Tuesday, July 2, 2013

London 2013 Perjalanan

Alhamdulillah dimurahkan rezeki, kami berpeluangmelawat salah satu bandar yang memang telah lama saya berangan untuk menjejakkan kaki. Datang untuk membentang kertas kerja Phd disamping mengambil kesempatan untuk melawat 2 universiti terkenal didunia iaitu Cambridge and Oxford. Sambil tu boleh jugalah berjalan jalan di bandar yang terkenal ni

20130630_175416

20130630_175623

20130701_034707

Pergi dengan Mazidah dan Hidayah, kami memulakan perjalanan menggunakan Etihad Airline dari KLIA ke Abu Dhabi yang menambil masa 7 jam, transit diairport selama 3 jam dan menyambung perjalanan dengan menggunakan airline yang sama for another 6 jam sebelum tiba di Heathrow  Airport. Memulakan perjalanan pukul 6.30 pagi di Dungun dan tiba diLondon keesokkannya pukul 10 pagi waktu London. Letihnya tapi looking forward for the journey

20130701_154054

Nota: Untuk makluman kos membalut bag adalah RM9.00 sebuah di KLIA. Suspense juga takut nanti orang  letak apa-apa dalam poket bag. So selain dari dikunci semua bag kami dibalut kemas dengan plastik. Bag tidak dibuka di London tapi perlu diimbas. Barisan untuk immigration check in panjangnya. Ramainya orang di airport ni.

0 comments:

Post a Comment