Showing posts with label ilqam. Show all posts
Showing posts with label ilqam. Show all posts

Tuesday, January 13, 2009

Post using Microsoft Live Writer

This blog entry is created using Microsoft Live Writer. Last weekend, I have the opportunity to register as one of the user at Microsoft@live.edu. One of the application that come together with this registration is Microsoft Live Writer that simplify the process of writing a blog entry. Need to know more about other blog editor – visit this blog :- http://www.iamkarthik.com/12-wordpress-editors.html 

writer

Thursday, January 8, 2009

Pengajaran Sebagai Ketua

Hari ini saya belajar sukarnya untuk mengekalkan keharmonian dalam sesuatu organisasi dan bagaimana tindakan dan percakapan kita ada kalanya boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan staf. Sewajarnya sebagai ketua, ada ketikanya perbincangan dalam bilik mesyuarat tidak dipanjangkan diluar bilik mesyuarat kerana kesannya terhadap individu kadangkala akan merosakkan keharmonian.


Hari ini juga saya juga belajar pentingnya untuk menyemak tugasan yang diberikan kepada individu walaupun pada hasrat kita mereka adalah seorang yang bertanggungjawab. Sewajarnya semakan berkala adalah perlu bagi memastikan projek berjalan sepertimana yang dijadualkan dan dikehendaki.

Cenderahati dari Gee dan Sha

Semakin dekat hari untuk meninggalkan iLQaM terasa sayu pula untuk meninggalkan staf-staf di pejabat ini. 6 Jan 2009 mereka mengadakan jamuan untuk saya dan semalam kami bergambar kenangan bersama yang akan saya abadikan dalam blog ini. Thanks Gee and Sha on the nice give. Semoga you all semua success in the future. Mohon maaf jika ada silap dan salah.

Saturday, December 20, 2008

Minggu Kualiti

Berbeza dari tahun-tahun lepas, tahun ini sambutan Minggu Kualiti diadakan dari 14-18 Disember. Bermula dengan Kembara Hari Kualiti dan diakhiri dengan Makan Malam Anugerah Khidmat Cemerlang. iLQaM mengambil bahagian melalui diruang pameran dan hampir semua acara disertai oleh staf iLQaM.
Tahniah kepada kak Mi yang berjaya merancang dan melaksanakan program ini. Sesungguhnya bukan mudah untuk mengendalikan program ini. Saya berada didewan sewaktu sesi raptai yang bermula dari jam 2:30 sehinggalah jam 5:30 petang. Menyaksikan banyaknya effort yang diberikan oleh berbagai pihak menyebabkan saya berazam selepas ini untuk menghadiri program seperti ini sekiranya dijemput atau memaklumkan ketidakhadiran sekiranya tidak dapat menghadiri program. Sayang sekali tidak ramai staf yang datang di Malam Kemuncak Kualiti tersebut. Saya dapat melihat kekecewaan diwajah pengarah sewaktu menyaksikan sambutan yang kurang memuaskan tersebut.

Tuesday, December 2, 2008

Tribute to En Talib Samad Jamil


Sekembalinya saya dari Shah Alam, saya terbaca e-mail dari En Talib yang memaklumkan beliau telahpun berpindah ke Kampung Gajah. Jika saya boleh namakan individu-individu yang memberi kesan dalam aktiviti-aktiviti saya di UiTM Terengganu, En Talib Samad Jamil adalah salah seorang darinya. Beliau lah yang mengajar saya semua prosedur-prosedur di UiTM sehingga membolehkan saya menghasilkan dokumen kualiti dan prosedur-prosedur ISO, yang mendengar permasalahan yang saya hadapi dan menyelesaikannya, beliau jugalah yang banyak memberi nasihat dan teguran membina atas tindakan-tindakan yang saya akan ambil dimana kadangkala saya tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk melaksanakannya. Namun dengan sokongan dari beliau aktiviti berjalan dengan lancar.


Nama En Talib begitu synonym dengan audit ISO dimana beliau pastinya akan terlibat sebagai auditee dalam setiap Audit ISO bermula dari gerakan ISO bersama SIRIM sehinggalah gerakan ISO bersama Lyods sekarang. UiTM Terengganu kehilangan seorang staf yang bergitu dedikasi dalam tugas disamping seorang MC yang sentiasa sedia untuk membantu.


Thank you for being one of my best friends, for being there whenever I need helps and advices.

Semoga success di tempat yang baru.....

Saturday, November 29, 2008

Menemui pensyarah baru

Selama 6 hari saya berkampung di Hotel Prescott Kelang, bersama-sama dengan pensyarah baru. Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mengenai Teaching Portfolio bersama-sama mereka. Untuk pertama kali juga saya ke Kampus UiTM di Puncak Perdana. Melihat kepada wajah-wajah muda yang ceria, teringat saya diwaktu saya mula-mula masuk mendaftar sebagai pensyarah UiTM dulu, dengan berbagai-bagai masalah yang saya hadapi dan saya pelajari dari pengalaman melakukan berbagai-bagai kesilapan. Satu perkara yang agak merisaukan saya bila diperhatikan, pensyarah baru lebih mementingkan penyelidikan berbanding dengan tugas hakiki mereka sebagai pengajar. Ehmm.. a good topic for research project ni...

Terima kasih juga pada Dr Rohana yang memberi peluang kepada saya membaiki presentation skill dan apa yang lebih penting, saya berkesempatan untuk catch up kembali dengan pengajian saya dan berpeluang untuk berjumpa dengan penyelia. Syukur saya kepada Allah yang memberi kesempatan dan peluang serta memberi rezeki untuk saya meneruskan pengajian saya.

Semoga pensyarah-pensyarah muda ini nanti akan meneruskan kesinambungan kami. Tersentuh saya bila terpandang ungkapan ini di pintu masuk belakang UiTM -

"Jagalah UiTM ini sebaik mungkin, ianya mungkin benteng terakhir untuk memertabatkan bangsa kita" - YDPA - Mei 2007

Wednesday, October 29, 2008

Berkursus di Shah Alam

Hari ini, saya menghadiri kursus Postgraduate Supervision and Thesis Evaluation di Shah Alam. A very interesting course. Tengahari sempat juga ke library untuk cari buku and artikel. Petang lepas kursus, kami menemankan Mazidah ke UKM untuk berjumpa supervisornya. Inilah kali pertama saya ke UKM. Sempat juga makan sate di Kedai Sate Samuji di Kajang sebelum ke Alamanda untuk beli flash drive untuk back up data. What a day...letihnya...

Sunday, October 19, 2008

Finalis AKNC

Dari petang semalam (18/10) kami merangka strategi dan power point persembahan tuan pengarah untuk dipersembahkan di pusingan akhir perbentangan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC). Inilah yang kami tungu-tunggu sebagai penutup khidmat kami sebelum kami cuti belajar. So pagi ini diadakan sesi bergambar bersama staf dan pelajar bagi memperlihatkan gerakan kualiti adalah gerakan satu kampus bukannya oleh AJK Unit Kualiti sahaja. Di sepanjang pagi ini, saya menelefon berbagai-bagai unit bagi mendapatkan maklumat terperinci dan gambar aktiviti bagi menguatkan lagi persembahan yang akan dipaparkan. Ehmm.. beberapa pengajaran yang saya pelajari hari ini. Diantaranya




  • tiada satu kaedah untuk mengumpul maklumat aktiviti-aktiviti dan anugerah-anugerah yang kita capai. Projek album aktiviti bulanan banyak membantu tetapi, kami tahu masih banyak lagi aktiviti yang boleh dilaporkan;



  • adakah budaya orang melayu yang tidak mahu sesuatu kebaikan itu diwarwarkan menyebabkan saya sukar mendapat maklumbalas dari staf sedangkan apa yang ingin kita lakukan ialah mengiktiraf usaha mereka. Mungkin budaya ini perlu diubah kerana kelihatannya kita tidak akan pergi jauh sekiranya kita terlalu merendah diri.



Semoga berjaya buat Kak Azmi dan rakan-rakan semua...

Wednesday, July 23, 2008

Lawatan penilai AKNC and AKPM







Penilai-penilai AKNC dan AKPM dari iNQA menghabiskan 2 hari untuk menilai perkembangan budaya kualiti di kampus. Semester lepas, UiTM Terengganu telah memenangi hadiah prosess terbaik keseluruhan.Hopefully, tahun ini kami akan dapat memenangi lebih banyak hadiah. Tugas saya dilawatan kali ini adalah untuk membawa Pn Aishah dan seorang penilai lagi untuk melawat asrama dan pegawai keselamatan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan Dr Rahmah. Fadhilah dan lain-lain saya tidak jumpa semenjak berpindah dari Kelantan dulu. Sebelah malamnya diadakan sesi makan malam pihak pengurusan dan penilai tersebut. Di majlis penutup tiada isu besar yang ditimbulkan. Sempat juga mereka melihat perkembangan Sistem Osis, Lensa Kamera dan Fail Meja di Web Site iLQaM.


Wednesday, July 9, 2008

Asri bawa durian


Hari ini, asri menjamu kami dengan buah durian. Sekali sekala makan durian ramai-ramai ni seronok juga. Thanks Asri..Teringat durian kat kebun di Mersing. ehmm..nak telefon maklah sekejap..

Monday, June 30, 2008

Team building di PNB Ilham resort PD



Hari ini saya dan Asri ke PD untuk menghadiri program team building yang dianjurkan oleh ilqam shah alam. Walaupun letih kerana menguruskan kursus KAP, saya luangkan juga masa untuk berkenalan dengan wakil wakil ilqam dari cawangan yang lain. Who knows I might need their help next time.


Cantik tempat ni, dan harga biliknya pun okay RM120 per room perday. Kalau dekat dengan Dungun, pasti tempat ini menjadi pilihan saya untuk buat program.

Sunday, June 29, 2008

Berakhirnya kursus KAP




At last Kurus Asas Pengajaran Jun 2008 yang diadakan di Dungun tiba ke penghujungnya. Sebagai penganjur, terasa begitu lega sekali apabila program ini berjalan tanpa sebarang masalah besar yang timbul. Masalah kecil-kecil tu biasalah. Rasanya baru semalam saya menanti mereka tiba, hari ini dah mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Secara peribadi, pengalaman mengendalikan program ini begitu bererti bagi saya. Banyak kenalan yang saya jumpa selain dari hubungan yang lebih akrab dengan pihak pengurusan iLQaM Shah Alam. Semoga program ini akan memberikan manafaat kepada semua pensyarah yang menyertainya.

Wednesday, June 18, 2008

Kursus Blog, Wiki dan Podcasting

Hari ini 2 kursus berjalan serentak iaitu Bengkel Penyelenggaraan Komputer dan Bengkel Blog, Wiki, Podcasting dan ExamView. Kesemua bengkel-bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan penggunaan ICT dikalangan pensyarah. Perhatian saya tertumpu kepada Bengkel Blog, Wiki, Podcasting dan Exam View dimana saya mengajar penggunaan Wiki dan Podcasting. Ilmu yang dipelajari di UiA serta sedikit pengalaman saya gunakan untuk mengajar pensyarah-pensyarah yang lain. Terasa hilang penat menyediakan slide for the past two nights apabila melihat pensyarah-pensyarah begitu berminat untuk mendalami perkara yang diterangkan terutamanya apabila tiba gelaran untuk membuat postcast.

Majlis Penutup Program Team Building

Masa berjalan begitu cepat sekali. Hari ini saya begitu terharu sewaktu menghadiri majlis penutup Program Team Building di Telok Kalong Kemaman. Saya dapat saksikan terdapat perubahan dalam sikap mereka jika dibandingkan dengan sikap mereka dihari yang pertama. Harapan saya mereka akan mengamalkan sikap-sikap positif yang telah mereka pelajari dalam program ini.

Sunday, June 15, 2008

Bengkel Team Building


Dalam menghadiri Bengkel "Developement of Storyboard" saya juga memantau pergerakan Kursus Team Building bagi 40 orang staf yang diadakan di Pusat Pupuk Semangat di Kemaman. Program dikendalikan oleh One Stop Consultant yang diketuai oleh En. Engku Azli. Program yang berasaskan kepada 7 P yang membentuk peribadi profesionalisma seseorang staf.



Bengkel "Developement of a Storyboard "


Hari ini saya menghadiri bengkel "Developement of Storyboard" dari jam 9:00 ke 12:30 pagi. Bengkel dikendalikan oleh Dr Mona Masood dari Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia, USM. Bengkel yang amat menarik tapi sayangnya sambutan dari pensyarah terutamanya pensyarah Jabatan Sains Komputer tidak begitu memberansangkan. Walaubagaimanapun, Dr Mona telah berjaya mengurangkan masa kami sekiranya kami perlu mencari maklumat tersebut sendiri. Saya juga berjaya memujuk Syarifah Aini dan Aida untuk menghasilkan courseware about Research Development yang akan diedarkan kepada pensyarah baru.Tahniah kepada AJK Courseware yang telah berjaya menganjurkan program ini.

Monday, June 9, 2008

Bengkel Internet Programming








.


Selepas 5 semester mengajar Internet programming, sudah tiba masanya untuk saya memindahkan kod tersebut kepada rakan-rakan yang lain untuk mengajarnya. So, hari ini dan esok diadakan bengkel HTML, JavaScript dan ASP selama 2 hari kepada pensyarah-pensyarah Sains Komputer. Turut hadir ialah Ratna, Marhani dan Rosli dari Machang. Walaupun letih juga menyediakan nota pengajaran sewaktu cuti last week tetapi seronok bila melihat rakan-rakan bersungguh-sungguh untuk mempelajari kandungannya sehingga petang.

Saturday, June 7, 2008

Kursus audit dalam


Pada 5 Jun yang lepas, saya telah dijemput untuk menjadi fasilitator program audit dalaman pensijilan ISO. Program ini telah mengingatkan saya kepada kursus yang sama yang telah saya hadiri lebihkurang 6 tahun yang lalu. Kursus ini telah mengubah persepsi saya terhadap penglibatan, sumbangan dan peranan saya kepada organisasi dengan lebih luas. Tugas seorang pegawai audit dalaman bukanlah untuk mencari kesalahan, tetapi memastikan proses yang perlu dilaksanakan telah dilaksanakan dengan baik untuk kebaikan bersama dan untuk memastikan UiTM Terengganu masih relevan dimasa hadapan. Selamat bertugas dan semoga berjaya kepada semua juruaudit-juruaudit dalaman yang baru dilantik.