Showing posts with label noxxa. Show all posts
Showing posts with label noxxa. Show all posts

Saturday, May 28, 2016

Pulut Kuning Noxxa

Bangun pagi teragak nak makan pulut kuning (teringat kat pulut kuning emak Sarcastic smile. Tak pelah kita masak guna periuk noxxa ..

IMG_2542IMG_2543

Dalam setengah jam siap. Rendang ayam pun guna periuk noxxa juga masak mlm semalam..

Ini kaedah untuk buat pulut kuning

  1. Rendam 2 cawan pulut dengan air, dua sudu kecil serbuk kunyit dan 2 keping asam keping selama 15 minit. (boleh mandi dulu etc)
  2. Masukkan beras, sedikit garam dan 2 helai daun pandan dalam periuk noxxa. Air paras pulut (jangan lebih nanti lembik)
  3. On HP selama 7 minit. Dah tamat, keluarkan pressure.
  4. Gaul dengan santan (saya guna dalam RM1.00)
  5. Biar dalam mode warm lebihkuran 5 minit. Siap…

Wah suka suka suka…

p/s

  1. Saya perasan lepas on dapur dalam mod HP kena tunggu several minutes (lebih kurang 2 minit) sebelum masa mula dikira) So kalau set kepada HP 7 minit, masa memasak lebih kurang 9 minit.

Pop Corn–Noxxa

Haqim browse Internet. Dia jumpa article macamana nak buat pop corn guna periuk Noxxa. So kami pun buat lawatan mencari biji popcorn. Jumpa kat pasar Dungun ye…

IMG_2375

Memanglah mudah. Resepi saya dapat dari group dapur noxxa

Langkah 1 – buat pop corn

  • On periuk noxxa, set kepada stir fry
  • Masukkan 2 sudu minyak masak dan 2 sudu marjerin / mentega
  • Bila dah cair mentega, masukkan pop corn dalam 2 gengam
  • Off stir Fry
  • Tutup periuk set kepada Pressure dan set HP 3 minit
  • Once completed, keluarkan pressure
  • Pop corn dah siap, Ubah ke bekas lain

Langkah 2 – Sediakan Caramel

  1. On periuk noxxa, set kepada stir fry
  2. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu marjerin / mentega
  3. Bila dah cair mentega, masukkan 2 sudu gula dan 2 sudu madu
  4. Off periuk,
  5. Masukkan kembali pop corn dan kacau.

p/s tak habis haqim makan .. esoknya bawa ofis..

Rebus telur–noxxa

Saya makan telur masin dengan bubur. Nak cepat masak rebus dengan noxxa. Katanya boleh rebus up to 50 biji sekali rebus. Ehm saya buat 5 biji je.

IMG_2367

  1. Basahkan kitchen paper, masuk dalam dalam periuk. bersama 5 biji telur tadi (basuh dulu ye telur)
  2. HP 3 minit
  3. Siap…

Bubur nasi noxxa

Bubur nasi adalah satu lagi makanan yang mengambil masa untuk memasaknya.

IMG_2366IMG_2368

So jimat masak menggunakan periuk noxxa Smile. Resepi ini diolah dari laman dapur noxxa

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras (untuk 2 orang ye..)
  • 8 cawan air
  • sedikit garam

Cara buat:

  1. Masuk semua bahan dalam periuk.
  2. HP selama 15 minit
  3. Selepas bumyi bib, keluarkan wap
  4. Saya biar warm sementara nak makan..

Bubur Kacang Noxxa

Resepi pertama yang dibuat adalah bubur kacang

IMG_2363

Teruja sebab tak payah rendam dulu, basuh masuk dalam periuk. Saya guna resepi dibawah yang diambil dari laman Jendela Dapur Suriati –> Terima kasih ye..

Bubur Kacang Hijau

Bahan-bahan :

  • 2 cawan kacang hijau ( tak perlu rendam)
  • 8 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sb sagu putih
  • 8 sb gula perang (brown sugar) Secubit garam
  • 2 helai daun pandan

Cara masak :

  1. Masukkan kacang hijau bersama air ke dalam periuk. Ambil fungsi high pressure 12 minit. On kan periuk.
  2. Tunggu hingga bunyi beep, lepaskan tekanan supaya wapnya keluar.
  3. Ambil fungsi stir fry, masukkan gula, garam, sagu, daun pandan dan juga santan pekat.
  4. On kan periuk. Tunggu hingga mendidih. (Anggaran 5 minit sahaja).
  5. Off kan periuk.

Suka suka kejap je masak bubur kacang ni..

Periuk Noxxa

 

noxxa

Dah lama berhajat, at last pejam mata beli Smile untuk membantu saya bulan puasa dan hari raya ni… Parcel tiba dah beberapa hari ni skynet at last  19hb baru gi ambil, Suka suka Smile  So lepas ni kita ada a list of resepi untuk periuk ni ye..