Syukur Alhamdulillah diperkenankan permintaan kami untuk menjadi tetamunya di Mekah dan Madinah..
Dari 3 hb Febuari hingga 14 hb Februari kami menjadi tetamu Allah. Banyak sekali kenangan manis dalam lawatan kali ini.
Syukur Alhamdulillah diperkenankan permintaan kami untuk menjadi tetamunya di Mekah dan Madinah..
Dari 3 hb Febuari hingga 14 hb Februari kami menjadi tetamu Allah. Banyak sekali kenangan manis dalam lawatan kali ini.
Lebih SR1000.00 diperuntukkan untuk membeli tamar. Di Madinah, tamar biasanya dijual di kedai-kedai kecil di tempat-tempat ziarah, di kebun tamar dan dipasar tamar. Bezanya tamar di kebun tamar lebih ‘fresh’ dan lebih banyak pilihan jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain dan harganya juga sedikit lebih mahal.
Bagi mereka yang ke Masjid Quba ada beberapa kedai yang menjual tamar yang belum diproses dengan harga SR5.00 satu bekas. Di Mecca harga tamar ini SR20.00 sebekas.
Berbagai-bagai jenis tamar dari SR10.00 sekilo sehingga SR150.00 sekilo.
Di Mecca pula tamar telah dibungkus dan dijual dikedai-kedai dalam pasaraya kecuali di kedai-kedai yang agak jauh dari masjid, masih kelihatan tamar yang dijual secara terbuka. Cuma di Mecca kelihatan juga tamar-tamar yang diimport dari luar negara. Harga tamar di Mecca lebih tinggi dari harga tamar di Madinah.
Kenapa harga tamar di Mecca dan Madinah mahal? Mungkin kerana permintaan yang tinggi. Saya juga dimaklumkan kebanyakkan tamar di Malaysia datangnya dari India. Mungkin itu yang menyebabkan harganya lebih murah.
Apakah pengalaman yang paling berkesan dalam perjalanan umrah yang lepas? Pengalaman bertawaf dan bersembahyang dihadapan kaabah bersama suami dan anak amat menyentuh hati saya.
Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki untuk saya datang ke rumah mu dan merasai detik bahagia bersembahyang bersama keluarga dihadapan Kaabah mu.
Ya Allah, saya bawa Haqim mengadapmu agar dia mengerti siapa Tuhannya dan saya harap dia akan terus menjadikan islam sebagai cara hidupnya, menjadi anak yang soleh dan menjadi salah seorang insanmu yang berbakti kepada agama, negara dan bangsanya. Semoga perjalanan kami ini akan menjadi titik permulaan kearah pembentukan peribadi yang lebih baik dimasa hadapan. Inilah aktiviti keluarga yang amat berkesan dalam hati kami. Perjalanan ini juga sedikit sebanyak merapatkan hubungan abah dan Haqim yang bersama hampir setiap waktu.
Saya juga melihat budaya masyarakat Arab dalam topik sembahyang jemaah. Samada lelaki atau wanita, saya perhatikan aktiviti lain terhenti apabila tiba waktu sembahyang. Kedai-kedai ditutup dalam sekelip masa apabila azan berkumandang. Saya juga menyaksikan satu kelaziman bagi setiap keluarga membawa anak-anak samada kecil atau dewasa ke masjid untuk bersembahyang. Malah di Madinah, disediakan ruang untuk ibu-ibu bersama anak-anak yang agak luas. Secara tidak lansung, anak-anak membesar dalam suasana sembahyang berjemaah dimasjid.
Situasi ini berbeza dengan keadaan di Malaysia. Saya masih ingat, satu ketika ada kanak-kanak yang menangis sewaktu ibunya sedang sembahyang jemaah. Selepas sembahyang ada hamba Allah yang membuat pengumuman agar ibu-ibu menjaga anak-anak agar tidak menganggu jemaah yang lain. Pastinya ibu tersebut tidak akan datang berjemaah lagi atau tidak membawa anak-anaknya ke masjid lagi selepas itu. Anak-anak lelaki hanya mula dibawa ke masjid apabila mereka telah berusia 9 tahun keatas, Itu pun untuk sembahyang Jumaat. Siapakah yang patut disalahkan sekiranya anak kita tidak mahu ke masjid apabila mereka dewasa? atau hanya menganggap sembahyang jemaah hanya pada hari Jumaat dan hari raya sahaja. Begitulah perbezaan antara 2 budaya walaupun menganut agama yang sama.
Dalam aspek keluarga, saya juga melihat ramai pasangan-pasangan yang meniti usia besama-sama ke masjid untuk sembahyang. Ya Allah, saya harap situasi yang sama berlaku kepada hambamu ini Ya Allah. Biarlah kami meniti usia yang tinggal bersama-sama dalam keadaan yang harmoni ya Allah.
Aktiviti ini bukanlah sebab kita ke Mecca atau Madinah, namun ianya adalah aktiviti diantara waktu sembahyang yang lebih tertumpu kepada membeli cenderahati untuk keluarga dan rakan di Malaysia. Saya terbayang keadaan peniaga sewaktu saya datang 20 tahun lalu dimana perjalanan diantara tempat kediaman ke Masjid pastinya melalui gerai-gerai menjual kurma, sejadah, jubah dll. Jangkaan saya meleset sama sekali, terutamanya di Mecca dimana kedai-kedai kini berada didalam bangunan dan ada diantaranya telah hampir sama taraf seperti mall di KLCC. Kedudukan gerai-gerai kecil kini sudah semakin jauh dari masjid yang kedengarannya juga akan diruntuhkan untuk memberi laluan kepada bangunan-bangunan yang baru. Saya kira keadaan ini pastinya akan berbeza dalam setahun dua lagi.
Secara umumnya ada 3 jenis kedai di Mecca dan Madinah.
1) Kedai-kedai yang berada dalam shopping complex yang kebanyakkannya tiada papan notis. Masuk bangunan baru tahu ooooooh ada shopping complex .
2) Kedai – kedai kecil yang berada di bawah bangunan kediamanan. Kedai-kedai ini masih banyak di Madinah, tetapi telah berkurangan di Mecca.
3) Perniagaan express yang dibuka selepas waktu solat dijalanan yang menjual barang-barang dengan harga yang jauh lebih murah dari dikedai biasa. Cuma perniaga ini tertakluk kepada kehadiran penguatkuasa. So kalau anda membeli belah dengan mereka perlu berhati-hati kerana kemungkinan besar mereka akan bungkus kain meninggalkan anda terpinga-pinga apabila ada pegawai penguatkuasa. Mereka juga berada di tempat-tempat ziarah. Ehm..sewaktu di Jabal Rahmah, instead of naik bukit, kami shopping sakan.
Berikut adalah rumusan saya terhadap shopping di sini
a) Saya rasa harga barang-barang disini agak mahal berbanding dengan di Malaysia. Saya rasa saya boleh beli jubah yang cantik diMalaysia dengan harga dibawah RM100.00 tetapi disini, jubah yang cantik berharga ratusan SR.
b) Tawar menawar adalah wajib disini. Harga yang diletakkan berbeza diantara satu kedai dengan yang lain. Contoh gelang cenderahati untuk anak-anak saudara saya beli dengan harga SR5 dengan peniaga express, dijual SR10-SR15 di gerai dibawah bangunan dan SR20-SR30 dalam shopping complex. So saya cadangkan anda membandingkan harga dengan beberapa kedai sebelum membeli barangan.
c) Kebanyakkan peniaga boleh berbahasa melayu yang mudah seperti ‘murah’, ‘mahal’, ‘cantik’, ‘bagus’,’beli’ dll. Cuba bertanya mengenai saiz baju, komunikasi bagaikan ayam dan itik kerana mereka juga tidak faham bahasa Inggeris melainkan ada pekerja Indonesia dalam kedai tersebut. Saya cadangkan bawa kertas untuk menulis harga yang kita tawarkan .
d) Sekiranya peniaga menawarkan barangan dalam kotak, buka dan lihatlah barangan dalam kotak tersebut kerana chances ianya berbeza dari yang dipamerkan.
e) Kebanyakan peniaga express dan gerai tiada plastik besar untuk mengisi barang. Ada jemaah yang telah berpengalaman membawa plastik besar dari Malaysia ke Jabal Rahmah .
f) Saya rasa barangan di Madinah adalah lebih murah dari di Mecca terutamanya buah tamar.
g) Bagi barangan cenderati ada kedai SR3 dan SR2 tapi kena carilah. Kami hanya jumpa kedai ini pada beberapa hari terakhir dan ada beberapa barangan yang kami beli dengan harga SR10.00 dijual dikedai ini dengan harga SR3. Mungkin bukan rezeki kami…
h) Peniaga-peniaga disini suka budak lelaki. Gambar Haqim dengan peniaga-peniaga
i) Berbeza dengan tempat-tempat lain tiada fridge magnet atau keychain yang cantik-cantik disini.
Cenderahati untuk keluarga di Malaysia yang diasing-asingkan bagi setiap keluarga (bagi memastikan tiada yang tercicir).
Barangan untuk kami, jubah, sejadah dan tasbih untuk setiap orang, jam tangan untuk abah dan Haqim serta barangan berikut untuk rumah.
Yang lain adalah cenderahati untuk keluarga dan rakan yang mendoakan kesejahteraan kami disini. Rasanya its a matter of time, dimana Mecca dan Madinah menjadi syurga membeli belah. Sedih apabila ada jemaah yang menghabiskan lebih banyak masa membeli belah dari beriktikaf di masjid kerana peluang untuk kesini tidak datang selalu.
Menunaikan umrah, mengajar kita untuk bersabar dalam melaksanakan ibadah. Umrah / haji tidak setakat bersembahyang di masjid sahaja, malah perjalanan tersebut menuntut kita untuk bersabar dalam banyak hal. Diantaranya:
Oktober 1990, Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk saya menunaikan fardhu haji bersama ayah dan emak. Saya masih ingat waktu itu saya baru setahun bekerja dan terpaksa meletakkan jawatan kerana tiada peruntukan untuk cuti haji dalam perkhidmatan swasta. Keinginan untuk ke Mecca melebihi segalanya.
Mengerjakan haji bersama mereka memberi peluang untuk saya mengenali mereka dengan lebih dekat dan perjalanan ini seolah-olah mengeratkan lagi hubungan kami terutamanya dengan ayah. Saya masih ingat bagaimana kami bersama-sama ke miqat untuk niat umrah dan sama-sama mengelilingi kaabah mengerjakan tawaf dan bersama berjalan mengerjakan saie. Saya masih ingat, ayah bergurau dengan menyepak batu kecil kepada saya diterowong sewaktu berjalan ke Jamra’ dan tidak sampai 10 langkah, selipar yang baru dibeli putus dan menyebabkan kesukaran untuk ayah berjalan ke kemah. Saya masih ingat, setiap kali tawaf dan saie ayah akan membaca doa dan saya akan mengaminkannya. Saya masih ingat ayah akan datang bilik untuk ajak saya ke masjid kerana ibu-ibu sebilik risau apabila saya berjalan sendirian ke masjid yang terletak dalam 20 minit perjalanan. Mungkin pengalaman ini menyebabkan saya amat rapat dengan ayah selepas itu.
Hari pertama di masjid, saya tidak dapat menahan air mata mengingatkan kenangan bersama aruah ayah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AlFatihah…