Tuesday, July 2, 2013

London 2013 - Cambridge University

Siapa tak kenal universiti ini yang menjadi impian sarjana sarjana akademik. Namun kriteria akademik untuk mendaftar diuniversiti ini terlalu tinggi disamping fees  yang agak  tinggi. Kami teruja untuk mengetahui suasana di Universiti ini. Universiti ini terletak diluar bandar London. Kami perlu menaiki tube dari South Kensington Ke King’s Cross dan menaiki keretapi national ke Cambridge (UK34 return ticket) perjalanan mengambil masa 1 jam lebih kalau tak perlu tunggu keretapi. Nasib kami baik kerana sebaik saja sampai di stesen, keretapi akan bertolak ke Cambridge.Dayah mesti tersenyum melihat kami berlari mengejar keretapi :) . Cuma bila masuk keretapi kami terkejut. Sememangnya kami berada dikeretapi yang betul.

. 20130701_235109

Hanya kami yang tidak membaca sesuatu sebab kami berdiri dan kalau kami pegang sesuatu pasti kami jatuh kerana tak biasa naik keretapi (malu juga sebenarnya)  

20130702_004339
Universiti ini mewakili satu perkampungan sebenarnya.
 
20130702_011214
Kami redah naik bus ke City Center didalam university ini. We were amazed dengan kecantikan bangunan dalam kampus ini dan suasana kampus itu sendiri. Seperti bandar kecil dengan semua kemudahan ada dalam kampus. Bangunan yang kebanyakkannya dibina lebih 200 tahun dahulu masih utuh dan sebahagiannya masih digunakan. Kami amazed dengan pergerakkan dalam kampus yang sentiasa laju.  Tidak banyak kereta. Kebanyakkannya menggunakan basikal atau pengangkutan awam bus, bus dua tingkat atau taxi.
 
20130702_011800
 
20130702_012455
 
20130702_012830
 
20130702_013529
 
20130702_014353
 
20130702_015558
 
Kami sempat melayari terusan yang mengelilingi universiti dengan menggunakan perahu. Satu pengalaman yang menarik bagi saya. Terima kasih Dayah yang ingin sangat naik perahu ni lepas tu kami suspense sepanjang perjalanan :) takut jatuh tapi pemandangan sepanjang ‘terusan’ buatan ni cantik.
 
20130702_020827
 
20130702_021045
 
20130702_021106
 
20130702_021132
 
20130702_021146
 
20130702_021314
 
20130702_023945
 
Mungkin kami tidak dapat melihat dari segi strategi dan pengurusan kampus tetapi suasana kampus ini sememangnya melayakkannya untuk dikenali sebagai universiti unggul. Letih dalam perjalanan tapi saya seronok.

0 comments:

Post a Comment