Thanks rakan rakan. Selepas 30 tahun kita berkongsi pengalaman hidup dan support each others
Tuesday, January 28, 2014
Lunch with sajohas
Saturday, December 22, 2012
Jumpa rakan sekolah
Cepatnya masa berlalu, diam tak diam dah hampir 30 tahun alam persekolahan ditinggalkan. Hari ini bersempena dengan majlis perkahwinan anak Abrizah kami bertemu kembali.
Jumpa kembali dengan Aidah, Acah, Rose, Milah, GG, BG, Norli, Anjang, Abrizah, Kak Ann, Nit, Rafiz, Norza, Fuad dan Kamaruddin. Saya miss Zizah yang dtg lebih awal, juga Zan dan Zainal yang datang lewat sedikit dari kami. Gamat majlis kahwin tu, kami terasa seperti berada waktu zaman persekolahan kembali.
Ada yang tidak berubah rupanya, ada yang lebih manis, ada juga yang berbeza hampir tidak kami kenali, Begitulah putaran alam. Kita berpisah membawa haluan. Dengan izinnya kita ditemukan dengan berbagai-bagai kisah kehidupan.
Seronok berjumpa dalam majlis ini..hopefully next time boleh berjumpa lagi dengan yang lain-lain..
Monday, April 30, 2012
Bertemu 2 rakan ...
Sunday, December 4, 2011
Rakan lama
Ini adalah gambar classmate saya 5M3 suatu masa dahulu sebelum kami membawa haluan masing-masing. Aida adalah rakan yang amat rapat degan saya. Selepas sekolah, kami membawa haluan masing-masing, maklumlah masa tu tiada Internet, Skype, or Facebook. Hanya snail mail sahaja yang ada. Setahun selepas itu Aida hantar gambar ini sewaktu beliau di New Mexico, USA
A year after that, I send her this picture.
That was our last communication. Kami membawa haluan masing-masing. Ditakdirkan Allah, kami bertemu kembali pada hari Jumaat lepas di Shah Alam selepas hampir 30 tahun berpisah.
Sesungguhnya laluan kita begitu berbeza. Semoga Aida tabah dengan dugaan hidup.
Tuesday, September 20, 2011
Majlis perkahwinan Noreen dan Amir
Sebab kedua kami ke Shah Alam hujung minggu lepas adalah untuk menghadiri majlis perkawinan Noreen selepas rancangan awal untuk pergi dengan bas dibatalkan kerana tak cukup penumpang.
Berseri-seri pengantin dua sejoli ni. suka cenderahati yang diberikan yang mengandungi buku kecil – surah Yassin dan doa (Tren sekarang kot sebab saya dah terima beberapa surah yassin lately apabila menghadiri majlis perkawinan.
Semoga berkekalan, berbahagia sehingga ke anak cucu…
Jamuan Hari Raya
Sekembalinya dari Shah Alam, saya membuat persediaan untuk mengadakan jamuan hari raya di rumah. Abah menjemput staf HEP dan resident staff ke rumah. Disamping itu, kami menjemput jiran berhampiran ke rumah untuk sedikit jamuan dan bersemuka. Kebiasaannya kami sibuk dengan urusan masing-masing dan sukar untuk melawat kerumah jiran. Kesempatan setahun sekali untuk semua jiran datang dan berkenalan with each other .
Menu tahun ini – nasi dagang, ketupat, rendang tiga beradik dan serunding, ketupat daun palas dan mee kari (tahun ini decide untuk buat mee kari instead of mee jawa). Sempat juga buat kek lapis dan puding buih untuk jamuan ini, selain dari bertujuan untuk menghabiskan kuih-kuih raya yang masih berbaki.
Kesibukan melayan tetamu, tak sempat nak ambil gambar majlis. Walaubagaimanapun, Terima kasih kepada semua kenalan dan jiran yang datang bertandang. Terima kasih pada Mubin yang bawa lemang. Terima kasih kepada dua orang pelajar yang membantu membasuh pinggan dan paling utama terima kasih pada emak yang membantu saya. Ehm kesempatan ini juga saya gunakan untuk berbual-bual dengan emak yang dah lama saya tidak berkesempatan untuk melakukannya. Kami bebesar hati bila ada kenalan dan jiran yang datang untuk berbuka puasa dirumah.
p/s beberapa nota
- Harga kelapa yang naik mendadak menyebabkan saya terpaksa ke pasar kembali untuk beli santan!!!! Selain dari kuantiti yang telah berkurangan, kepekatannya juga telah berkurangan..Hmm nak buat nasi dagang, harga santan lebih mahal dari harga ikan?????? By the way..bawang kecil juga telah mula kurang dipasaran..adakah peristiwa tahun lepas akan berulang lagi? .
- Untuk kali pertama saya menerima kehadiran beberapa mualimah sekolah Haqim yang sudi datang kerumah, terima kasih.
- Usia yang meningkat telah memperlihatkan kesannya apabila terasa penat sekali selepas majlis selesai, Walaubagaimanapun, kepenatannya berkurang apabila melihat tetamu mengemari masakan yang disediakan. Berbaloi memasak rather than menempah makanan.
- Baru perasan, buat nasi dagang, tidak membasir nasi sebab tak ada kerak macam nasi minyak atau nasi tomato
.
Wednesday, April 20, 2011
SMSJ Class 83 Dalam Kenangan
Tahun 1979, kami melangkah ke Sek. Men. Sains Johor Kluang, salah sebuah sekolah berasrama penuh yang pada masa itu hanya menerima pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 4A keatas bagi penilaian Darjah 5 terutama pelajar dari luar bandar. Masa tu kami menetap di Lenga (amatlah luar bandar . So saya bertuah kerana terpilih sebagai pelajar disekolah yang begitu banyak mencorak kehidupan saya pada masa ini.
Ini adalah gambar tingkatan 2M3. Kelihatannya begitu innocent sekali kita pada waktu itu. Gambar ini mengingatkan saya kepada Mr Lau yang mengajar matematik. Kegemarannya baling kapur dan buku. Pernah buku saya keluar dari tingkap, but we really enjoy his class. Cikgu Harun bertukar tempat dari sekolah menengah ke Universiti Teknologi MARA Dungun. Saya masih ingat beberapa tahun lepas betapa bangganya beliau memperkenalkan saya sebagai salah seorang muridnya di SMSJ. Mengajar bersama-sama guru sendiri di UiTM adalah pengalaman yang menarik buat saya, malah beliau pernah menghadiri kursus dimana saya yang mengajarnya.
Ini adalah gambar sewaktu kami di Tingkatan 5M3, betapa jauhnya berbeza. Saya masih ingat betapa kecewanya saya kerana tidak dapat bergambar bersama kerana demam sewaktu gambar ini diambil. Gambar ini mengingatkan saya kepada Cikgu Osman Nayan (Satu-satunya cikgu yang pernah memukul tangan saya kerana tak dapat jawap soalan dalam kelas . At the end, hampir kesemua pelajar dalam kelas dapat A subjek Sejarah dalam SPM.
Oh yes, saya adalah salah seorang pengawas sekolah. Kelihatan juga YB Ahmad Maslan. Menjadi pengawas memberi kelebihan kerana kami boleh belajar selepas pukul 11 malam (yang lain kena tidur atau curi-curi belajar). Ianya memberi peluang untuk saya mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.
Diantara sukan yang menjadi kegemaran saya ialah hoki. Malah kami pernah mewakili daerah Kluang dalam pertandingan hoki MSSM.
Go Suria….Dimanakah mereka sekarang ini ye?
Gambar terakhir yang kami ambil sebelum pergi kehaluan masing-masing. Pelajar-pelajar perempuan SMSJ Class of 83, kumpulan M3
Kini selepas hampir 30 tahun, Facebook menemukan kami semula. Betapa laluan hidup kita amat berbeza, ada yang kini telah menjadi pengurus, pengurus besar, cikgu, pengacara, penyanyi dan pastinya dugaan kami betul Ahmad Maslan jadi Yang berhormat. I miss the reunion yang mereka adakan pada minggu lepas, tapi jumpa gambar ini dari Facebook Anjang. Ramai yang saya dah tak kenal dari yang kenal.
Hopefully, saya boleh joint the next reunion. SMSJ Class of 83 tetap dihatiku….
Saturday, January 29, 2011
Kursus Artificial Neural Network and PSO
15 hb Jan – 16 hb Jan, Saya menghadiri kursus ANN dan PSO di Johor Baru. Kursus yang jarang didapati ini dianjurkan of Soft Computing Group UTM dibawah kelolaan Prof Dr. Siti Mariam. Kalau nak baca dan faham konsep ANN dan PSO pastinya memakan masa yang lama. So the course had introduced the concept to us using C++ and Mathlab (first time juga guna Mathlab). Selain dari itu, di perjumpaan seperti ini, saya berkenalan dengan the other people that works in the same field as mine . Thanks for the hospitality and most important thanks for the knowledge.
Sebelah malam sempat juga keluar makan dengan Yati disamping cari buku untuk Haqim.
Yang menariknya di UTM ada apartment untuk disewa yang selesa dengan harga yang amat berpatutan. Sempat lagi tu singgah kat Air Hitam untuk beli jajan balik rumah. Penatnya perjalanan yang mengambil masa 9 jam pergi (Ikut Muazam, Labis, Segamat, Air Hitam) dan 7 jam balik (ikut Kluang, Pekan, Kuantan) amat memenatkan..but it is worth it.
Friday, January 28, 2011
Norsufi Dayana …
Anak Ju yang baru berusia 3 hari,,comelnya dia.. tahniah Ju. Welcome to the world of parenting. Its fun and interesting. You are going to enjoy it…
Tuesday, December 15, 2009
Anugerah Cemerlang 2008
Alhamdulillah,pada tahun lepas, pihak pengurusan telah meyenaraikan nama saya sebagai salah seorang penerima anugerah cemerlang bersama Kak Azmi, Kak Na, Kiah dan lebih kurang 50 orang staf yang lain. 14 hb Disember, di adakan majlis Hari Kualiti yang menghargai staf yang bersara dan staf cemerlang.
Terima kasih tuan pengarah dan TP yang menghargai khidmat saya pada tahun tersebut. Bersama rakan-rakan penerima anugerah di majlis tersebut.
Bersama penerima anugerah dan sijil penghargaan bagi tahun 2008
Sha dan Julie yang banyak membantu saya sewaktu di iLQaM yang turut menerima anugerah khidmat cemerlang 2008.
AJK Kualiti dan mereka yang menjayakan majlis Hari Kualiti
Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama dengan saya sepanjang tahun 2008 terutamanya abah, staf-staf dan AJK di Unit iLQaM dan Unit Pengurusan Kualiti. Tanpa kerjasama yang diberikan tidak mungkin nama saya tersenarai sebagai salah seorang penerima anugerah pada hari ini. What a nice way to end the service this year before leaving for my study next week..
Monday, December 7, 2009
Majlis kahwin Ju..
30 Nov… kami mengikuti rombongan ke rumah Ju di Kelang bagi meraikan majlis perkawinannya.
Meriah majlis dengan lauk ayam madu, sayur kampung dan yang best ada bubur kacang dengan durian.
Bersama abang long
Inilah gelagat Haqim dan abang long.
Sempat lagi singgah Nilai 3 on the way balik and this is my favorite store…
Monday, October 5, 2009
Jamuan Hari Raya
Memenuhi permintaan pelajar-pelajar, pada hari Sabtu (3/10) kami buat juga rumah terbuka untuk mereka. Disamping itu, abah jemput juga staf HEP dan jiran-jiran sekitar rumah untuk mengeratkan siratul rahim. Menu kami nasi dagang, mee jawa, ketupat dan rendang serta laksa lemak. Sempat juga saya buat kek lapis, puding buih dan kek coklat untuk mereka.
Penuh meja, menanti tetamu yang mula datang pada jam 3 petang sehingga selepas maghrib.
Diantara tetamu yang hadir dan sempat saya snap sebelum sibuk dengan tetamu yang lain
Ina sekeluarga.
Kak Azmi, mazidah, Zaimee dan umi
Gelagat pelajar-pelajar mencuit hati saya. Ada yang sampai ke dapur untuk mendapatkan makanan. Terima kasih kerana tolong saya basuh pinggan.
Sempat juga ambil gambar dihadapan rumah. Walaupun penat, tapi saya seronok dan gembira pada hari tersebut. Menjelang petang, semua yang dimasak habis terutamanya nasi dagang dan mee jawa.
Terima kasih kepada rakan-rakan dan pelajar-pelajar (termasuk my ex student last semester yang kena tawaf kawasan rumah untuk cari rumah saya :)..) kerana sudi hadir di rumah terbuka kami.
Selamat Hari Raya…
Nota: bagi yang nak resepi, insyallah nanti saya letak resepi-resepi tersebut…
Menghadiri Jamuan Hari Raya
Sebagaimana tahun-tahun lepas, selepas hari raya, terdapat beberapa rumah terbuka yang kami hadiri. Bermula dari jamuan Hari raya di iLQaM, rumah Kak Yah, rumah Hasiah dan di Sekolah Al-Amin. Berikut adalah kenangan bersama dijamuan tersebut.
Cantik rumah Kak Yah…
Rumah baru Hasiah pun cantik, serba hijau. Saya suka idea beliau untuk buat bilik air tetamu yang disediakan ditepi rumah…Boleh buat kat rumah ni….
Jamuah Hari Raya Al Amin – Haqim bangun dari jam 6 pagi untuk pergi jamuan ni…
