Roti ini terkenal diTerengganu. Sedap dimakan panas-panas dicicah dengan air kopi atau air teh. Mazidah terasa nak makan dan bertanya BM saya boleh atau tidak digunakan untuk masak roti ini. So saya pun cari di Internet resepi roti paung. Ada 4 resepi yang saya download dan print. Ini adalah resepi yang saya cuba hari ini yang asasnya saya ambil dari laman http://perutkenyang.blogspot.com/2011/01/rati-paun-resepi-roti-paun-keluarga.html. Terima kasih kongsi resepi sedap. Saya buat adjustment here and there. So ini adalah resepi yang saya gunakan.
Bahan-bahan
- 6 cawan tepung roti
- 1 3/4 cawan susu segar saya panas kan dalam microwave 1 minit dan kacau sikit. bersama 1/2 cawan gula pasir.
- 1 paket yis (11 g)
- 2 biji telur gred A dipecah dalam mangkuk dan dipukul sedikit untuk memecahkan merah telur
- 2 sudu besar margerin
- sedikit pewarna kuning. (saya tidak berapa suka warna roti ini lepas letak pewarna. Next time saya tak letak kot)
- 4 sudu besar "water roux" (campur 250 ml air + 50 gm tepung gandum, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat, sejukkan sebelum diguna. Lebihnya simpan dalam peti sejuk for future use.) – menggantikan bread stabilizer.
Nota: saya tak guna garam kerana telah ada dalam margerin.
Kaedah membuatnya dengan menggunakan BM.
- Campurkan yis dan gula dalam susu suam. Biarkan 5 minit untuk melihat samada yis ok atau tidak.
- Masukkan telur, campuran susu dan yis, margerin,pewarna dan water roux dalam BM.
- Masukkan tepung dan set untuk buat doh. Saya perasan yang doh ini kurang air sikit. So BM memerlukan pertolongan kita diawal putaran bagi memastikan pisau pemutar boleh berpusing dan menguli. Gunakan spatula untuk ‘mengacau’ tepung dengan air perlahan-lahan. Berhenti apabila putaran roti telah stabil (sebab tu nak beli BM yang sneak windownya besar :) ) Mesin mengambil masa 1 jam setengah untuk menguli dan doh naik kali pertama.
- Bila BM dah berhenti, keluarkan aduanan. Letak tepung dalam talam bulat besar dan uli sedikit adunan ini. Adunan ini sedikit melekit. So saya gunakan tepung untuk membolehkan saya membentuk roti dalam bulatan kecil. Masukkan sedikit margerin atau apa-apa inti yang disukai ditengah-tengah bulatan roti dan susun dalam loyang bulat yang telah disapu margerin serta ditabur dengan tepung. Tutup loyang sewaktu roti ‘dinaikkan’. Saya guna pinggan bulat untuk tutup loyang. Biarkan doh naik dalam 40 minit ke 1 jam.
- Adunan ini menghasilkan 3 dozen roti (1 dozen untuk setiap loyang) Saya buat 2 loyang roti kosong dan 1 loyang dengan inti kacang merah. Banyak untuk kami berdua. Next time kena cari resepi yang separuh adunan ini.
- 10 minit sebelum berakhir masa mengeram :), panaskan ketuhar 200 Celcius.
- Letak sedikit mentega diatas bun sebelum dibakar.
- Bakar roti 18-20 minit. Saya pusingkan loyang lepas 10 minit bagi memastikan roti masak sama rata.
- Keluarkan roti dan sapu permukaanya dengan margerin yang telah dicairkan sewaktu ianya masih panas-panas lagi.
Selamat mencuba. Hopefully, Maz suka dengan roti paung hasil dari BM ini. Saya suka. 2 buku habis sewaktu berbuka puasa. At least saya boleh makan panas-panas dan saya tahu bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan roti ini berbanding dengan roti yang dibeli dikedai.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete