Hari terakhir kami ke Oxford University yang berada diluar bandar Londan. Kami menaiki National Rail (tambang lebihkurang UK50.00 return ticket). Dari stesen keretapi kami menaiki tour bas tidak berbumbung (tercapai juga hasrat hati nak naik tour bas ni :).
Cantik bangunan-bangunan disini yang saya kira adalah lebih lama dari bangunan di Stanford University.
Sempat beli buku grammar disini untuk sebagai kenangan telah berada disini.
Kebetulan sewaktu kami disini sedang diadakan majlis konvokesyen. Loceng church tidak berhenti berbunyi,
Kami datang pada hari sabtu dimana terdapat satu market ditengah universiti ini. Ramainya orang. Disamping keluarga mereka yang menghadiri konvokesyen, terdapat juga berbagai-bagai lawatan sekolah pada hari ini. Jauh berbeza dengan suasana universiti di Malaysia yang agak sunyi dihujung minggu :).
0 comments:
Post a Comment