Ada lebihan kacang merah dari talam kacang merah, jagung dari talam jagung dan cendul dari talam cendul, so..oviously the next talam ialah talam ABC . Resepi asalnya saya ambil dari laman Pn Yati . Terima kasih kongsi resepi, Saya letak disini untuk future references. Resepi ini telah saya reduce dari resepi asal yang menggunakan talam 10in X 10 in. Saya menggunakan talam 8 in X 8 in.
Bahan-bahan bahagian atas
- *1 cawan tepung beras
- *2 sudu besar tepung Hoen Kuee (putih) – At last guna juga tepung ini yang dibeli some time ago
- *1/2 cawan gula kastor
- *1/2 sudu teh garam
- 1/2 cawan cendol
- 1/2 cawan jagung manis
- 1/2 cawan kacang merah
Kaedah
- Panaskan kukusan, sediakan loyang
- Satu semua bahagian bertanda * dalam periuk. Gaul rata
- Masak sehingga naik wap
- Masukkan jagung manis, kacang merah dan cendol. Gaul rata
- Tuang dalam loyang dan kukus 25 minit
Bahan-bahan bahagian atas
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 kotak santan + 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- 2 biji telur
- sedikit pewarna pink
Kaedah
- Satukan semua bahan dan gaul rata dalam periuk
- Masak periuk sebentar sehingga naik wap
- Cakar bahagian bawah tepung
- Tuang bahagian atas dan kukus selama 25 minit
- Biar betul-betul sejuk baru dipotong,
Selamat Mencuba
0 comments:
Post a Comment