Showing posts with label Fig/Tin. Show all posts
Showing posts with label Fig/Tin. Show all posts

Wednesday, November 1, 2017

Buah Tin - Maria

Satu lagi buah mini kat Laman Tin DeMelati. Mungkin tin yang punyai nama wanita comel-comel kot Smile. Contohnya buah Lisa yang juga bersaiz mini ni. Rasanya kurang sikit mungkin buah pertama atau mungkin pembajaan saya tak cukup bulan ni sebab hujan yang agak kerap pada bulan ini.

Maria

Thursday, October 26, 2017

Buah Tin–Olympia

Satu lagi buah mini yang sedap. Mungkin juga pokok saya tak begitu subur so buahnya tidak besar Smile. Mungkin juga ini buah pertama so saiznya kecil ini saiz buah masak yang paling mini berbuah kat kebun saya. Walaupun saiznya mini tapi rasanya sedap. Tak cukup pulak rasa sebiji je. Pokoknya berbuah lebat hopefully yang lain akan menyusul.

Olympia

Tuesday, October 24, 2017

Buah Tin–Lisa

Sebagaimana biasa buah yang kecil kebiasaannya sedap dan manis. Satu lagi buah mini yang sedap ialah lisa. Pokok ini rajin berbuah cuma buahnya comel je. Rasanya buah ni tak masak ranum tapi dah manis.

Lisa

Buah Tin–Green Jordan

Buah pokok ini mengambil masa 5 ke 6 bulan untuk matang / masak. So selalunya buat tak nampak je buah pokok ni. Hari ni nampak dah merekah. 2 biji sekali masak. Seronoknya. Sesuai dengan namanya buah Green Jordan masak berwarna hijau kekuningan. Perasan ianya masak bila dah merekah dan lembik sikit. Sedap buah ni, berbaloi tunggu ianya masak. Suka tengok bahagian dalam dan rasanya manis. Boleh tut lagi pokok ni dan tanam lain sebab buahnya sedap walaupun lambat masak Smile

GreenJordan

GJ5

Comel warna isi dalamnya.

Saturday, October 21, 2017

Buah Tin– Palau

Satu lagi variasi yang agak popular di kalangan Figgers kerana rasanya yang manis dan texturenya yang sedap. Diantara pokok yang mahal yang pernah saya beli. Nevertheless, pokok ini rajin berbuah dan ini adalah buah pertama dari pokok tersebut. Agak kecil saiznya mungkin buah yang pertama. Diantara buah yang comel dan cantik bila masak Smile. Memang sedap rasanya. Tak sabar menunggu buah-buah yang lain masak.

Palau

Saturday, September 23, 2017

Pokok-pokok Baru

BN1BN2

BN01 dan BN 02

bpIG

Black Portugal dan Inca Gold

iraqi06NP02

Iraqi 06 and NP

nrgronnesibelang

Negronne and Panache


VDS02

VDS

Friday, September 22, 2017

Keratan dari Fig Sham Fertigasi

Walaupun success rate tanam keratan agak rendah, tapi keseronokan melihat pokok yang hidup dari tut mengujakan saya. Bulan ini 30 keratan dari Fig Sham Fertigasi ini disemai Smile Rasanya yang last dah ni untuk tahun ini sebab dah mula musim hujan Smile

box1box2box3

Dalam box 2 ada beberapa keratan yang telah berdaun. Hopefully semuanya survive nanti. In a few days kita ambil gambar ye.

22/09 – ada 2 cutting telah diselamatkan – berkulat sewaktu rooting. Which one tak tahu sebab tak keep track nombor. Kita tengok yang success jelah nanti Smile..

cutting3.

Keratan ini sampai ke tangan saya pada 12 hb September. Tak sempat nak tanam so buat rooting je dulu. Hari ini baru sempat tanam. In view of musim hujan sudah bermula, suspense nak tanam peram takut kulat. So kali ni nak eksperiment -

1) rasa macam nak combine terus hardening proses supaya tak payah nak transfer dari cup ke polybag. Media yang digunakan – tanah dari peladang (mengandungi tanam liat + arang dari buah kelapa sawit bakar dan cocopeat) serta sekam bakar. Towards the end, pakai je tanah yang disediakan untuk tanam pokok tin (dah tak larat nak bancuh). Ada dekat 40 keratan termasuk keratan dari cabutan bertuah – Blue Giant dan TGF (Yellow) yang Aina beri. Tanam terus dalam polybag sampai besar dan sesuai untuk ditanam didalam pasu. Kurang satu step, mengurangkan kebarangkalian akar putus bila transfer dari cup ke polybag dan mengurangkan stress pokok.

2) Nak tanam open (polybag akan dibungkus pada bulan pertama untuk mengelakkan dari gnat). Tanam open untuk mengelakkan daun ‘terbakar’ bila dikeluarkan dari ‘bilik peramam’.

Nanti kita lihat success rate teknik ini pula.

Buah Tin–Verdino

Satu lagi buah dalam kategori kecil tapi sedap. Manis, worth tunggu lama untuk mendapatkan buahnya. Buah kedua nampaknya besar may be lebih dari 25 gram. Buah masak hijau kemerahan, isinya warna merah. Cuma pokok ini tidak berbuah lebat seperti Flanders, Red Saudi atau Holgin. Boleh tut pokok ni.

verdino

Monday, September 11, 2017

Buah Tin–Holgin

Salah satu buah yang saya suka dan akan ditut untuk memperbanyakkan pokok. Buah sederhana besar dan manis. Pokok juga cepat berbuah dan berbuah lebat.

holgin

Tuesday, September 5, 2017

Anak pokok yang dialih pada 3 September

sept3

IncaGold, BP dan Rimadi dialih ke dalam polybag yang lebih besar. At last tut B1101 telah berakar dan dialih kedalam polybag hari ini.

Ehm dari 24 keratan yang ditanam last time hanya 7 sahaja yang menjadi. Kena cari kaedah tanaman cutting yang lebih baik Smile.

Friday, August 18, 2017

Buah Tin–Red Libya

Pokok tin ini terkenal dengan daunnya yang mempunyai haruman tersendiri untuk dibuat air. Pokok yang dewasa, daunnya agak besar. Walaubagaimana pun, buah pokok ini dikategori sebagai saiz min (kurang dari 20 gm) Pokok ini cepat besar dan tahan lasak. Bezakan saiz buah dan saiz daunnya.Smile. Walaupun kecil tapi buahnya sedap. Agaknya memang buah yang sedap saiznya kecil.

Red Libya

Tut 18 Ogos 2017

Alhamdulillah, ini adalah tut-tut yang dipotong pada petang tadi untuk dialihkan kedalam polybag.


tut18Ogos1

tut18Ogos2

Tut selepas dialih ke polybag. Semoga ianya hidup subur di Laman Demelati.

Tut 11 Ogos 2017

17/8/2017 – Tut Iraqi telah dibeli oleh Wan (InfoTech) untuk ditanam dirumah emak mertuanya diTermerloh. Semoga pokok hidup sihat disana.

Tut-tut ini dipotong pada 11 Ogos 2017.

tut11Ogos1

Tut-tut yang telah dialih ke polybag untuk harderning proses

tut11Ogos2

Tut RS kedua dan MLY mencemaskan sebab akarnya putus sewaktu tut dialih ke polybag. Kedua-dua pokok iraqi ada buah Smile. Saya biarkan saja in the case ianya boleh bertahan Smile.

Monday, August 7, 2017

Variation of fig trees

Pokok tin ada beribu-ribu jenisnya. Ada yang boleh berbuah diMalaysia ada yang tidak. Senarai ini adalah jenis jenis tin yang telah berbuah di Laman Tin D’Melati

Jenis Star (5)
1. Alma * * * *
2. B1101 * *
3. Black Genoa * * * *
4. Black Jack * * *
5.Black Mission * * * *
6. Bo Ji Hong * * *
7. Brown Turkey Matsui / 6  * * * *
8. Brunswick  * * *
9. Calymrina
10. Conadria * * *
11. Flanders / Purple Jordan * * * *
12. French Purple * * * *
13. Green Jordan * * * *
14. Goulborn * * * *
15. Holgin * * * *
16. Ipoh Blue Giant * * * *
17. Iraqi  * * *
18.Lisa  * * *
19. Longue-D’Aout(LDA)  * * * *
20. Maria * * * *
21. Masui Dauphine (A) * * * *
22. Melanzana  * * *
23.Olympia * * * *
24.Palau * * * *
25. Red Libya * * * *
26. Red Saudi  * * * *
27. Taiwan Golden Fig  * * * *
28. No ID 01   * * * *
29. No ID 06   * * * *
30. Verdino  * * * *
31. White Genoa  * *
32. Wuhan  * * * *

Buah Tin–MDA

Variti biasa-biasa

MDA

Sunday, August 6, 2017

Keratan Tin DG Garden

Satu lagi kumpulan keratan adalah dari DG Garden yang sampai sehari selepas keratan En. Hamid. Yap go through rooting proses sebab sampai hari bekerja.

Dari 11 + 10 keratan yang ditanam hanya 5 sahaja yang bertahan dan dipindahkan ke pasu besar. Ehm 5/21, success rate cutting kali ni 25% je ….

15/09 – Alhamdulillah Inca Gold, dan 2 keratan Brogiotto Nero telah dipindahkan ke pasu besar. Semoga saya dapat merasa buah dari pokok ini. Rasanya keratan-keratan yang lain macam tak menjadi.

25/8 – Hari ini pindah 2 pokok kedalam polybag – Negronne1 dan Negronne2. Semoga ianya hidup subur. InsyaAllah

cutting2b

21/8 – Hari ini pindah 2 pokok ke dalam polybag since akar kedua-dua dah keluar dari cawan. Takut nanti rosak pula akar walaupun daunnya masih tidak begitu banyak. One of them is this cutting yang keluar pucuk dan buah. Best nya kalau buah boleh kekal dan masak Smile Ini adalah keratan Brogiotto Nero (terbelit lidah). Satu lagi adalah keratan yang dilabel sebagai IG – Inca Gold. Hopefully pokok-pokok ini akan membesar dengan baik. Hopefully keratan yang lain juga akan berpucuk dan berakar..

BN

Gambar buah Brogiotto Nero dari Facebook dan Inca Gold dari Amanda Putri. Nampak macam Inca Gold senang dan lebat berbuah Smile.

BNinca gold


18/8- Keratan disusun kembali. Beberapa keratan dari En Hamid dibawa ke bekas ini. Pucuk sudah mula keluar. 2 lagi keratan dibawa keluar kerana berkulat

dgGarden

11/8-Masih tiada pucuk. Macam lambat sikit pucuk keratan ini. 1 keratan telah berkulat dan dikeluarkan.

dg

5/8/2017 – Keratan ditanam dalam cup menggunakan media – Sekam bakar, cocopeat dan perlite.

cutting1

Keratan dari DK Garden agak panjang. Saya potong dua setiap satu so dapat 12 keratan Smile. Berikut adalah

DKCutting

2 variti yang menyebabkan saya beli kumpulan ini. Yang pertama ialah saya nak tengok beza varieti Negronne dengan yang saya ada. Yang kedua adalah black portugal yang hopefully boleh menggantikan blcak portugal saya yang tidak bertahan dalam musim hujan yang lalu. Selain itu, variati Inca Gold juga dikatakan adalah varieti yang sedap. Semoga semua variti ini hidup sihat di Laman DMelati Smile.