Monday, July 29, 2013

Bread Maker

20130723_151636

New Toy!!! Dah lama berhajat nak beli alat ini tapi tertangguh kerana tak sure whether ianya akan digunakan sepenuhnya. At last beli juga kerana lately kekerapan membeli roti meningkat :). Beli online, Yap online…Suka sebab window untuk melihat kandungan sewaktu roti diuli besar berbanding dengan BM yang lain and harganya pun tak lah mahal sangat. Suka organisasi yang menjual alat ini, very efficient, saya order pagi, esok petangnya jam 3 petang dah sampai. Wow…

So saya pun memulakan aktiviti membuat roti :) …

20130724_04274020130724_201708

Diantara hasil aktiviti. Roti buku paling senang nak buat. Masukkan semua bahan on mesin, siap sebuku roti dalam masa 3 jam..Wow semerbak bau roti dalam rumah.

Mesin ini ada 11 program. Selain dari roti buku, program untuk menguli doh adalah diantara program yang saya kira akan banyak digunakan. Dalam masa 1 jam setengah, tepung untuk roti bun saya dah siap. Saya perlu bulat-bulatkannya, masukkan inti kalau mahu, biarkan naik dalam 40 minit ke 60 minit dan bakar dalam 20 minit. Dah jadi bun manis saya. Suka suka suka. Nampaknya ada banyaklah lagi resepi roti dalam blog ini :).

The toy is a tool. Saya perlu mencari resepi yang sedap pula lepas ini. The journey is officially begin…

0 comments:

Post a Comment