Showing posts with label PhD. Show all posts
Showing posts with label PhD. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Perjalanan Phd -Satu tinjauan ke belakang.

Saya terasa seperti bermimpi. Begitulah jawapan saya kepada mereka yang bertanya bagaimana perasaan selepas menamatkan pengajian. Rasa macam tak percaya, 4hb Oct saya viva, 14 hb Oct hantar  tesis dan 26hb convo. Nampak bagaikan express rakyat tapi sebenarnya banyak aktiviti yang perlu saya lalui. Alhamdulillah, Allah permudahkan aktiviti-aktiviti phd saya bermula dari menghadiri viva sehingga ke tamat pengajian. Selepas 4 tahun saya kini boleh menarik nafas lega. Saya kira saya bukanlah calon yang terbaik untuk berkongsi pengalaman bagaimana untuk menamatkan pengajian Phd. Bagi yang bertanya inilah jawapan saya.

1) Perjalanan phd adalah perjalanan yang berbeza dari satu calon dengan calon yang lain. Mereka yang mengambil pengajian phd dalam bidang komputer berbeza pengalamannya dengan mereka yang mengambil phd dalam bidang social science atau dalam bidang kejuruteraan atau dalam bidang bahasa. Janganlah dibandingkan pengalaman diantara seorang penerima phd dengan yang lain.

2) Alhamdulillah tuhan permudahkan aktiviti aktiviti diakhir perjalanan. Doa siapa atau yang mana yang dimakbulkan tuhan diluar kemampuan saya untuk berfikir. Doa saya dari sebelum memulakan phd setiap kali lepas sembahyang adalah agar Allah permudahkan perjalanan saya. Saya bertuah kerana saya kira itu jugalah doa suami yang mengiringi saya disepanjang perjalanan.mungkin juga doa emak yang setiap kali saya beritahu akan ke Shah Alam mendoakan keselamatan kami dan mendoakan semoga saya lepas habis belajar. Doakan mama mudah habis belajar juga saya pesan pada haqim setiap kali beliau beritahu ada qiam disekolah. Perjalanan saya juga diiringi oleh doa dari penyelia penyelia saya, rakan seperjuangan, saudara mara, rakan rakan dan pelajar pelajar saya. Begitu ramai insan yg terlibat dalam mendoakan kejayaan ini. Terima kasih semua begitulah perjalanan ini meninggalkan kesan kepada insan insan yang berada disekeliling kita. 

3) Alhamdulillah saya bertemu dengan 3 insan yang banyak memberi tunjuk ajar, yang mendengar serta bersama sama saya disepanjang perjalanan ini. Terima kasih Prof Dr Abdul Razak yang memberi pendapat dan tunjuk arah serta yang menarik saya kembali ke track yang sebenar apabila saya tersasar. Terima kasih PM Dr Mazidah, rakan yang sentiasa mendengar dan memberi perangsang untuk saya maju kehadapan, penyelia yang menyediakan dana penyelidikan bagi membolehkan saya membentang kertas kerja sehingga ke London dan menghantar journal. Terima kasih Dr Muhammad Zakree yang memberi cadangan idea dan semangat untuk saya kehadapan. Mereka merupakan pembentuk dan pewarna perjalana saya. Tidak mungkin saya dapat membalas jasa mereka. Yap bagi saya peranan dan hubungan yng baik dengan supervisor amat perlu dalam perjalanan ini. Mereka tidak pernah menyatakan apa yang saya buat sebagai satu kesilapan tapi later saya akan faham  melalui komen komen dari ahli akademik yang menilai artikel yang dihantar. Mereka tidak pernah menghalang saya dari mencuba atau melakukan sesuatu aktivit tapi mereka iringinaktiviti saya dengan doa dan nasihat.Tidak munkin saya dapat membalas jasa mereka dengan wang ringgit tapi saya faham mereka mengharap agar saya dapat meneruskan perjuangan mereka mempertahankan agama dan memajukan bangsa dan negara di bumi bertuah ini. Dengan rendah diri terima kasih prof, maz dan mzan...

4) Saya juga bertuah apabila suami, emak dan anak merestui dan menyokong perjalanan saya. Selain doa, abah bersama setiap kali saya ke Shah Alam, ke UKM, berjumpa supervisor dimerata tempat, dan membentang kertas kerja didalam dan luar negara. In fact, kami menganbil kesempatan untuk bercuti bersama apabila perlu keluar negara. Abah juga yang mendengar keluh kesah saya, turun dan naiknya emosi saya disepanjang perjalanan. Memahami kenapa saya perlu menghadap komputer siang dan malam.  Bersabar apbila saya tak sempat nak kemas rumah atau memasak. Terima kasih sayang..

5) Faktor kewangan adalah satu lagi faktor yang banyak mempengaruhi perjalanan phd saya. Sumber kewangan diperlukan untuk membayar yuran pengajian, yuran menghadiri seminar, yuran penerbitan journal, perbelanjaan mengumpul data, duit peralatan bahan IT terutamanya toner pencetak, duit buku dan lain lain lagi. Banyak juga kewangan diperlukan untuk perjalanan berulang alik dari Dungun ke Ukm, ke tempat seminar, dan berjumpa penyelia yg kebiasaanya bukan diUKM. Alhamdulillah selain dari cuti belajar saya menerima biasiswa disamping bantuan dari geran penyelidikan Dr Mazidah. Terima kasih kepada pengurusan UiTM yang membenarkan saya cuti belajar bergaji, juga kepada pihakegara KPT yang memberikan biasiswa yang saya perlukan juga kepada MOSTI yang menyediakan geran penyelidikan melalui Dr Mazidah yang saya gunakan sepanjang pengajian saya. Terima kasih diatas sumbangan tersebut.

6) Saya pasti tidak akan tamat tampa disiplin, positive mind  dan persistant. Terima kasih pada emak dan ayah yang mendidik saya dengat nilai nilai ini. Sepanjang pengajian pelajar phd perlu untuk menyusun sendiri aktiviti mereka, menetapkan pencapaian tanpa 





Monday, July 15, 2013

Submitting of thesis for viva

At last after 3.5 years, 5 copies of thesis were submitted for reviewed on 13/7/2013. Hopefully it fulfilled the requirements in order to complete my study. Ameen…

Wednesday, July 10, 2013

London 2013–Seminar ICDMKE

Menghadiri seminar ini adalah tujuan utama kami ke London. So pada 2hb July ke 4 hb July masa kami banyak dihabiskan diseminar ini.

20130705_002914

14 seminar yang diadakan serentak.

20130703_160919

Peserta ambil sendiri slip registration dan lain-lain info yang terlibat

20130705_002719

20130705_003126

Sesi poster yang berbeza dengan sesi poster di Malaysia.

IMG_0290

IMG_0293

20130706_00203920130706_004143

Presenter dalam sesi kami

IMG_0291

Friday, June 14, 2013

Kursus Tulis Tesis Pantas

peserta

Gambar dari laman web Dr Othman di http://drotspss.blogspot.com/ . Phd program pun ramai perempuan dari lelaki !!!!!!

Saya menghadiri kursus ini yang dikendalikan oleh Dr Othman Talib di Hotel UiTM. What? Kenapa attend kursus lepas tulis thesis? I received the same question from several people. Hmm bertuahnya saya kerana berkesempatan attend kursus phd diawal dan diakhir tempoh pengajian. Kalau pada tahun 2010 sewaktu saya attend kursus yang serupa by different people, half of the session macam blur je, tapi sekarang semuanya clear and I agree dengan apa yang dicadangkan oleh Dr Othman. Ada beberapa perkara yang dicadangkan oleh beliau membuatkan saya berfikir dan melihat kembali thesis saya sekembalinya dari program tersebut. A very good program yang amat sesuai untuk pelajar-pelajar yang sedang buat phd. Selain dari itu, ada beberapa tips dan diagram yang sesuai untuk saya gunakan kelak kalau kena mengajar reseach methodology.

Cuma Dr Othman menganjurkan penggunaan Mendeley sebagai document manager. Saya rasa penggunaan qiqqa adalah lebih baik cuma slightly complicated berbanding dengan Mendeley.

Seronok berada bersama-sama kumpulan phd yang memahami apa yang saya lalui…

Hopefully tuhan permudahkan perjalanan saya untuk menyiapkan tesis dan viva. Ameen…..

Monday, March 18, 2013

First Draft of Thesis

Awal bulan November 2012

Supervisor 1: Ok you boleh mula menulis, give me the draft by end of January.

Student: Ok prof saya cuba tapi saya kena rerun balik experiments and completekan data KMAT to 21000.

Middle of January:

Student: Prof, I made a mistake rerunning the program, the exercise took more time than what I had planned. I need more time to write

Supervisor 1 : Ok, start writing you have 6-7 chapters to write

Student: (Dalam hati) I had submitted 3 chapters tapi tak ada sesiapa pun nak comment ehmm..

Awal February:

Supervisor 2 : How is the writing process?

Student: Slow, saya tulis 2 mukasurat, lepas tu delete 3 muka surat. Need to run more experiments Tak tahu apa nak tulis..

Supervisor 2 : It will be good if you can submit the thesis before mula mengajar. Nanti susah nak siapkan

Student : That is my target too,

Awal March:

Supervisor 3 : Stop experimenting, start the writing process, other wise you tak sempat nak submit thesis by June..

Student: Yap..InsyaAllah, difficult but trying my best..

 

Student: Ehm..Makan luar dinner ni

Husband: Again..

Student: Jangan cakap apa-apa, nanti saya kemas rumah

Husband: Ops..

Emak : Senyap aje pagi ni..

Student: Saya tidur lewat malam tadi, lepas husband gi kerja saya baring sekejap..

 

Student: Alamak..Format word dah hay wire..Dia dah bingung, may be sebab file dah besar sangat, kena copy paragraph by paragraph into a new document.

Supervisor 2 : Make sure you buat back up every day..

Student: Oh no..there is no improvement compare to the current technique..

Supervisor 2: But your technique is different than them and you are inserting a code to improve their technique. That is the reason why you nampak their technique is better.

Student : Ya lah Sememangnya buat Phd bukannya kerja seorang-seorang. Terima kash Dr for the suggestion. This morning, saya blur sekejap, terima kasih kerana menjadi pendengar yang baik and the discussion membuatkan saya okay kembali and nampak balik jalan nak proceed :)

InsyaAllah  next week saya hantar the first draft of the  thesis (7 chapters) . May not be as good as Andrew Secker thesis. I expect I'll have to do a lot of improvement but that is where the learning process is. Learn a lot in the journey to complete the first draft ..

Patutlah depa tak beri comment bila I submit the early chapters (Dalam hati)

 

Student: Dr tolong check nahu dan grammar 1st draft saya so that saya tak buat the same mistakes in the rest of the theses.

Pakar bahasa: Berapa mukasurat your 1st draft?

student : Dalam 200 mukasurat.

Pakar bahasa: Ehm selalunya student hantar 1st draft 300 mukasurat sebab nanti kena buang banyak.

Student : Oh oh..sebab tu ramai student tak hantar 1st draft ( dalam hati)

Supervisor 1: hantar je. Nanti saya baca, pendekatan people berbeza, ada kalanya kita guna format mengurangkan ada kalanya kita guna format mengembangkan...

Student: Saya tak berapa puas hati dengan 1st draft, tapi saya perlu hantar untuk dapatkan feedback..

 

A day be4 submission of 1st draft

Student: Oh oh. laser printer saya berasap bila saya print terus lebih dari 30 mukasurat. Kena print sikit-sikit, banyak section pulak ni, nanti dia confuse m/s mana nak print.. Untuk yang ada graph kena print color

Student: Oh oh it took 30 minutes to print 20 pages kat printer color,  ehm yang saya punya photostat je lah..

 

kedai photostat – 9 am

Owner – Kak, saya tak boleh buat terus, Dalam pukul 1 baru siap, banyak perkara nak buat ni.

Student – Tapi saya nak gi Shah Alam pkl 2 petang..Make sure siap. berapa?

Owner kedai photostat: InsyaAllah saya buat yang kakak punya dulu, Dalam RM50.00 kak. Next time akak hantar awal sikit lah..

 

15/3

Supervisor 1 : Saya ada meeting pagi dan petang. Letak je lah kat depan bilik.Dah Isi borang hantar thesis? Kena hantar borang 3 months in advance.

Student: Saya nak minta pendapat tentang isi borang tu..

Supervisor1: Ok jumpa pukul 12 tengahari.

Supervisor 3 : Ok jumpa pukul 11 pagi.

10:45 – Ooo kereta tak siap lagi, masih kat Shah Alam, Sorry Dr. lambat sikit.

12:15:

supervisor 1: Wah panjangnya tajuk..Lets discuss how to shorten it.

After 20 minutes:

Student : (Dalam hati) Sebab tu dia supervisor and saya student..

Supervisor 1: Salah ejaan ni...Nanti saya forward a name of a person yang you boleh contact untuk beli e-kamus…

Supervisor 3: Syabas..Looking forward to read the first draft. Saya nak gi Terenggnau On the 23rd nanti kita discuss.

Supervisor 2: At last tahniah.. The journey sudah hampir tamat but the challenge will be more next time..

 

Itulah sebahagian dari drama sewaktu proses nak hantar the 1st draft of my thesis. Still a long way to go, baru nampak cahaya samar-samar, masih banyak lagi yang perlu saya pelajari . Alhamdulillah saya bersyukur tuhan jumpakan saya dengan 3 orang supervisor yang banyak menyokong dan mendorong saya untuk meneruskan perjalanan ini. Semoga ianya sampai juga ke penghujungnya. Alhamdulillah  mereka yang berada disekitar saya memahami masa-masa dimana saya perlu menyibukkan diri. Ameen.. moga dipermudahkan perjalanan ini ke penghujungnya…

Sunday, March 3, 2013

“orang berjaya akan menyudahkan apa yang telah mereka mulakan”

 

Terkesan dihati membaca statement ini yang diucapkan oleh En Roslan Abd Hamid di laman MKI. Inilah ucapan yang sering berada dalam minda saya at this moment. Saat-saat dihujung pengajian PhD, waktu dimana saya perlu menyiapkan thesis PhD yang sepatutnya telah dihantar untuk semakan pada bulan January yang lepas. Saat dimana saya perlu lebih fokus dan memberhentikan kebanyakan aktiviti-aktiviti harian untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti penulisan. Ianya satu perkara yang sukar tapi saya juga tahu kalau saya fokus dan selesaikannya satu persatu, akhirnya ia akan selesai juga. Ehm..Terima kasih En Roslan atas kata-kata semangat tersebut. Bagi yang berminat, ini adalah link untuk membaca kuliah beliau : http://muhdkamil.org/pensyarah_tamu/roslan_ab_hamid  - Semoga ianya dapat dimanafaatkan..

Tuesday, December 4, 2012

CAIT 2012

CAIT 2012

Saya menghadiri seminar penyelidikan pelajar phd dalam bidang AI  (CAIT 2012) pada 18 – 19 November yang lepas  bersama Dr Mazidah. Saya kira inilah titik permulaan bagi saya merasai insyaAllah boleh menamatkan pengajian pada tahun depan. At last Prof Razak dah beri green light untuk saya menulis dan saya ada sampai penghujung bulan February untuk memberikan  kesemua 6 chapters of my thesis kepada prof untuk direview. Hmm banyaknya kerja nak buat. Dah lama tidak berkesempatan untuk bersama Mazidah. So in this programme, we are taking our own time chatting sambil makan sampai hampir 2 jam.

Banyak juga cadangan yang dikemukakann oleh penilai, prof dan Dr Zakree. Suspense pun ada juga bila harapan yang diletakkan begitu tinggi. Satu pengalaman yang saya dapat dari sesi ini, kata-kata penilai dalam memberikan pandangan terhadap sesuatu kajian memainkan peranan kepada pelajar. Apabila Prof Dr Siti Mariam memberikan ucapan tahniah and ‘see you at viva’ saya begitu berbesar hati. Tetapi ada juga rakan yang begitu muram apabila comment yang diberikan begitu negative seolah-olah 3 tahun masa berlalu tanpa memberi sesuatu maksud. Moga-moga Allah permudahkan saya untuk meneruskan proses penulisan sehingga selesai. Ameenn….

Seminar hasil penyelidikan KPT

20121108_125643

20121108_101349

Saya menghadiri seminar hasil penyelidikan kementerian pendidikan tinggi yang diadakan pada 8-9 Nov di AKEPT (somewhere at Sepang / Nilai)

20121108_091223

Cantik juga tempat ni walaupun lokasinya agak terpencil sedikit, Dalam estet getah :) . Saya sempat capture few pictures to prove it.

S20121108_125807
20121108_125954
20121108_130010
20121108_130014
20121108_130420
Haqim pun nak posing sekali he..he..

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah setiap sesi perbentangan dipengerusikan oleh seorang professor (bukan student ye). Bezanya apabila professor menjadi pengerusi, mereka banyak memberikan feedback dan cadangan for improvement. Thanks Prof Dr Nasir for the suggestions.

Friday, September 7, 2012

ebook database?…ipad3?

I have thousands of e-books that I downloaded from the Internet. There are everywhere, in my laptop, desktop, 2 hard drives, Samsung Note and Samsung Tab…in need of a device to store all of these books before I lose them :) .. or.. is that a reason to buy the new ipad Winking smile.

ipad32

Ya I know, I still have the first generation of iPad that I bought few years back. The device is now with my hubby to access Internet whenever he has free time serious..I think he visits the Internet  daily more than I did.

Well the Retina Display is nicer than Samsung though. Ok now there will be wars on the display of devices. But I am serious about the need of a device to store my e-books. with 64 GB, I have to take the effort to transfer all of my books in this device bit by bit.. may be 30 minutes to an hour a day…

As of today I have already transferred about 1600 books!!! more to come…

20120906_214347

This is my portable library..Love it..Thank you Allah for this device..

Seminar DMO di Langkawi

IMG-20120902-WA0000

Dari 2 hb – 4 hb September here I am presenting a paper in Data Mining and Optimization Seminar at Langkawi. The paper that I presented this time was a bit controversy – Is AIS suitable for opinion mining?

IMG-20120904-WA0002

Interesting seminar where I got the opportunity to share my research with others that are at the same line as mine :).

Terima kasih Prof Razak, PM Dr Mazidah and Dr Zakri yang memberi kesempatan untuk saya attend the seminar.  And to my hubby yang willing untuk ambil cuti untuk menemankan saya kesana.

cable car

Will remember this moment sewaktu dalam cable car di Langkawi. Terasa betapa kedilnya diri ini dibandingkan dengan keindahan alam yang terbentang dihadapan mata. Sayangnya kamera kami tidak cukup baik untuk capture the beauty. This is the best that I can capture.

20120901_18212020120901_18490520120901_185501

Terima kasih semua. A very nice visit. Sayangnya Haqim tak boleh ikut serta.

Monday, July 16, 2012

Presentation at KMICE

DSC_0272

I presented the early finding in normalization of noisy text at KMICE conference which was held at Thistle Hotel Johor Bahru. A nice experience since few people seems to be interested with the topic. Unfortunately, I can only attend the last day of seminar. Haqim menduduki peperiksaan diniah. So hanya boleh bertolak lepas peperiksaan dia.

Terima kasih Yati yang tunjukkan jalan dari tol ke hotel ini.

DSC_0271

Suka dengan bilik di hotel ni. So sweet. Masuk dalam bilik kami diraikan dengan design love dari kelopak bunga ros. Cantik pemandangan dari hotel ni.

DSC_0294

Terima kasih pada abah dan Haqim yang sudi temankan mama kemari.

DSC_0266

DSC_0296

Both of them..so sweet…

Thursday, March 15, 2012

Lawatan supervisors ke Dungun

Terima kasih Prof Razak and Dr Zakri yang sudi datang ke Dungun untuk membincangkan masalah projek PhD saya yang stuck pada masa ini. Alhamdulillah, selepas perbincangan yang mengambil masa hampir 3 jam banyak perkara yang perlu saya buat tapi tak apa at least it is moving. At last, dapat juga saya gabungkan ketiga-tiga supervisors sekali and mendapat satu keputusan untuk hala tuju projek..

20120312_214915

Terima kasih juga kerana sudi hadir kerumah kami bersama keluarga. Terima kasih juga kepada Taufik yang sudi membantu Haqim bakar ayam Smile. Should have taken a picture with all three of them. Tak apalah next time.

Saturday, December 17, 2011

Mendeley.com

Wish someone had informed me about this portal earlier. Bagi mereka yang baru sahaja memulakan pengajian phd, mendaftar dan gunalah portal ini untuk mencari artikel. Saya nak buat artikel about Feature selection for text classification and cuba perhatikan bilangan dokumen yang berkaitan ada 223 dokumen sedangkan saya hanya jumpa about 60 artikel sahaja..

Untitled

This will save a lot of hours in searching. Nevertheless, you still have to download the paper from the respective journal..

Monday, November 14, 2011

Recommended books for academic writing

After several months reviewing several books to improve my writing skill, these are the ‘must have’ books on academic writing:

front page english solutionsEnglish Solutions for Engineering and Science Research Writing – Highly recommended – contain guideline and check list for each process and section in thesis/journal writing. Interesting online links are included at each section of this book. May be downloaded from this site - http://hanyangowl.org/. Download the checklists separately for each article.

 

 

front page writingWriting for Computer Science - The Art of Effective Communication

 

 

 

 

front page english for witing research papers

 

English for Writing Research Papers – Good explanation on what to write at every section of an academic paper. Clear explanation on the appropriate selection of word’s tense Smile.

 

 

Check also

Tuesday, November 1, 2011

Survive in writing challenge

I need help in writing !!!! Like this entry, which is written by Brian Clark - at http://www.copyblogger.com/become-a-better-writer/

10 Steps to Becoming a Better Writer

  1. Write.
  2. Write more.
  3. Write even more.
  4. Write even more than that.
  5. Write when you don’t want to.
  6. Write when you do.
  7. Write when you have something to say.
  8. Write when you don’t.
  9. Write every day.
  10. Keep writing.

Sunday, October 30, 2011

Phd dan Penulisan

Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai pelajar PhD, saya percaya penulisan merupakan salah satu dari faktor yang menyebabkan seseorang pelajar PhD berjaya menamatkan pengajian atau tidak. Mulai sesi 2010, UKM meletakkan syarat 2 penerbitan journal sebelum seseorang pelajar diberikan ijazah kedoktoran. Objektifnya : seseorang pelajar PhD perlu mahir dalam menilai dan menyampaikan ilmu kepada umum terutamanya diperingkat antarabangsa. Oleh yang demikian penulisan perlu diterbitkan dalam journal bertaraf antarabangsa. Inilah salah satu faktor yang menyebabkan ramai pelajar PhD tidak tamat / lambat tamat dalam pengajian dan inilah salah satu dari CABARAN PhD saya.

Menulis artikel bukanlah satu perkara yang mudah bagi saya. Beberapa rakan ada menyatakan yang ianya akan mudah selepas beberapa penulisan tapi saya masih merasakan ianya begitu sukar. Sudah se minggu saya  menghadap komputer untuk melaporkan hasil experimen tetapi semakin hari semakin sukar untuk saya menghasilkan ayat-ayat yang sesuai. Pengalaman penulisan yang lepas mengajar saya bahawa penulisan akademik tidak seperti menulis blog atau esei. Ada struktur dan format tertentu, ada style tertentu yang perlu diikuti selain dari setiap ayat yang ditulis perlu ada maksud dan sebab tertentu. On top of that, English grammar & syntax juga perlu saya review. Mengelakkan diri dari melakukan plagirism juga salah satu dari perkara yang sukar. I am behind now in my writing and need to do something about this before it is too late…

Monday, September 5, 2011

PC dan laptop baru

Alhamdulillah, syukur, terima kasih atas 2 peralatan berikut yang pastinya akan memudahkan perjalanan PhD yang diterima pada hari ini..terima kasih..terima kasih..

IMG_1825

Ini yang menaikan semangat untuk berusaha lebih lagi ni.. Smile

Tuesday, July 19, 2011

3rd International Conference on Data Mining and Optimization (DMO 11)

IMG_1138

Dari 27/6 hingga 29/6, saya berkampung di Pullman Resort Putrajaya menghadiri seminar ini yang dikendalikan oleh UKM dengan kerjasama IEEE organisation.

Untuk kali pertama saya present paper yang pada pendapat saya nothing compare to the other presenters. Nevertheless, I think the main purpose my supervisor asks me to attend is to acquire experience and create network with other data miners around the country.

IMG_1141IMG_1140

IMG_1142

IMG_1067

Terima kasih prof, yang membayar yuran penyertaan ini. Terima kasih kerana ‘memaksa’ saya pergi ke seminar ini yang memberi banyak intangible experience.

Note: For the first time Haqim tinggal dengan nenek!!!!

Saturday, March 26, 2011

Research proposal

15/3 - At last after a year of study hari ni saya present my Phd research proposal. Nervousnya tuhan je yang tahu alhamdulillah with few correction the presentation goes as schedule. Being the first person to present made it much more easier. Terima kasih dr ARH dan dr Mazidah yg banyak membantu saya menyediakan proposal. Terima kasih kepada prof Siti mariyam dan prof tengku yang banyak beri input dan pandangan terhadap project saya.

Saturday, January 29, 2011

Perjumpaan denga Prof Razak

25 Jan, Saya dan Dr Mazidah mengadakan penemuan pertama dengan Prof Razak untuk tahun ini. Perbincangan berkisar tentang aktiviti-aktiviti FRGS (Prof adalah one of the members) dan aktiviti-aktiviti Phd (since I ‘ll present my proposal this semester). Apa yang menariknya, walau pun prof berjumpa dengan kami sekali-sekala, tapi ideanya meluaskan dan membuka ruang-ruang baru untuk kami explore. Mungkin itu bezanya diantara profesor dan pensyarah biasa Smile. Anyway, the journey is worth it and now I ‘ll have to concentrate on my proposal defense this coming February / March…aaarh.. suspense ni..