Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Tuesday, May 2, 2017

Trip ke Langkawi - 2017

Ehm tak ingat dah bila the last time gi Langkawi. Saja ikut rombongan En Tengku Nordin ke Langkawi pada 27, 28 dan 29 April yang lepas. Pulau itu masih seperti itu dengan beberapa perubahan. Yang pastinya harga makanan mahal sudah mahal disini, mengalahkan kat Dungun pulak. So ini adalah gambar-gambar kenangan sewaktu disana.

photo_2017-05-02_10-44-16

Dalam feri.

photo_2017-05-02_10-46-34

Gambar kenangan sebaik tiba di Jeti

photo_2017-05-02_10-44-39photo_2017-05-02_10-44-43

Dikedai beli minyak gamat.

photo_2017-05-02_10-44-47photo_2017-05-02_10-44-52

Dikedai baju batik.

photo_2017-05-02_10-44-56photo_2017-05-02_10-45-01

Cantik permandangan disini tapi sawah sudah berkurangan.

photo_2017-05-02_10-45-06photo_2017-05-02_10-45-10

Langkawi Geo Park. Kat sini seronok..

photo_2017-05-02_10-46-29photo_2017-05-02_10-45-17photo_2017-05-02_10-45-20photo_2017-05-02_10-45-27photo_2017-05-02_10-45-34photo_2017-05-02_10-45-38photo_2017-05-02_10-45-13photo_2017-05-02_10-45-42

Melawat sangkar ikan terapung dan gua kelawar disamping melihat bagaimana burung helang diberi makan disini.

photo_2017-05-02_10-45-48photo_2017-05-02_10-45-30

photo_2017-05-02_10-46-12

photo_2017-05-02_10-46-25

Di Aquarium

photo_2017-05-02_10-45-56photo_2017-05-02_10-45-52

 

photo_2017-05-02_10-47-05

Masih suka bergambar dengan pemandu-kali ni pemandu speed boat yang bawa kami ronda-ronda

photo_2017-05-02_10-46-09

Berjumpa dengan bekas menteri besar terengganu sewaktu membeli harum manis..

Thank you Abah, bawa kami melawat-lawat di Langkawi. Walaupun penat tapi best..

Friday, August 7, 2015

Hari Raya 2015

Gambar-gambar disekitar hari raya 2015

DSC_1383DSC_1365

 DSC_1381  DSC_1434 DSC_1444 DSC_1447 DSC_1448 DSC_1401  DSC_1454 20150716_124637 20150717_091714 20150717_155857 20150717_183144 20150720_222028 20150720_224101 20150720_221954

Terima kasih kepada semua saudara mara yang sudi bertandang kerumah kami. Selamat Hari Raya. Mohon maaf sekiranya ada tesilap kata tersalah bicara…

Wednesday, January 22, 2014

Kopiah lagi

Tengah rajin buat crochet ni…

2014-01-20 20.13.46

Ini kopiah untuk anak saudara yang nak warna biru gelap dengan back ground putih..

2014-01-24 00.22.41

Ini pula untuk Danish – menghabiskan benang… Semoga kopiah-kopiah ini akan menggalakkan Alif dan Danish bersolah dan menjadi anak-anak yang soleh.

Friday, November 22, 2013

Kuih pau gebu dan lembut

Hari ini berhajat untuk buat kuih pau bagi menyambut kehadiran Yati dan keluarga. Nampak kat dalam almari ada satu kotak tepung pau yang tidak berusik. Nak share gambar pau yang baru dibuka penutupnya. Happy sangat tengok gebu nya pau ni.. 

20131121 174359

20131121 175322

Terima kasih pada empunya resepi yang saya ambil dari laman myresepi.com. Resepi ini dikenali sebagai Pau Hong Kong. Saya catatkan disini kaedah saya buat pau ini untuk rujukan masa hadapan dan sebagai panduan untuk mereka yang mahu mencuba resepi ini.

Bahan-bahan Inti Ayam

  • 2 biji kentang kecil
  • 1 biji keledek kecil
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit udang kering + 3 biji bawang merah + 2 biji bawang putih ditumbuk kasar.
  • sedikit garam + sedikit gula
  • 2 gelas air
Kaedah buat inti.
  1. Tumis bahan tumbuk, daun kari dan serbuk kari. Letakkan sedikit air bagi mengelakkan serbuk kari menjadi hangit. Biarkan seketika. Campur 2 gelas air.
  2. Masukkan bahan-bahan lain.
  3. Kecilkan api, biar masak dan kacau sentiasa sehingga kering.

Bahan-bahan untuk pau

Bahan A.

  • 450 gm tepung pau diayak
  • 230 ml air
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 5 sudu teh yis mauripan (agak banyak yis ni sebab 1 paket mauripan mengandungi 3 sudu teh yis. So hampir 2 paket yis digunakan. Saya nekat je letak walaupun rasa macam banyak but the end produck ok.

Semua bahan A ini saya masuk dalam BM bermula dengan air, susu, tepung dan yis. Saya set pada menu dough dan biarkan ianya diuli selama lebih kurang 15 minit. Saya biarkan dalam BM for another 30 minute.

Bahan B

  • 300 gm tepung pau + 2 sudu besar double action baking powder + 1 sudu teh bread softener diayak
  • 3 sudu besar shortening
  • 180 gm gula kastor
  • 100 ml air + sedikit garam.

Selepas 30 minit, saya keluarkan bahan A dan masukkan bahan B bermula dengan campuran air + garam, shortening, gula dan tepung dalam BM. Saya kecil-kecilkan bahan A yang telah diuli dan uli semua bahan selama lebih kurang 15 minit dan tinggalkan ianya naik dalam 30 minit lagi.

Setelah doh diperap selama 30 minit. Masukkan dalam dulang yang telah ditabur tepung. Bahagikan kepada bebola kecil. Jangan terlalu besar kerana kuih akan kembang lagi sewaktu dikukus. Isi inti dan susun dalam kukusan. Biiarkan naik lagi dalam 30 minit. Selepas 15 minit, panaskan air dalam kukusan. (Kukusan mengambil masa dalam 10-15 minit untuk betul-betul mendidih.

Selepas air betul-betul panas, kukus pau dalam 6-8 minit sahaja. Angkat kukusan dari api berserta penutupnya. Selepas itu baru buka penutup kukusan.

 

20131121 172438

Pau sebelum dikukus. Amatur buat ada yang besar dan ada yang kecil :).

20131121 180654

Pau selepas dikukus. Ia akan kembang lagi…Siapa lapar ambil yang besar.. Adunan ini menghasilkan 35 kuih pau yang besar-besar :)

20131121 181023

Satu tupperware penuh untuk Mak susu….

 …My first entry with MacBook Pro…suka suka suka...

Monday, July 29, 2013

Iftar diKuala Berang

Ima dan Shamsul balik untuk sama-sama berbuka puasa dengan keluarga. Mak Da jemput kami ke Kuala Berang untuk berbuka.

20130726_144730

Juadah yang disediakan untuk kami bawa ke Kuala Berang. Malu juga datang tangan kosong. – Mee Jawa dan bingka labu. Seronok berbuka ramai-ramai …

20130726_191757