumah. Abah menjemput staf HEP dan resident staff ke rumah. Disamping itu, kami menjemput jiran berhampiran ke rumah untuk sedikit jamuan dan bersemuka. Kebiasaannya kami sibuk dengan urusan masing-masing dan sukar untuk melawat kerumah jiran. Kesempatan setahun sekali untuk semua jiran datang dan berkenalan with each other Smile.

IMG_1365

Menu tahun ini – nasi dagang, ketupat, rendang tiga beradik dan serunding, ketupat daun palas dan mee kari (tahun ini decide untuk buat mee kari instead of mee jawa). Sempat juga buat kek lapis dan puding buih untuk jamuan ini, selain dari bertujuan untuk menghabiskan kuih-kuih raya yang masih berbaki.

Kesibukan melayan tetamu, tak sempat nak ambil gambar majlis. Walaubagaimanapun, Terima kasih kepada semua kenalan dan jiran yang datang bertandang. Terima kasih pada Mubin yang bawa lemang. Terima kasih kepada dua orang pelajar yang membantu membasuh pinggan dan paling utama terima kasih pada emak yang membantu saya. Ehm kesempatan ini juga saya gunakan untuk berbual-bual dengan emak yang dah lama saya tidak berkesempatan untuk melakukannya. Kami bebesar hati bila ada kenalan dan jiran yang datang untuk berbuka puasa dirumah.

p/s beberapa nota

  • Harga kelapa yang naik mendadak menyebabkan saya terpaksa ke pasar kembali untuk beli santan!!!! Selain dari kuantiti yang telah berkurangan, kepekatannya juga telah berkurangan..Hmm nak buat nasi dagang, harga santan lebih mahal dari harga ikan?????? By the way..bawang kecil juga telah mula kurang dipasaran..adakah peristiwa tahun lepas akan berulang lagi? .
  • Untuk kali pertama saya menerima kehadiran beberapa mualimah sekolah Haqim yang sudi datang kerumah, terima kasih.
  • Usia yang meningkat telah memperlihatkan kesannya apabila terasa penat sekali selepas majlis selesai, Walaubagaimanapun, kepenatannya berkurang apabila melihat tetamu mengemari masakan yang disediakan. Berbaloi memasak rather than menempah makanan.
  • Baru perasan, buat nasi dagang, tidak membasir nasi sebab tak ada kerak macam nasi minyak atau nasi tomato Smile.

Nasi Dagang Kak Sah

Satu lagi resepi yang saya dapat dari Kak Sah sewaktu menghadiri jamuan hari raya di rumah Chu.

 

Bahan bahan
2 cupak beras nasi dagang kelantan
5-6 ulas bawang merah dihiris
2 in halia dihiris
Sedikit halba
1 cawan santan


Kaedah
Rendam beras selama 4 jam
Kukus beras hingga separa masak (15 minit)
Angkat nasi dari dapur maduk dalam bekas dan gaul dengan 1 cawan air
Masuk kembali dalam kukus. Buat lubang ditengah dan masukkan bawang halia dan halba.tutup dengan nasi
Kukus nasi sehingga masak (dalam 20 minit)
Masak santan kelapa hingga mendidih ( jangan terlalu lama)
Angkat nasi masuk dalam bekas,gaul dengan santan
Tutup sekejap sebelum dihidang

Good Luck..

Rumah terbuka Chu

Diantara sebab kami ke Shah Alam pada hujung minggu adalah untuk menghadiri majlis ini. Di sebelah pagi, kami membantu Chu menyediakan juadah. Dapat berkenalan dengan keluarga Che We dan mempelajari sate yang menjadi tumpuan utama hari tersebut.

IMG_1868

Tuan rumah bersama hidangan sebelum ketibaan tetamu.

IMG_1869IMG_1872

Diantara tetamu yang hadir.

IMG_1859IMG_1874

Ehm…Lebih kurang 400 cucuk sate habis dalam masa tak sampai 2 jam. Menghiris 7 ekor ayam, mengambil masa lebih kurang 2 jam, lebih kurang 3 jam diambil untuk mencucuk dan 4 jam untuk membakar (Wan dah set standard untuk bakar sate ni).Macamana sate berada ditempat ke 16 (makanan kegemaran didunia) berbanding redang yang berada di tempat pertama Eye rolling smile.

 

IMG_1867 IMG_1866

Inilah Kak Sah yang berkongsi resepi sate dan nasi dagang dengan saya dan anaknya yang menyediakan sup tulang ayam (sedap…Khabarnya, semua ramuan kecuali penumis diblender hancur dan ditumis bagi menghasilkan sup yang sedap. Kena cuba ni next time.).

Terima kasih Chu dan Che We yang menjemput kami. Tahun depan jemput lagi ye.

Sunday, September 18, 2011

Satay Kak Sah

Benarlah kata pepatah berkasih biar satu, berkawan biar seribu. Hari ini saya dapat resepi ini dari Kak Sah (emak  Che We ). Terima kasih kerana berkongsi ilmu dengan kami.

IMG_1865

Bahan bahan

  • 1 ekor ayam yang bezar (rugi nak buat sate beli ayam kecil)
  • 1  1/2 cawan gula pasir
  • 1  1/2  buku bawang putih
  • 2 in halia
  • 4-5 batang serai
  • 2 sudu garam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar kunyit debu
  • 2 keping gula melaka (manisan di terengganu)
  • 3 batang serai untuk merenjis sewaktu membakar

Kaedah

  • Blender bawang putih,serai,halia.
  • Potong isi ayam kecil kecil. (nota: tulang-tulangnya boleh masuk dalam kuah kacang sedap..)
  • Gaul ayam, bahan yang diblender,garam,gula,kunyit dan jintan
  • Perap sekurang kurangnya 4 jam
  • Cucuk ayam pada lidi sate (nota: cucukkan bahagian berlemak di bahagian tengah sate)

IMG_1860

  • Cairkan gula melaka dengan sedikit air
  • Campurkan minyak dari kuah kacang dalam gulamelaka untuk merenjis sate sewaktu membakar
  • Sediakan bara api untuk membakar sate
  • Gunakan kipas untuk memastikan api sekata (kami guna kipas letrik. :-)
  • Bakar sate sambil direnjis dengan menggunakan larutan gula melaka

 

p/s kebiasaannya saya menggunakan minyak dan bawang putih yang ditumbuk sebagai bahan renjisan. Inilah kali pertama saya menggunakan manisan sebagai bahan renjisan.. sedap juga.

Selamat Mencuba…Saya nak cuba juga Raya Haji ni…Smile