Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, August 16, 2018

Kisah inti ikan

photo_2018-08-16_16-10-48
Karipap inti ikan sememangnya sinonim dengan rakyat  Terengganu. Ia adalah diantara karipap yang mendapat permintaan yang tinggi. Post ini mendokumen bagaimana saya membuat inti ikan yang juga digunakan sebagai inti kuih bom Terengganu dan kuih Ropa @ kuih lipat. Nampak macam mudah tapi rumit sebenarnya proses untuk membuatnya. Lain orang lain caranya. Ini adalah cara saya ye..
Membeli ikan selayang
Ini adalah resepi untuk 1 kilo ikan selayang ( Saya dah cuba buat dengan ikan kembong, rasanya agak kasar dan tidak sesedap ikan selayang). Kebiasaanya saya akan beli ikan selayang yang besar (8-12 ekor 1 kilo) Kenapa? Ikan selayang yang besar lebih banyak isi, selain itu,  tulangnya lebih besar senang nampak bila nak dibuang. Saya akan beli ikan yang berharga lebih dari RM8.00 sekilo. Kebiasaannya RM10 – RM14 sekilo. Ikan yang kurang dari RM8.00 kebiasaanya ikan selayang kecil atau ikan selayang besar yang tidak segar.
Membersihkan/Merebus ikan
Apabila ikan ini disiang dan dibersihkan, saya akan tarik ikan ini dikedua-dua hujung, macam apabila siang ikan terubok. Ia bertujuan agar tulang ikan lurus dan isi senang untuk dikeluarkan. Ikan yang bersih akan direbus dengan asam keping(3-5 keping) dan garam. Air hanya separas ikan sahaja. Ikan tidak direbus lama – dalam 5 minit api sederhana – cukup setakat ikan masak. Ikan yang direbus lama akan keras, susah dikeluarkan tulang dan tidak sedap dimakan.
Membuang tulang ikan
Ikan disejukan dalam airnya bagi memudahkan isi ikan dikeluarkan (Jangan dikeluarkan ikan dan letak bawah kipas ye nanti ikan akan keras). Proses memisahkan isi terbahagi kepada 3 peringkat ye. Pertama buang kulit ikan yang tebal berhampiran dengan ekornya. Kedua pisahkan ikan dari tulang utama. Ketiga buang tulang-tulang dari isi dan hancurkan isi(dilakukan dalam beberapa fasa bagi memastikan tiada lagi tulang dalam isi ikan) Kalau ada juga yang tertinggal tu minta maaf ye. Proses ini mengambil masa at least 1 jam. Saya akan buat dibawah lampu kerana tulang ikan tu akan bercahaya bila terkena sinaran lampu senang nak nampak tulang dari isi.
Sebelum memasak inti ikan, tulang ikan itu saya blender bersama air rebusan ikan tadi.
Memasak inti ikan
Dengan menggunakan lesung batu tumbuk – 6 ulas bawang merah kecil, 2 ulas bawang putih, 2 inci halia. Saya lebih suka tumbuk dari blender agar ramuan tidak terlalu hancur. Campurkan dalam kuali (wok)
  • isi ikan yang telah dibuang tulang
  • air tapisan tulang ikan
  • bahan bawang yang ditumbuk.
  • 1 genggam kelapa parut (putih)
  • 2 keping asam keping (yang digunakan masa rebus ikan tadi)
  • 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
  • 1 sudu besar alba
  • 2 sudu besar gula merah serbuk
  • 1/2 sudu teh garam
Kacau semua bila sebati baru hidupkan api dapur. Masaklah inti sehingga kering (jangan kering sangat tak sedap nanti). Kebiasaannya saya akan angkat apabila hampir kering dan letak dalam tapis agar lebihan air akan ditapis (Menyebabkan kulit karipap comel. Kalau tidak nanti kulit karipap akan jadi lembik kerana air dari inti ikan tadi)
Ok baru siap inti ikan yang kebiasaanya akan menghasilkan 80-90 biji karipap frozen saya. Satu perkara yang saya pelajari masa mula-mula buat karipap inti ikan ialah kesabaran yang tinggi diperlukan untuk membuatnya. Saya ‘respect’ mereka yang buat inti ikan ini setiap hari. Ia bukan satu tugas yang mudah..

Monday, July 16, 2018

Agar-agar Santan Pandan

agar-agar santan pandan

Hehe presentation fail …

Ini adalah resepi agar-agar santan menggunakan serbuk agar-agar (10g). Cepat dan sedap. Resepi ni just nice, agar-agar tak keras, tak lembik dan manis-manis buah je menggunakan loyang 8 in X 8 in.

Bahan-bahan

  • Agar-agar serbuk (10g) saya guna yang ada cap globe, warana hijau
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 6 helai daun pandan di potong pendek-pendek (2 inci) + 1 cawan air dan diblender
  • 1 kotak santan 200ml
  • 1 biji telur
  • 2 sudu kecil / ketul kecil gula batu
  • pewarna hijau.

Kaedah

1) Campurkan agar-agar, 3 cawan air, gula batu dan gula pasir. Masak sehingga gula dan agar-agar larut.

2) Campurkan santan dan telur, pukul sikit telur

3) Bila campuran agar-agar telah mengelegak, masukkan campuran santan masa campuran agar-agar menggelegak. Biar sekejap sampai larutan menggelegak balik. Campurkan air daun pandan. Masukkan pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang menarik. Bila menggelegak, tutup api, masukkan dalam loyang. Biar sejuk sebelum diletak dalam peti sejuk.

Monday, July 9, 2018

Agar-Agar Gula Merah

Diantara kuih yang saya suka tapi tak suka buat kalau menggunakan agar-agar tali Smile. Sejak adanya serbuk agar-agar, saya mencuba beberapa kali buat agar-agar ini Ini adalah versi agar-agar menggunakan serbuk agar-agar ini.

serbuk agar-agar

Ini resepinya untuk future references. Gambar tak ambil tadi sebab tak sempat. Tapi resepi ini menghasilkan resepi yang saya suka- tidak keras dan tidak terlalu lembut, manis-manis buah. Resepi ini menggunakan loyang 8” (bulat/empat segi)

Bahan-bahan A

  • 1 bungkus serbuk agar-agar diatas (10 gram) – saya beli yang warna merah
  • 4 cawan air
  • 2 keping gula Melaka / Caret (keping di Terengganu)
  • 2 sudu besar gula
  • 2 ketul gula batu (kalau dah hancur dalam 2 sudu besar rata)
  • 1 helai daun pandan

Bahan-Bahan B

  • 1 kotak santan – 200 ml + sedikit garam
  • 1 biji telur

Kaedah

  1. Campur semua bahan-bahan A dalam periuk.
  2. Masak atas dapur sehingga semua gula telah hancur.
  3. Keluarkan daun pandan.
  4. Tunggu sehingga menggelegak, kecilkan api kalau tidak letih nak cuci dapur nanti.
  5. Masukkan santan dalam mangkuk, pecahkan telur dan kocak sehingga bercampur santan dan telur
  6. Panaskan kembali bahan A, Bila menggelegak kali kedua, masukkan campuran santan.
  7. Kacau dan biar menggelegak.
  8. Masukkan dalam loyang. Biar sejuk sebelum masuk dalam peti ais.

Saturday, October 21, 2017

Hummus

Dah ada resepi roti arab kena adalah pulak resepi hummus Smile . Resepi yang diambil dari Internet

Bahan-bahan

  • 1 16 oz can of chickpeas or garbanzo beans
  • 1/4 cup liquid from the can of chickpeas
  • 3-5 tablespoons lemon juice (depending on taste)
  • 1 1/2 tablespoons tahini (sesame paste)
  • 2 cloves garlic, peeled and crushed
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 tablespoons olive oil
  • Kaedah membuat

    Drain the chickpeas and set aside the liquid from the can. Combine the drained chickpeas, lemon juice, sesame paste, crushed garlic and salt in a blender or food processor. Add 1/4 cup of the reserved liquid from the chickpeas. Blend for 3-5 minutes on low until thoroughly mixed and smooth.
    Place in a serving bowl, and create a shallow well in the center of the hummus.
    Add a small amount (1-2 tablespoons) of olive oil in the well.

    Garnish with parsley (optional).

    Ada side yang tambah cumin / paprika / lata hitam sikit dalam resepi ini.

    Roti Arab

    Simpan resepi dari rakan WhatsApp – Pn Rashidah Kamal. Hopefully nanti senang nak cari next time Smile Nanti dah buat kita letak gambar.

    Bahan A

    • 375  750 gram tepung roti
    • 325  650 gram tepung gandum
    • 90    180 gram gula kastor
    • 6       12 gram garam
    • 7.5    15 gram bread improver
    • 2.5     5  gram bread solfener
    • 10      20 gram yis
    • 40      80 gram serat gandum

    Bahan B

    • 30      60 gram susu pekat +
    • 240    480 gram air sejuk +
    • 150    300 gram air batu

    Bahan C

    • 40       80 gram shortening

    Kaedah

    1. Campurkan bahan A dan Bahan C sehingga sebati
    2. Campurkan Bahan B dan mix sehingga sebati.
    3. Uli adunan sehingga lembut – 20- 25 minit
    4. Bahagikan kepada 100 gram, leperkan dalam bekas 5 in
    5. Biarkan doh kembang dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam
    6. Bakar dalam oven 190 Celcius atas 220 Celcius bawah.

    Cucur udang

    Rasanya ini adalah resepi cucur udang yang paling sedap yang saya pernah buat. Terbaca resepi ini dari Facebook. Terasa nak cuba so petang ni dapat makan jejemput yang garing diluar dan lembut didalam dan stay lembut selepas beberapa jam.

    jemput udang

    Ini resepinya kalau nak cuba Smile - Dapat dalam 10 biji – cukup untuk sekali makan ..

    • 3 sudu besar tepung gandum
    • 1 sudu besar tepung beras (saya tak pernah letak sebelum ini)
    • 1 biji telur – pukul sikit
    • garam sedikit
    • 1/2 sudu baking powder (saya tak pernah letak sebelum ini)
    • air (yang ni tak reti nak sukat – pekat sikit dari adunan roti jala Smile)
    • sedikit udang (agak-agak cukup)
    • 1 biji bawang besar
    • sedikit taugeh
    • sedikit daun kucai
    • sedikit garam

    Kaedah Membuat

    • Gaul semua bahan
    • panaskan minyak dan goreng.

    Selamat mencuba

    Tuesday, September 26, 2017

    Muffin Pisang

    Resepi ini saya ambil dari whatsApp Group Roti Shida Zul. Best group ni macam-macam resepi dan tips yang saya pelajari. Salah satu darinya adalah resepi ini yang senang nak buat dan cepat. Sedap, lembut dan gebu muffin ni walaupun rupanya tak comel ye Smile.

    muffinPisang

    Bahan-bahan

    12 biji       24 biji

    2 biji         4 biji  pisang berangan dilecek
    1 biji         2 biji   Telur
    1/4 cwn    1/2 cwn  Minyak Jagung
    1/4 cwn    1/2 cwn  gula perang
    1/4 sb       1/2 sb  esen vanilla
    1/4 st         1/2 st  garam
    1/2 cwn     1 cwn  coklat chip
    1/4 cwn     1/2 cwn almod (ketuk-ketuk sikit)

    Kaedah:

    1) Panaskan oven – 170 degree
    2) Ambil sedikit tepung dan gaul dengan coklat chip
    3) Masuk semua bahan kecuali coklat chip dan almond bermula dengan bahan cecair dalam blender. Blend sehingga sebati. Keluarkan masukk dalam jug
    4) Masukkan choklat chip dan almond. Gaul sebati
    5) Masukkan dalam bekas muffin
    6) Bakar dalam 15 minit – sehingga masak.

    Tuesday, May 13, 2014

    Kuih bahulu

     

    2014-04-30 22.16.39

    Saya suka makan bahulu in between meals. Biasanya 2-3 biji cicah dengan air the sedap. Cuma kalau beli bahulu kat kedai agak manis. So project buat bahulu dengan Haqim Smile. Resepi ini saya adapt dari laman intaidapur.blogspot.com. Terima kasih sedap bahulunya..

    Bahan-bahan

    • 8 biji telur
    • 250 gm tepung di ayak bersam 1/2 sudu teh baking powder dan dijemur sekejap
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 150 gm gula kastor – dijemur sekejap
    • 1 sudu teh ovalette

    Kaedah

    1. Pukul telur, gula dan ovalette sampai kembang dalam 15 minit.
    2. Panaskan oven (saya punya oven dalam 200 degree)
    3. Isi acuan dengan minyak dan biarkan dalam oven
    4. Campurkan tepung  sedikit sedikit dalam campuran telur.
    5. Masukkan esen vanilla.
    6. Keluarkan acuan dari oven, keluarkan minyak dan masukkan adunan dalam acuan. Saya ada dua acuan bahulu satu acuan cermai tembaga yang kecil. Satu lagi acuan bahulu biasa yang sedang. Mula-mula guna piping bag last last guna sudu lagi senang Smile.
    7. 2014-04-30 21.25.33
    8. Bakar bahulu sampai kekuningan dalam 13-15 minit. Saya ambil masa dalam 1 jam 30 minit untuk habiskan adunan.
    2014-05-03 12.51.48

    Inilah hasilnya (tidak termasuk yang dimakan oleh Haqim sebaik sahaja ianya masak )

    Thursday, November 28, 2013

    Kek Coklat Untuk Haqim

    Haqim nak makan moist kek coklat. Dari kelmarin browse Internet for resepi kek coklat yang mudah untuk buat sebab dia nak buat. At last pukul 11.30 malam siaplah kek ini yang resepinya diambil dari laman ini - http://nameeroslan.blogspot.com/2013/04/resepi-kek-coklat-moist.html. Terima kasih. Mohon izin letak kat sini untuk rujukan masa depan ya. Senang buat kek ni dan rasanya memang sedap.

    20131127 225115

    Bahan-bahan A yang perlu digaul sebati.

    • 1 cawan gula perang
    • 1 cawan fresh milk
    • 1/2 cawan susu pekat
    • 1 cawan minyak masak
    • 1 cawan serbuk koko (dalam 1 kotak kecil)
    • 2 sudu besar nescafe (saya tambah)
    Bahan-bahan B yang perlu diayak
    • 11/4 cawan tepung (saya guna superfine)
    • 1 sudu teh soda bikarbonat
    • 1 sudu teh serbuk penaik
    Bahan-bahan C lain yang dimasukkan dalam mangkuk besar
    • 3 biji telur
    • 1 sudu teh perasa vanila
    • 1 paket kacang hazel nut yang telah ditumbuk kasar (saya tambah)
    Kaedah membuat.
    1. Panaskan kukusan.
    2. Sapu bekas kek 7in X 7 in dengan margerin dan alas bahagian bawah dengan kertas minyak 
    3. Gaul sebati bahan C
    4. Masukkan bahan-bahan A yang telah digaul sebati
    5. Masukkan bahan-bahan B
    6. Gaul semua bahan sehingga sebati.
    7. Masukkan semua bahan dalam bekas kek.
    8. Apabila air telah mendidih, kukus kek ini selama 1 jam 20 minit.

    20131127 221510

    inilah rupa kek yang telah masak.

    Untuk topping pula panaskan 1/2 cawan susu pekat + 3 sudu besar butter + 1 keping coklat masakan dalam periuk kecil. Bila kek dah sejuk, curahkan topping coklat atas kek. Ehm sedap kek ni..

    20131127 205212

    Senyum dia bila dapat buat kek.

    20131127 205506

    Inilah sebab sebenarnya kenapa dia nak buat kek coklat :)

    Friday, November 22, 2013

    Kuih pau gebu dan lembut

    Hari ini berhajat untuk buat kuih pau bagi menyambut kehadiran Yati dan keluarga. Nampak kat dalam almari ada satu kotak tepung pau yang tidak berusik. Nak share gambar pau yang baru dibuka penutupnya. Happy sangat tengok gebu nya pau ni.. 

    20131121 174359

    20131121 175322

    Terima kasih pada empunya resepi yang saya ambil dari laman myresepi.com. Resepi ini dikenali sebagai Pau Hong Kong. Saya catatkan disini kaedah saya buat pau ini untuk rujukan masa hadapan dan sebagai panduan untuk mereka yang mahu mencuba resepi ini.

    Bahan-bahan Inti Ayam

    • 2 biji kentang kecil
    • 1 biji keledek kecil
    • 2 sudu besar serbuk kari
    • 1 tangkai daun kari
    • sedikit udang kering + 3 biji bawang merah + 2 biji bawang putih ditumbuk kasar.
    • sedikit garam + sedikit gula
    • 2 gelas air
    Kaedah buat inti.
    1. Tumis bahan tumbuk, daun kari dan serbuk kari. Letakkan sedikit air bagi mengelakkan serbuk kari menjadi hangit. Biarkan seketika. Campur 2 gelas air.
    2. Masukkan bahan-bahan lain.
    3. Kecilkan api, biar masak dan kacau sentiasa sehingga kering.

    Bahan-bahan untuk pau

    Bahan A.

    • 450 gm tepung pau diayak
    • 230 ml air
    • 1 sudu besar susu pekat manis
    • 5 sudu teh yis mauripan (agak banyak yis ni sebab 1 paket mauripan mengandungi 3 sudu teh yis. So hampir 2 paket yis digunakan. Saya nekat je letak walaupun rasa macam banyak but the end produck ok.

    Semua bahan A ini saya masuk dalam BM bermula dengan air, susu, tepung dan yis. Saya set pada menu dough dan biarkan ianya diuli selama lebih kurang 15 minit. Saya biarkan dalam BM for another 30 minute.

    Bahan B

    • 300 gm tepung pau + 2 sudu besar double action baking powder + 1 sudu teh bread softener diayak
    • 3 sudu besar shortening
    • 180 gm gula kastor
    • 100 ml air + sedikit garam.

    Selepas 30 minit, saya keluarkan bahan A dan masukkan bahan B bermula dengan campuran air + garam, shortening, gula dan tepung dalam BM. Saya kecil-kecilkan bahan A yang telah diuli dan uli semua bahan selama lebih kurang 15 minit dan tinggalkan ianya naik dalam 30 minit lagi.

    Setelah doh diperap selama 30 minit. Masukkan dalam dulang yang telah ditabur tepung. Bahagikan kepada bebola kecil. Jangan terlalu besar kerana kuih akan kembang lagi sewaktu dikukus. Isi inti dan susun dalam kukusan. Biiarkan naik lagi dalam 30 minit. Selepas 15 minit, panaskan air dalam kukusan. (Kukusan mengambil masa dalam 10-15 minit untuk betul-betul mendidih.

    Selepas air betul-betul panas, kukus pau dalam 6-8 minit sahaja. Angkat kukusan dari api berserta penutupnya. Selepas itu baru buka penutup kukusan.

     

    20131121 172438

    Pau sebelum dikukus. Amatur buat ada yang besar dan ada yang kecil :).

    20131121 180654

    Pau selepas dikukus. Ia akan kembang lagi…Siapa lapar ambil yang besar.. Adunan ini menghasilkan 35 kuih pau yang besar-besar :)

    20131121 181023

    Satu tupperware penuh untuk Mak susu….

     …My first entry with MacBook Pro…suka suka suka...

    Sunday, September 29, 2013

    Resepi roti Mr. Sazali

    Selepas beberapa kali buat roti saya masih mencari cari resepi roti yang boleh menghasilkan roti yg lembut macam roti Yang berada dibilik rehat. Kebetulan beberapa hari lepas bertemu dengan Mr Sazali yg pernah buka kedai bakery. Peluang belajar resepi dari profesional yg pastinya tidak saya lepaskan. Ini adalah resepi dari beliau.

    Resepi roti(umum)

    • 1kilo tepung roti
    • 60% air + telur
    • 10% gula
    • 1% yis
    • 10% marjeri
    • 1% garam

    Ini adalah resepi yang saya gunakan untuk 500 gm tepung.

    • 500 gm tepung roti + susu tepung (dalam 4 sudu besar)
    • 300 ml air + telur dikacau
    • 50 gm gula
    • 2sudu teh yis
    • 50 gm mentega pada suhu bilik
    • 1sudu besar bread softener (Sazali kata tak perlu tapi saya dah beli so letak jelah)
    • 3sudu besar water wrox
    • Sedikit vanila.

     

    Ini pula susunan saya letak bahan-bahan dalam BM

    • Air + telur + vanila
    • Mentega
    • Water wrox
    • Gula
    • Tepung + susu tepung + bread softener
    • Yis dikanan
    • Garam dikiri yang berfungsi untuk menyekat yis supaya tidak naik terlalu tinggi (According to Mr.Sazali)

    Saya perasan kuantiti air dalam doh ini lebih dari biasa, Tapi redah je

    Walaaa ini adalah hasilnya


    Suka suka suka  terima kasih Mr. Sazali. Ehm masih mencari resepi yang menghasilkan roti yang putih pula :).

    Tuesday, September 3, 2013

    Resepi Roti Jepun

    Selepas mencuba beberapa resepi roti, saya rasa inilah resepi roti yang paling best yang pernah saya hasilkan. Adunan ini menghasilkan satu buku roti atau 20-24 biji bun bergantung kepada saiz bun-bun tersebut. Okaylah taklah banyak sangat. Bun-bun ni boleh dihabiskan oleh kami dalam masa 3-4 hari. So taklah membazir. 


     

    Bahan-bahan

    • 330 gm tepung roti + 40 gm susu tepung + 130 gm tepung superfine
    • 150 liter air suam + 4 susu besar gula dilarutkan.
    • 1 biji telur dipukul sedikit untuk hancurkan kuning telur.
    • Sedikit vanilla.
    • 11/2 sudu besar pelembut doh
    • Sedikit garam
    • 21/2 sudu teh ibu roti.
    • 50 gm mentega pada suhu bilik

     

    Kaedah membuatnya.

    • Masukkan air gula, telur dan esen vanilla dalam bekas BM.
    • Masukkan mentega dan pelembut doh.
    • Masukkan bahan tepung
    • Letak ibu roti dipenjuru kanan dan garam dipenjuru satu lagi.
    • Set setting BM kepada doh dan biarkan ianya beroperasi selama 1 jam setengah.
    • Keluarkan doh, uli sedikit. Bahagikan kepada 20-24 bahagian yang kecil.
    • Bulat-bulatkan dan letak inti jika perlu. Tutup doh dan biarkan ianya naik untuk kali kedua dalam 40 minit ke satu jam.
    • Pada 10 minit terakhir, panaskan oven pada suhu 200 degree Celcius
    • Sapu roti dengan sedikit telur.
    • Seburkan sedikit air diatas doh yang sedia untuk dibakar.
    • Bakar roti 18-20 minit. (Saya tukar kedudukan roti selepas 15 minit ianya dibakar akan semua doh masak sekata).

    Roti bun kosong sedap dicicah dengan air nescafe sewaktu ianya masih panas-panas lagi Smile. Selamat mencuba

    Monday, July 29, 2013

    Roti Paung

    20130729_054610

    Roti ini terkenal diTerengganu. Sedap dimakan panas-panas dicicah dengan air kopi atau air teh. Mazidah terasa nak makan dan bertanya BM saya boleh atau tidak digunakan untuk masak roti ini. So saya pun cari di Internet resepi roti paung. Ada 4 resepi yang saya download dan print. Ini adalah resepi yang saya cuba hari ini yang asasnya saya ambil dari laman http://perutkenyang.blogspot.com/2011/01/rati-paun-resepi-roti-paun-keluarga.html. Terima kasih kongsi resepi sedap. Saya buat adjustment here and there. So ini adalah resepi yang saya gunakan.

    Bahan-bahan

    • 6 cawan tepung roti
    • 1 3/4 cawan susu segar saya panas kan dalam microwave 1 minit dan kacau sikit. bersama 1/2 cawan gula pasir.
    • 1 paket yis (11 g)
    • 2 biji telur gred A dipecah dalam mangkuk dan dipukul sedikit untuk memecahkan merah telur
    • 2 sudu besar margerin
    • sedikit pewarna kuning. (saya tidak berapa suka warna roti ini lepas letak pewarna. Next time saya tak letak kot)
    • 4 sudu  besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 gm tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna. Lebihnya simpan dalam peti sejuk for future use.) – menggantikan bread stabilizer.

    Nota: saya tak guna garam kerana telah ada dalam margerin.

    Kaedah membuatnya dengan menggunakan BM.

    1. Campurkan yis dan gula dalam susu suam. Biarkan 5 minit untuk melihat samada yis ok atau tidak.
    2. Masukkan telur, campuran susu dan yis, margerin,pewarna  dan water roux dalam BM.
    3. Masukkan  tepung dan set untuk buat doh. Saya perasan yang doh ini kurang air sikit. So BM memerlukan pertolongan kita diawal putaran bagi memastikan pisau pemutar boleh berpusing dan menguli. Gunakan spatula untuk ‘mengacau’ tepung dengan air perlahan-lahan. Berhenti apabila putaran roti telah stabil (sebab tu nak beli BM yang sneak windownya besar :) ) Mesin mengambil masa 1 jam setengah untuk menguli dan doh naik kali pertama.
    4. Bila BM dah berhenti, keluarkan aduanan. Letak tepung dalam talam bulat besar dan uli sedikit adunan ini. Adunan ini sedikit melekit. So saya gunakan tepung untuk membolehkan saya membentuk roti dalam bulatan kecil. Masukkan sedikit margerin atau apa-apa inti yang disukai ditengah-tengah bulatan roti dan susun dalam loyang bulat yang telah disapu margerin serta ditabur dengan tepung. Tutup loyang sewaktu roti ‘dinaikkan’. Saya guna pinggan bulat untuk tutup loyang. Biarkan doh naik dalam 40 minit ke 1 jam.
    5. Adunan ini menghasilkan 3 dozen roti (1 dozen untuk setiap loyang) Saya buat 2 loyang roti kosong dan 1 loyang dengan inti kacang merah. Banyak untuk kami berdua. Next time kena cari resepi yang separuh adunan ini.
    6. 10 minit sebelum berakhir masa mengeram :), panaskan ketuhar 200 Celcius.
    7. Letak sedikit mentega diatas bun sebelum dibakar.
    8. Bakar roti 18-20 minit. Saya pusingkan loyang lepas 10 minit bagi memastikan roti masak sama rata.
    9. Keluarkan roti dan sapu permukaanya dengan margerin yang telah dicairkan sewaktu ianya masih panas-panas lagi.

    Selamat mencuba. Hopefully, Maz suka dengan roti paung hasil dari BM ini. Saya suka. 2 buku habis sewaktu berbuka puasa. At least saya boleh makan panas-panas dan saya tahu bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan roti ini berbanding dengan roti yang dibeli dikedai.

    Monday, July 22, 2013

    Kek Koko

    Somebody post this recipe dalam Facebook entries. Interested nak buat so simpan dulu dalam blog

    KEK KOKO
    Bahan2
    250gm mentega ( 1bar buttercup )
    400gm gula icing (1 paket)
    3 bji telur Gred A ( 4 biji yang kecil )
    2 1/4 cawan tepung serbaguna (300gm)
    1/2 cawan serbuk koko (30gm)
    2 sudu teh baking powder
    1 cawan susu cair atau susu segar
    secubit garam
    1 sudu teh esen vanilla

    Cara2

    • panaskan oven 170C, lenserkan acuan dgn sedikit minyak
    • Pukul mentega dgn gula hingga ringan,gebu dan putih masukkan telur sebiji2..pukul lagi
    • tepung,serbuk koko,baking powder d ayak bersama (2kali) kaup dan balikkan tepung kdalam bancuhan tadi berselang seli dengan susu
    • akhir sekali tambah garam dan esen vanilla.
    • kaup dan masukkan bancuhan kdalam acuankesukaan anda.
      gunakan 5 bekas aluminium foil)
    • Bakar api bawah selama 20 min dan api atas bawah
      selama 10 min

    Sunday, May 12, 2013

    Homemade sweet bun

    20130512_143519

    Dah lama dah beli buku untuk buat bun ni. At last hari ini baru ada mood nak buat :). Gambar tak secomel dalam buku tapi oklah for first timer (I guest) Yang bestnya bau masa bakar dari luar dah berbau. Hm..sedap untuk dimakan dengan BBQ chicken malam nanti, somehow ianya a bit ‘berat’ tapi sedap.  For future references – this is how it is done. Resepi saya ambil dari buku Baking made Easy by Agnes Chang.

    Bahan A

    • 600g tepung roti
    • 1 paket yis segera (resepi asal 11/2 ts yis)
    • 100 gram gula halus
    • 1 tsp bread improver
    • 1 paket susu tepung (guna abah punya susu kambing :) ) (resepi asal 3tbsp serbuk susu )
    • 1 biji telur
    • 1/2 tsp garam
    • 300 l air

    Bahan B – 50 gm butter (saya guna buttercup, tak ada butter kat rumah)

    Bahan C sedikit bijan dan sedikit butter yang telah dicair

    Kaedah membuat

    • Campur semua bahan A – Saya mula dengan tepung, yis , susu, gula, garam dan bread improver. Kacau rata. Buat lubang masukkan telur dan kacau lagi. Bubuh air sambil diuli sehingga lembut.
    • Biar naik sedikit – saya biarkan 30 minit
    • Gaulkan dengan bahan B, biar seketika – 10 minit
    • Lenser bekas pembakar dengan butter
    • Bahagi-bahagikan doh kepada bahagian kecil dan bulat-bulatkan. (Ianya sedikit melekit- mungkin doh saya tak cukup digaul atau pun terlebih air)
    • Biarkan naik dalam 15 minit sementara menunggu ketuhar panas – 220 C.
    • Taburkan bijan.
    • Bakar 15-20 minit. Mine is cooked for 25 minutes. May be ketuhar saya tidak panas sangat masa doh dimasukkan. – Reminder by bloggers, jangan masak lama sangat nanti keras, so lepas 20 minit saya duduk depan dapur to make sure ianya garing sikit and terus keluarkan lepas 25 minit.
    • sapu roti dengan butter cair.

    Ehm.. sedap boleh buat lagi next time..

    Wednesday, April 3, 2013

    Ketupat Sotong

    20130403_152408

    Bertandang kerumah orang Terengganu, bawalah sebekas ketupat sotong, pasti kehadiran kita dirai dengan senyuman menawan. Saya masih belum berjumpa orang Terengganu yang tdak suka ketupat sotong. Makanan kegemaran abah dan kaum keluarga yang lain. Hari ni dipasar, sotong untuk buat ketupat sudah mula menampakkan diri. Kalau hari biasa, harga sotong mencapai RM20.00 sekilo, hari ini saya dapat sotong ini dengan harga RM10.00 sekilo. Saya diajar 2 resepi ketupat sotong. Satu yang traditional dan satu lagi yang express :). Kita mula dengan yang express dulu ye..

    Resepi ketupat sotong

    Bahan-bahan

    • 1 mangkuk pulut – rendam 3-4 jam
    • 1 kilo sotong sederhana besar
    • 2X RM2.00 santan – dalam 2 cawan
    • 2 ulas bawang merah dimayang
    • 1 in halia dihiris halus
    • sedikit alba
    • 1 sudu teh lada hitam
    • 1 sudu teh garam

    Kaedah 1

    1. Tanak pulut dalam periuk dengan air yang sama laras dengan pulut. Sejukkan.
    2. Masukkan pulut dalam sotong dan tutup sotong dengan pencungkil gigi atau lidi kecil
    3. Masukkan kepala sotong dalam periuk bersama bawang merah hiris dan halia hiris.
    4. Masukkan satu bungkus santan dan masak seketika.
    5. Masukkan alba, lada hitam dan garam
    6. Masukan sotong dan lebihan santan. Saya tidak masukkan air kerana sotong akan mengeluarkan air apabila dimasak.
    7. Sotong perlu dikacau bagi mengelakkan santan dari naik minyak. Biarkan mendidih seketika dan sotong telah masak sebelum diangkat.

    Kaedah 2

    1. Masukkan pulut dalam sotong separuh penuh.
    2. Masak dalam air seketika sehingga pulut masak.
    3. Masukkan bawang hiris, lada hitam dan halia.
    4. Masukkan santan
    5. Masukkan alba dan perisa garamnya sebelum diangkat.

    Nota:

    1) saya suka kaedah pertama kerana sotong tidak dimasak dengan lama. Sotong yang dimasak lama akan kenyal dan tidak sedap dimakan.

    2) Gunakan sotong yang baru  dan santan segar.(sotong  dan santan yang telah disimpan dalam peti sejuk tak sedap)

    3) Saya masak kepala sotong berasingan dengan badan. Ada juga yang suka memasukkan kepala sotong dalam badannya sebelum diletakkan pengcungkil gigi. Saya perhatikan ramai juga yang tidak suka kepala sotong. Kalau buat kaedah ini, kuantiti pulut kurang dan banyak kepala sotong yang tidak dimakan. sayang…

    Selamat mencuba, so next time gi rumah orang ganu jangan lupa bawa ketupat sotong : )

    Monday, March 18, 2013

    Talam Keladi

    20130311_072327

    Match je warna talam ni dengan warna bunga di piring :) . Saya hanya menunggu occasion untuk buat. Dah seminggu dah keladi tu berada dalam peti serjuk. Ehm.. mahal juga keladi ni. May be bukan musim kot..

    Resepi ni saya ambil dari laman Sinar Kehidupanku. Terima kasih tuan laman kerana berkongsi resepi yang sedap ni. Saya salin kat sini kaedah saya buat ye.  Saya guna talam 9 in X 9 in X 3 in, So tebal sikit talam ni.

    Lapisan Bawah

    • 2 cawan tepung beras
    • 3 sudu besar tepung ubi
    • 1 tsp garam
    • 6 sudu besar gula pasir 
    • 1000 ml santan (saya beli santan pekat dalam dalam RM4.00 – 400ml, saya campur dengan air untuk jadikan 1L)
    • 1 buku keladi dalam 250gm. Saya rasa kalau letak lebih sikit lagi sedap kot. Saya buang kulit, potong dadu kecil, kukus sampai masak.
    Cara-caranya :
    1. Alas loyang dengan plastik, panaskan pengukus.
    2. Dalam blender saya letak 500 ml santan, tepung beras, tepung ubi, gula pasir dan garam. Blend rata. 500 ml lagi saya letak dalam periiuk (Kalau letak semua dalam blender tak cukup nanti adunan tumpah masa blend. Pastikan masuk bahan cecair sebelum masuk tepung.
    3. Masuk bahan blend dalam periuk bersama lebihan santan. Kacau sebati, Masak sehingga naik wap.
    4. Masukkan keladi, kacau rata dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
    5. Masak 25 minit.
    Lapisan Atas
    • 11/2 cawan tepung gandum
    • 250 gm gula halus
    • 3 biji telur gred B
    • 200 ml santan pekat (RM2.00) + 550 ml air
    • sedikit pewarna purple
    • sedikit esen keladi
    • sedikit garam

    Kaedah

    1. Masuk sebahagian santan dalam blender + telur,+ gula + garam + esen, pewarna + tepung (dalam turutan). Blend rata
    2. Dalam periuk masuk lebihan santan dan adunan yang telah diblend.
    3. Masak sehingga naik wap.
    4. Carik sedikit lapisan bawah, Tuang ke atas lapisan bawah
    5. Kukus selama 30 minit.
    20130311_072109

    Satu adunan kuih talam untuk majlis jamuan abah kat ofis…

    Wednesday, March 6, 2013

    Roti Oren

    20130306_074236

    Pagi ni saya dalam misi menghabiskan roti yang dah nak expired. Teringat kat Haqim. Ini adalah salah satu dari kuih kegemarannya yang Haqim kenali sebagai roti oren. Ianya adalah roti yang diisi inti (normally sardin yang saya campur dengan hirisan bawang atau hotdog), dicelup dalam telur yang telah dipukul sedikit dan disalut dengan serbuk roti.

    Amazing, bagaimana kuih yang simple dapat menceriakan suasana. Apalah yang Haqim tengah buat sekarang agaknya?..

    Sunday, February 24, 2013

    Muffin Chocolate and Walnuts

    20130223_113312
    Muffin chocolate anyone? Haqim bertanya bilalah mama nak masak chocolate block dalam petisejuk. Ehm memang agak lama dah chocolate tu duduk diam-diam, so hari ini mama beli telur and butter untuk memenuhi permintaan Haqim. Saya ambil resepi  dari buku ini
    20130223_111752
    Nampak macam sedap je. So bagi yang berminat untuk mencuba muffin ini, this is the resepi.
    Bahan-bahan untuk 12 muffin
    • 110 gm tepung (saya guna superfine) + 1/2 camca teh serbuk pernaik yang saya ayak bersama.
    • 1/2 batang butter
    • 1/2 pack chocolate memasak
    • 220 gm castor sugar + 50 gm gula perang halus
    • 4 telur gred B
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1 camca teh  serbuk koko
    • 1/2 cawan kacang almond yang saya tumbuk kasar
    Kaedah membuat
    1. Panaskan oven suhu 180 C.
    2. Sediakan bekas muffin – 12 bekas
    3. Menggunakan kaedah double boiler, cairkan chocolat dan butter. (saya tiada double boiler, saya letak mangkuk aluminium atas periuk berisi air and it works :) .
    4. Masukkan gula dalam mangkuk adunan. Masukkan chocolat dan butter yang telah cair tadi. Kacau sebati.
    5. Masukkan telur satu persatu sambil dikacau sebati.
    6. Masukkan esen vanilla
    7. Masukkan dan gaulkan tepung dan serbok koko.
    8. Akhir sekali masukkan kacang almond.
    9. Sudukan adunan dalam bekas muffin hampir penuh. (Muffin ini tidak kembang sangat).
    10. Bakar dalam 30-35 minit.
    Selamat mencuba.
    Nota: Satu rumah bau muffin ni sewaktu memasaknya yang menyebabkan Haqim makan 3 biji sebaik sahaja ianya masak !!!!. Ehm that is the environment yang tiada bila beli muffin ni kat kedai Smile.
    20130223_113143

    Saturday, February 23, 2013

    Meatball sos bolognese

    Haqim: Mama, Haqim nak makan spaghetti istimewa hari ini.
    Mama: Okay kuah putih atau merah.
    Haqim: Kuah merah yang best dan sedap sangat..
    Mama: Ehm ada meatball nak? tapi Haqim kena tolong boleh..
    Haqim: Beres..

    1 jam kemudian

    20130222_192910

    Begitulah, Makanan bukan setakat dinikmati. Saya bersyukur Allah beri saya kesempatan untuk berkongsi menyediakan makanan didapur bersama Haqim. Keletahnya kadang kala menghiburkan hati. Begitulah Allah anugerahkan anak sebagai penawar.

    20130222_18503820130222_185927

    He is so proud of the meatball. Comel pulak tu dia membentuk meatball ni Smile. Berkongsi makanan bersama orang yang kita sayang juga satu anugerah dan nikmat yang ramai diantara kita tidak memahami atau merasainya. Syukur Alhamdulillah atas semua anugerah ini kerana kita tidak tahu entah bila samada kita atau orang-orang yang kita sayang ini akan meninggalkan kita. so sementara mereka ada dihadapan mata ni, bersyukur dan nikmatilah kehadiran mereka. I am having fun with my son in the kitchen preparing dinner today. Bagi mereka yang nak mencuba resepi meatball sos bolognese, ini adalah resepinya.

    Bahan-bahan untuk meatball

    • 300 gm daging kisar
    • 1/2 labu bawang besar dicincang halus
    • 3 biji bawang putih (crunch)
    • 1/2 sudu the lada hitam kisar
    • 1/2 cawan serbuk roti
    • Sedikit daun bawang
    • sedikit garam
    • 1 biji telur

    Campur semua bahan. Bulat-bulatkan adunan (ini Haqim yang buat).

    Bahan-bahan untuk sos Bolognese

    • 15 – 20 biji meatball
    • 1 labu bawang besar didadu halus
    • 5 biji bawang putih (crunch)
    • 1/3 biji lobak merah didadu halus
    • 1 biji kentang kecil didadu halus
    • 1/2 sudu garam
    • 2 cawan air
    • 1 botol sos pasta (short cut he he he yap sos Ragu )
    • perisa – garam dan pati ayam

    Kaedah membuatnya

    1. Dalam periuk, campurkan air, bawang besar, lobak, bawang putih dan kentang. Masak seketika dalam 5 minit.
    2. 20130222_184020 
    3. Campurkan sos pasta.
    4. Masukkan bahan-bahan lain kecuali meatball. Biar masak seketika dalam 5 minit.
    5. Masukkan meatball.
    6. 20130222_191131
    7. Lepas masuk meatball kena hati-hati sewaktu mengacau takut meatball pecah. Saya masak lagi dengan api perlahan selama 15 minit. Ok sedia untuk dimakan.
    Selamat mencuba and have fun cooking and sharing the food with our family.