- Skil untuk membaca peta dan mencari maklumat dari Internet is a must disini. Dayah beli peta ini di airport sewaktu tiba UK3.00 dan ambil peta tube (underground train) ini ditempat yang sama. Inilah rujukan kami sewaktu disini. Tambang teksi agak mahal (Convert ke RM lagilah mahal).
- Kami beli kad Oyster UK40.00 untuk kemudahan kami kesana-sini sepanjang perjalanan disini. Service tube amat bail. Kami tidak pernah tunggu lebih dari 5 minit untuk keretapi :). Cuma kena baca dulu keretapi nak kemana sebelum naik. Beberapa kali kami naik keretapi yang salah kerana beberapa syarikat menggunakan jalan keretapi yang sama.
- Berjalan kaki adalah budaya disini. Peta panduan berada dimana-mana.
Circle menunjukkan kawasan dalam lingkungan 15 minit berjalan kaki (yang laju bagi standard kita)
- Suka dengan 6 bin recycle ini. Kebiasaanya kita hanya diberikan 3 pilihan sahaja.
- Naik escalator disini kalau nak berdiri perlu berada disebelah kanan ye sebab disebelah kiri dikhususkan untuk mereka yang nak berjalan / berlari apabila menggunakan escalator :).
- check out barang sendiri di Tesco atau kedai groceries yang lain menggunakan kredit kad.
- Beli sendiri stamp di Oxford University.
- kemudahan penggunaan card termasuk sewaktu membeli tiket keretapi dan check out barang dikaunter. So make sure aktifkan pengeluaran menggunakan kad diLondon sebelum anda keluar negara.
- Bagi pelancong yang membeli belah di London, mereka boleh mendapat tax return sekiranya pembelian melebihi UK30.00 di kedai-kedai tertentu. Tanya penjual mengenail skim tax return ini. Anda perlu mengisi borang dan tuntutan dilakukan diairport sebelum balik.
- Keramahan pemandu keretapi dan pemandu bus dan keretapi melayan kerenah kami yang sering buat muka innocent menakjubkan. Malu bertanya sesat jalan :) .
- Suhu disini dalam 19 C walaupun panas (1hb – 8 hb July). Nyaman tapi sejuk. Subuh dalam pukul 2 pagi. Pukul 3 matahari dah keluar. Maghrib pula bermula pukul 9 malam. Ehm.. Lamanya masa nak berjalan.
- Saya menggunakan Aplikasi Tango dan WhatsApp untuk berkomunikasi dengan keluarga di Malaysia. Dengan Tango boleh buat video capturing. Tapi Internet line dengan Celcom teruknya. Kalau guna Streamyx ok sikit. Waktu call rumah sewaktu bangun sembahyang subuh (dalam pukul 3 pagi. di Malaysia dalam pukul 8 pagi :).
0 comments:
Post a Comment