Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Kursus Artificial Neural Network and PSO

15 hb Jan – 16 hb Jan, Saya menghadiri kursus ANN dan PSO di Johor Baru. Kursus yang jarang didapati ini dianjurkan of Soft Computing Group UTM dibawah kelolaan Prof Dr. Siti Mariam. Kalau nak baca dan faham konsep ANN dan PSO pastinya memakan masa yang lama. So the course had introduced the concept to us using C++ and Mathlab (first time juga guna Mathlab). Selain dari itu, di perjumpaan seperti ini, saya berkenalan dengan the other people that works in the same field as mine Winking smile. Thanks for the hospitality and most important thanks for the knowledge.

Sebelah malam sempat juga keluar makan dengan Yati disamping cari buku untuk Haqim.

IMG_0442IMG_0436

Yang menariknya di UTM ada apartment untuk disewa yang selesa dengan harga yang amat berpatutan. Sempat lagi tu singgah kat Air Hitam untuk beli jajan balik rumah. Penatnya perjalanan yang mengambil masa 9 jam pergi (Ikut Muazam, Labis, Segamat, Air Hitam) dan 7 jam balik (ikut Kluang, Pekan, Kuantan) amat memenatkan..but it is worth it.

Sunday, July 12, 2009

Blended Learning

Semalam (11/7/2009) saya menghadiri program perlaksanaan blended learning di UiTM Terengganu. Hmm ilearn kini telah bertambah baik dan access to the system juga bertambah laju. Seem like, kami boleh buat 1 hour tutorial melalui forum di i-learn.

So guys, we will venture into the use of i-learn this semester :)

Thanks to Dr Pouziah, Uztaz Mohd Nor dan En Azlan yang datang dari jauh untuk mengajar kami.

IMG_0769

Saturday, December 13, 2008

Mesyuarat Koordinator iLQaM di Samuji


Dari 11/12 hingga 13/12 kami berkampung di Samuji untuk menghadiri mesyuarat dan bengkel halatuju iLQaM hingga 2011. Nice to know that iLQaM will have it's new building dalam masa beberapa tahun lagi.
Seronok jumpa koordinator dari kampus lain seperti Kak Rosnah (Melaka) dan Kak Rogaya (Perak) Yusof Ramli (Kelantan). Seronok jumpa staf-staf yang sering kami berinteraksi melalui telefon seperti Prof Dr. Pau, Dr Rohana, Ustaz Januddin, Pn Badariah dan Pn Faridah.

Thursday, December 4, 2008

A trip to Sabah



Pengetahuan mengenai teaching portfolio telah membawa saya ke Sabah untuk berkongsi pengalaman dengan pensyarah baru disana. Semalam saya ke Kota Kinabalu. Kali terakhir saya menjejakkan kaki di Kota Kinabalu adalah pada tahun 1992. Begitu banyak sekali perubahan yang telah berlaku. Menarik apabila melihat bandar yang menggabungkan tempat tinggal (apartment), ruang perniagaan dan ruang pejabat disatu kawasan. Perkara pertama yang mendapat perhatian saya adalah kereta-kereta yang diletakkan di tengah jalan raya pada waktu malam.Tuan punya kereta pastinya perlu bertolak awal pagi ketempat kerja.

Tengahari tadi saya ke kampus UiTM Sabah untuk pertama kali. Rasa sedikit terkilan melihatkan UMS begitu gah tetapi kampus UiTM seolah-olah menyembunyikan diri. Luas kawasan kampus ini. Seronok berjumpa dengan pensyarah baru disini dimana bilangan pensyarah bukan melayu agak ramai. Tapi sukar nak tahu mereka muslim atau tidak. So saya mengambil keputusan untuk tidak menyentuh isu-isu agama dan bangsa disini.

Sekembalinya dari tugas, kami ke Pasar barang-barang kerja tangan. Kalau ke Sabah pastinya mutiara menjadi pilihan. Lama dah tak shopping. Rambang mata dibuatnya. Tak sangka pula macam-macam brooch yang ada. Sempat juga beli beberapa barang untuk famili dan staf sebagai cenderahati. Yati, pilih brooch yang mana?





Terima kasih Dr. Rohana yang memberi kesempatan untuk saya datang ke Kota Kinabalu.

Tuesday, October 21, 2008

Incult 2008

Petang 19hb October, bersama kak mi, mazidah, kak ee dan ti, kami ke Shah Alam untuk menghadiri the 4th International Conference on University of Learning and Teaching di Hotel Concore Hotel dengan tema Transforming Learning and Teaching towards International Practices organized by ACRULeT and University of Hartfordshire. Several speakers get my attention such as


  • Prof Dato' Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohari, the director general, Department of Higher Education, Ministry of Higher Education, whom explained about the Learning Cycle and the Attributes of successful Learners. --> boleh invide ke Terengganu for the next forum with the lecturers.

  • Mohammad Nure Alam Siddique, whom come out with a new way of reporting his experience as learners and lecturers in a paper Becoming a reflective and metacognitive learner and a constructivist-reflective practitioners: A teacher education's naratives

  • Sarjit Kaur which execute a qualitative studies on her students perceptions on learning. Her paper trigger a research project about the perception of UiTMT students on their learning environment.

  • Dianne Cheong Lee Mei papers on the use of wikis in her classroom to brainstorm a particular topics.

The second day starts with a plenary Sessions for speakers. Beberapa perkara seperti penetapan KPI dan feedback dibincangkan. Namun kenyataan berikut dari Prof Dato' Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid menarik perhatian saya:


"UiTM hold the highest rate of employed graduates because it is a teaching university. If the focus is now switch to research university, the future of it's graduates is in question"


"The quality of a lecturer goes beyond KPI. The soul of a true teacher made him/her stand out from the rest"


Seminar ini membuka mata saya tentang beberapa perkara mengenai pengajaran dan pembelajaran disamping menambah jaringan rakan-rakan. Terima kasih pihak pengurusan yang memberi ruang untuk kami menghadiri program ini.

Wednesday, October 15, 2008

Bengkel Perancangan Strategik Latihan Pensyarah di TER



Dari 12 ke 14 Oktober, kami berkampung di TER untuk merancang latihan-latihan pensyarah bagi tahun 2009. Inilah kali pertama saya menguruskan event yang besar di Hotel dimana melibatkan amanat dari Dato' VC. Satu pengalaman yang menarik. Beberapa pengajaran baru saya hadapi di program tersebut. Diantaranya
a) next time saya perlu pastikan quotation hotel yang diberikan adalah yang benar-benar finalize dengan jumlah yang perlu dibayar instead of charge for a person. Ini akan memudahkan saya buat LO.
b)saya juga perlu memastikan meja VIP perlu ada samada ada VIP atau tidak.

Overall program ini berjaya menghasilkan output yang diinginkan. Hopefully next year lebih banyak program yang akan dibiayai oleh iLQaM Shah Alam. Rasanya inilah program besar terakhir sebelum saya meninggalkan iLQaM.

Saturday, August 16, 2008

Kursus Kenali Pengurusan UiTMT

Hari khamis ((14/8) diadakan kursus Kenali Pengurusan UiTMT untuk pensyarah-pensyarah baru. Kursus yang bertujuan untuk memperkenalkan pensyarah baru dengan pentadbir dan fungsi-fungsi setiap bahagian tidak kesampaian apabila 17 dari 38 pensyarah hadir ke program ini. Walaubagaimanapun ianya diteruskan termasuk juga taklimat pensyarah dan bacaan ikrar setia kepada organisasi.

Thursday, August 14, 2008

Haqim sakit telinga lagi...


Jika ditanya, sakit yang kerap Haqim hidapi dari kecil ialah sakit telinga. Gambar ini sesuatu yang saya dapat capture semalam. Wonder apa Haqim akan sebut bila dia lihat gambar ini 10 tahun dari sekarang :)

Friday, August 1, 2008

Kursus Testing and Evaluation

   

Pada 27 dan 28 hb Julai yang lepas, kami menerima kehadiran PM Dr. Bakar datang untuk menjelaskan teknik untuk membuat soalan dan penilaian. Terima kasih kepada Dr Bakar diatas penerangan yang memberikan impak kepada peserta. Di mesyuarat akademik pun dibincangkan mengenai kursus ini yang sepatutnya diberikan kepada semua pensyarah di UiTMT.

Friday, July 25, 2008

Kursus Effective Leadership



Diantara tugas-tugas pensyarah yang saya suka ialah apabila menghadiri kursus seperti apa yang saya hadiri pada hari ini (24/7). En Mustaffa hari ini berkongsi pengalaman apakah yang dinyatakan sebagai pemimpin yang cemerlang. Walaubagaimanapun beliau tidak sempat untuk berkongsi pengalaman dan tip kearah pemimpin yang cemerlang. Walaubagaimanapun beberapa perkara berikut akan kekal dalam ingatan saya:
  • We have the choice on what we want to do
  • We have 3 gifts that we rarely utilize or may not even realize we have it
  • The poem - The Road Not Taken by Robert Frost
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth; 5
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same, 10
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back. 15
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 20

Thursday, July 17, 2008

Lawatan ke Pulau Redang







Hari ini saya ke Pulau Redang untuk meninjau tempat bagi latihan berpasukan untuk ahli MPD. Cantik pulau ni, airnya begitu jernih, nampak ikan-ikan berenang dari jeti sementara yang dibuat oleh pemilik resort. Besama En. Talib dan travel agent Pn Intan, kami melihat beberapa resort bagi memilih tempat yang bersesuaian. Sempat lagi beli cenderahati untuk Haqim. Hopefully dapatlah kami buat program tersebut disini.





Thursday, July 10, 2008

Program Falsafah Mim

Sebagai koordinator iLQaM, telah banyak program yang saya buat, this is one of the program yang paling bermakna yang pernah saya anjurkan. Prof Dr Mohd Kamil telah membawa kami melihat kembali kenapa saya bertugas di UiTM. Dua perkara yang menyentuh hati saya.
1) Definasi ayat berikut


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[Ar-Rahman, ayat 13]


2)Sajak Dato' VC yang berada dibelakang buku tersebut.


Aku tidak tahu lagi
Sama ada mahu menangis
Mengalir air mata marah
Atau mahu pasrah
Dengan takdir ciptaan bangsa
Sendiri
Atau perlukah aku bertempik?
Bersorak marah dengan kata nista
Terhadap bangsa sendiri
Yang menjadi durjana
Menikam sembilu tajam
Tertusuk di dada


Persaksikanlah lakunan bangsaku
Yang hanya berfikir sejengkal
Seolah hilang ingatan
Tiada pertimbangan
Persaksikanlah kealpaan bangsaku
Dipukau musuh tanpa mengerti
Yang mahu sesama bangsa
Berperang kata, bertikam lidah
Dan mereka ketawa berkata
Bodohnya bangsa itu
Aku mahu menangis
Sudah tiada air mata
Aku mahu bertempik

Sudah hilang suara

Semoga Prof Dr Kamil terus berkarya dan berdakwah dengan cara beliau yang unik.

Thursday, July 3, 2008

Berakhirnya Program Team Building



3 hari menghadiri program ini, banyak perkara baru yang saya pelajari. Diantara yang memberi kesan ialah teori warna personaliti yang terdiri dari emas, hijau, jingga dan biru. Kami diberikan 100 soalan untuk dijawab. Berdasarkan jawapan tersebut kita mengenali warna personaliti kita. Setiap warna mempunyai sifat-sifat uniknya yang tersendiri. Sekarang barulah saya faham personaliti staf-staf saya dan ianya memudahkan saya memberikan tugasan kepada mereka dan menyebabkan saya memahami kenapa ada kalanya berlaku kekeliruan atau kurang sefahaman diantara kami. Mungkin juga ini sebabnya kenapa saya dan Y sering tidak kesefahaman. Warna personaliti kami dua-dua emas. Cuma saya emas + hijau dan beliau emas + biru.

Selain dari itu, saya aktiviti-aktiviti yang dijalankan mencerminkan kepada saya bagaimana saya perlu mengingati nama-nama rakan sekerja dalam satu kumpulan. Satu perkara yang sukar untuk saya tetapi ianya tidak boleh dianggap mudah.

Kesimpulan dari program ini, saya akan mempercepatkan program Team Building Ketua-ketua bahagian + unit ke bulan lapan instead of bulan 11. Saya yang telah menghadiri beberapa team building sebelum ini juga merasai kesannya, mungkin mereka juga akan mendapat kesannya yang seterusnya akan membaiki cara pengurusan mereka. Kenalan yang terdiri dari koordinator-koordinator iLQaM dari kampus lain juga bertambah. Perbincangan dengan Dr. Azman juga mencadangkan satu tajuk baru untuk saya terokai dalam pengajian saya. Jika dalam kursus Asas Pengajaran yang lepas, saya mengeratkan hubungan dengan Dr. Rohana,Isme dan Bad, kini giliran En Janudin, Faridah dan Anna pula.


Terima kasih En Mohd Zaini yang telah mengendalikan program ini dengan begitu baik sekali.

Monday, June 30, 2008

Team building di PNB Ilham resort PD



Hari ini saya dan Asri ke PD untuk menghadiri program team building yang dianjurkan oleh ilqam shah alam. Walaupun letih kerana menguruskan kursus KAP, saya luangkan juga masa untuk berkenalan dengan wakil wakil ilqam dari cawangan yang lain. Who knows I might need their help next time.


Cantik tempat ni, dan harga biliknya pun okay RM120 per room perday. Kalau dekat dengan Dungun, pasti tempat ini menjadi pilihan saya untuk buat program.

Sunday, June 29, 2008

Berakhirnya kursus KAP




At last Kurus Asas Pengajaran Jun 2008 yang diadakan di Dungun tiba ke penghujungnya. Sebagai penganjur, terasa begitu lega sekali apabila program ini berjalan tanpa sebarang masalah besar yang timbul. Masalah kecil-kecil tu biasalah. Rasanya baru semalam saya menanti mereka tiba, hari ini dah mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Secara peribadi, pengalaman mengendalikan program ini begitu bererti bagi saya. Banyak kenalan yang saya jumpa selain dari hubungan yang lebih akrab dengan pihak pengurusan iLQaM Shah Alam. Semoga program ini akan memberikan manafaat kepada semua pensyarah yang menyertainya.

Monday, June 23, 2008

Menyelaras program Kursus Asas Pengajaran 2008


2 hari yang memenatkan tapi penuh dengan pengalaman yang menarik. Hari ini adalah hari pertama Kursus Asas Pengajaran 2008 yang diadakan di Dungun. Seramai 120 orang pensyarah menyertai program ini. Sebagai co Host, memastikan segalanya berjalan lancar adalah satu cabaran. Bermula dengan memastikan setiap peserta mendapat tempat tinggal dan pengangkutan yang selesa sehinggalah memastikan makanan mereka sedia. Walaupun ada masalah here and there everything seems to be okay.


Selain dari itu, saya juga diberi peluang untuk menyampaikan ceramah Portfolio Pengajaran. Malam tadi tidur pukul 1:00 pagi untuk memastikan power point presentation is okay.

Seronok juga dapat pakai baju seragam bersama dengan Gee dan Sha.

Saturday, June 7, 2008

Podcasting couse


Saya hadiri kursus "Podcasting a strategy for teaching and learning" di Fakulti Pendidikan, UIA hari ini bersama Hasiah dan Aida. Kursus selama 3 jam itu (9:00 hingga 12:00 tengahari) telah memberikan pendedahan yang begitu berguna mengenai penggunaan podcasting dalam pembelajaran. Terima kasih kepada Pn Ainol Haryati Ibrahim (ainol66@gmail.com) kerana memberikan pendedahan tersebut kepada kami. Insyallah, ilmu yang dipelajari akan dikongsi bersama dengan peserta bengkel blog, wiki and e-exam on 18 Jun nanti. Bagi memudahkan kami menghadiri kursus ini, kami tinggal di Selesa Resort, Bukit Tinggi (09-2330039). A nice place untuk buat mesyuarat berkumpulan. Sempat juga buat nota untuk bengkel minggu depan.