Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Monday, January 7, 2013

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

New-Year-2012-Wallpapers[1]

Cepatnya masa berlalu. Selamat tinggal tahun 2012  yang banyak meninggalkan kenangan manis untuk saya.

color numbers shows year 2013

Selamat datang 2013 yang saya harapkan akan memberi banyak pengalamaan menarik.

Jubah_PhD

Top of the list of to do this year –- Complete my PhD. Moga diperkenankan Allah. Ameen..

Tuesday, December 4, 2012

Ibadah Korban 2012

Sekiranya direnungkan ibadah ini banyak faedahnya. Selain dari bersyukur dan mengucapkan terima kasih diatas rezeki yang dikurniakan Allah sepanjang tahun, ibadah ini juga bertujuan untuk ‘membersihkan’ rezeki yang diterima dari perkara-perkara yang tanpa kita sedari kemunkinan terambil melebihi dari hak yang diperuntukkan kepada kita. Lebih dari itu, ibadah ini merapatkan hubungan ukuwah sesama masyarakat uitm amnya dan juga sanak saudara.

20121029_082821

Tahun ini saya bawa Haqim agar dia mengerti kenapa ibadah ini dilakukan (hopefully)

20121029_083205

Semoga ibadah kami diterima.

20121029_090809
Sempat membantu rewang untuk makan tengahari.

20121029_104341

20121029_104408
Mungkin tak ramai yang tahu sup yang dimakan pada hari tersebut dimasak oleh Tuan Rektor. Dari mula menghidupkan api sehinggalah ianya masak.

20121029_133238

Haqim pun nak posing juga. Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki insyaAllah tahun depan bertemu lagi dimajlis yang serupa Ameen….

Friday, September 7, 2012

hyper tension…

Atas nasihat doctor, hari ini saya mula mengambil ubat untuk mengawal darah tinggi. For the past few weeks, bacaan tekanan darah saya 150+ due to several reasons. So untuk mengelakkan  angin akhmal doktor nasihatkan saya untuk mengambil ubat ini..

20120906_201027

Begitulah putaran alam. Kita melalui peringkat-peringkat yang berbeza dan kini saya kira saya telah berada diambang senior year. Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk menamatkan PhD dan memberi kembali kepada mereka yang telah banyak berkorban untuk saya for the past few years. InsyaAllah…

Wednesday, August 29, 2012

Udang Kara

20120829_193552

Orang memberi kami merasa. 5 ekor udang kara sweet and sour untuk dinner malam ni. Terima kasih En Zamri yang memberi udang-udang ini. Semoga dimurahkan rezeki dilindungi tuhan dalam keadaan sihat sejahtera….Ameen…Udang-udang ini habis dalam masa 15 minit!!!!!

Sunday, July 1, 2012

Terima kasih TAP9860

20120627_164550

Masih lagi terbayang dalam memori betapa exitednya kami sewaktu pandu uji kereta ini 5 tahun yang lepas. Ketika itu, saya mahu kereta yang kecil dan mudah untuk saya memandu dan yang penting senang nak parking. Alhamdulillah, sepanjang 5 tahun menggunakannya kereta ini tidak pernah memberi masalah kepada saya. Banyak kenangan manis bersama kereta ini. Cuma lumrah dunia, selepas beberapa lama pastinya ianya telah mula mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan. Kebetulan beberapa perkara lain menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berpisah dengannya (Crying face). Semoga tuannya yang baru akan menjaganya dengan baik sebagaimana kami menjaganya…..

Sunday, May 20, 2012

happy 46 besday

Berikut adalah diantara ucapan yang saya terima dalam Facebook entry.
berh3brth1brth2brth4
Betapa teknologi memudahkan kita untuk mengeratkan hubungan sesama yang lain bagi yang mengerti erti persahabatan.
Terima kasih semua. Hanya inilah yang dapat saya coretkan diatas semua ingatan tersebut..
image

Thursday, November 24, 2011

Samsung Galaxy Note!!!!!

Alhamdulillah..Syukran..Thank you..My new phone to replace the old 3G Iphone….

The old phone

IMG_1649

The new phone

IMG_1646

Saya peminat Iphone…Satu keputusan yang sukar untuk beralih ke Samsung but I did it..Masih mencari sebab kenapa ia berlaku ?

Play around with the device for the past few hours..Saya suka..suka..suka..Now dah jadi Samsung’s fan..No longer the iphone’s fan..

Saturday, November 19, 2011

Baby quilt in pastel color

IMG_2107Terasa nak buat baby quilt menggunakan warna-warna lembut…. more …

Tuesday, September 6, 2011

Those blue creatures are addicted

Sejak beli iphone or ipad, saya tidak terlekat dengan mana-mana games kerana objektif utama beli these devices adalah untuk reading and easy communication sehinggalah Haqim memperkenalkan saya kepada these blue creatures dalam smurf village. This is my village which is now at level 29 out of 38 levels. I have extended the villages twice, had bought the necessary objects required to speed up and enjoy myself watching those blue creatures at work.

IMG_0468

IMG_0469

On top of that, I have something which I share with my son. Yes we argue on the strategies and on the design but I hope this game has at least teach him how to be patient and think before doing something.

IMG_0467

ps: what is missing in my village is the flower pot..Anyone, who would like to be my friends? Feel free to invite me- My GC id is kamilah1.

update 4/10/2011:

I am at level 37 out of 39 level. Download the game for my Samsung Galaxy Tab, which is now available at the market. Start the game all over again Smile.Ehm..design macamana pula ye..

Sunday, July 31, 2011

Gadget baru

IMG_1206

Alhamdulillah syukur, diberikan rezeki untuk saya memperolehi alat ini. Tidak merancang untuk membelinya, tapi bila ada yang berminat dengan iphone 4 saya, so saya ambil kesempatan untuk tukar iphone 4 dengan gadget ini. Similar to ipad?.. Yes tapi ianya lebih kecil dan sesuai untuk dibawa kesana kemari and untuk access Internet berbanding dengan iPad. Furthermore, I don’t have to translate downloaded movie to mp4. Nevertheless, I ‘ll still keep my ipad to read magazine and articles..

Sunday, July 10, 2011

Sakit gigi

Salah satu dari petanda, betapa banyaknya nikmat yang diberikan Allah kepada kita, tapi jarang kita menghargai dan mensyukurinya. Hanya selepas ianya diambil kembali barulah kita menyedari betapa significantnya perkara tersebut. Hari ini saya ke dentist selepas ‘menderita’ sakit gigi yang amat sangat. Masa ni, bunyi deruan air terjun dikolam yang selama ini amat menenangkan terasa amat membingitkan. Apatah lagi kalau Haqim meragam, sedikitpun dah kena marah (kesian pulak)..

Begitulah lumrah kehidupan, gigi yang begitu kecil, yang telah banyak berjasa kepada kita, hanya kita hargai apabila ianya telah sakit. Seolah-olah itu amaran dari Allah agar kita mengingati dan mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada kita. Terima kasih kepada dr gigi yang telah merawatnya. Nasib baik ianya masih boleh kekal disitu dan tidak perlu dicabut. Walaubagaimananpun, nikmat untuk makan benda-benda keras seperti kacang kini telah berlalu…

Saturday, June 25, 2011

Cetak kandungan Blog

Selepas lebih kurang 3 tahun  saya mencatat kenagan dalam blogspot (May 2008, 2009, 2010, May 2011), terdetik dalam hati untuk mencetak coretan-coretan kehidupan sepanjang 3 tahun yang lepas. Manalah tahu, government bar pulak blogspot.com or anything happen to this server, at least saya ada salinan memori-memori indah yang tercatat di blog ini. So inilah printer Canon yang akan digunakan untuk tujuan tersebut.

IMG_1049

Ehmm, tak mudah sebenarnya nak print page-page tersebut, banyaknya try and error, especially kualiti gambar yang dicetak, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mencetak with high kualiti gambar-gambar yang akan menjadi kenangan manis. Yang lain biarlah dengan kualiti yang sedia ada.

Menyingkap sejarah memori yang dicatat menyebabkan saya tersenyum sendiri, terutamanya apabila melihatkan perubahan Haqim yang begitu ketara. Benarlah kata MKI masa berlalu begitu pantas bagi mereka yang menyedarinya..

Nota: Kesukaran untuk akses Internet menyebabkan saya mencetaknya ke pdf file dahulu. Nanti baru print atas kertas…

Monday, June 6, 2011

Private swimming pool

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan rezeki kepada semua umat sekelian alam. Projek yang dirancang dari bulan 12 kini telah hampir selesai dan malam tadi kami sekeluarga merasmikan kolam ini for the first time.

IMG_1002

IMG_1110

Alhamdulillah, Allah perkenankan permintaan kami untuk membina ruang bagi kami sekeluarga bersantai  dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Air mula penuh dan sesuai untuk diuji lebih kurang pada pukul 6 petang. Air mula dipasang pada pukul 6 petang semalam. Sehingga pagi ini, hanya 1/4 sahaja kolam yang penuh. So, kami mendapatkan tambahan air dari 2 rumah jiran (Dah/Jef dan Milah/Din). Terima kasih kepada mereka yang membantu.

IMG_0987

Kami terhutang budi kepada mereka-mereka yang bertungkus lumus untuk menyiapkan ruang ini. terutamanya Jalil and the gang,

IMG_0802

IMG_0675IMG_0985IMG_0974

Mubin dan rakan-rakannya

IMG_0993IMG_0978IMG_0994

IMG_0992

Juga kepada En Zamri dan pekerja-pekerja Vietnamnya yang memasang dinding air terjun dengan ‘biji kacang’

IMG_0952

Beberapa pekerja Bangladesh yang ‘plaster’ dinding

IMG_0878

dan Tok Bilal serta anak-anaknya yang memasang tile projek.

IMG_0935

Bayangkanlah, ini adalah ruang rumah sebelum diubahsuai

IMG_0620

Dan ini adalah ruang rumah selepas diubahsuai.

IMG_1006

Saya pelajari banyak perkara mengenai komunikasi berkesan, perancangan dan pengurusan projek dan betapa sukarnya bagi sebahagian dari kita untuk mencari rezeki yang halal (Realiti kehidupan yang ingin saya tunjukkan kepada Haqim). Kadangkala kita ambil mudah kemudahan yang ada dihadapan mata tanpa menyedari ada individu-individu lain yang bertungkus lumus untuk melaksanakannya.

Syukur kepada Allah yang menunaikan permintaan kami dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang merealisasikannya. Semoga kurniaan ini akan dapat dimanafaatkan sewajarnya..

So Yati..bila nak datang…

Monday, May 30, 2011

Haqim Melangkah Ke Alam Remaja

Cuti sekolah ini, kami ambil kesempatan untuk membawa Haqim bersunat Smile. Secara rasminya Haqim kini melangkah ke alam remaja. Yang menariknya, dia bertanya dengan rakan-rakan dan ‘goggle’ mengenai proses tersebut. Menariknya, tiada klinik dan hospital di Dungun yang menawarkan proses tersebut masa cuti ni, mungkin sebab duration cuti yang pendek, so kami terpaksa bawa di ke Klinik Rahim di Chendering.

IMG_0959

Tengah suspense sebelum masuk bilik doktor.

IMG_0963

Anak mama strong masih selepas proses tersebut. Bermulalah proses abah menjaga Haqim pula for the next few days…

Updated – 6/5/2011

And today dah blh pakai seluar Yeeeee !!!!!!

IMG_1005

Tuesday, May 17, 2011

Happy birthday…

IMG_0932

Kebiasaannya, saya menyambut birthday sendirian, kerana inilah sehari dalam setahun yang saya gunakan untuk menghargai diri dan muhasabah apa yang berlaku dalam setahun, tapi kali ini, saya menyambutnya dengan emak, Yati dan Haqim..What a day. Satu-satunya hari yang akan saya ingati..

IMG_0933

Wah, beiya dia potong burger tu. Eh.. berhasil juga ajaran abah macamana nak guna fork and knife Smile

IMG_0934

thanks Yati, for remembering the day and willing to spend the day together and thanks kerana bawa Haqim tengok wayang….