Haqim: Mama, Haqim nak makan spaghetti istimewa hari ini.
Mama: Okay kuah putih atau merah.
Haqim: Kuah merah yang best dan sedap sangat..
Mama: Ehm ada meatball nak? tapi Haqim kena tolong boleh..
Haqim: Beres..
1 jam kemudian
Begitulah, Makanan bukan setakat dinikmati. Saya bersyukur Allah beri saya kesempatan untuk berkongsi menyediakan makanan didapur bersama Haqim. Keletahnya kadang kala menghiburkan hati. Begitulah Allah anugerahkan anak sebagai penawar.
He is so proud of the meatball. Comel pulak tu dia membentuk meatball ni . Berkongsi makanan bersama orang yang kita sayang juga satu anugerah dan nikmat yang ramai diantara kita tidak memahami atau merasainya. Syukur Alhamdulillah atas semua anugerah ini kerana kita tidak tahu entah bila samada kita atau orang-orang yang kita sayang ini akan meninggalkan kita. so sementara mereka ada dihadapan mata ni, bersyukur dan nikmatilah kehadiran mereka. I am having fun with my son in the kitchen preparing dinner today. Bagi mereka yang nak mencuba resepi meatball sos bolognese, ini adalah resepinya.
Bahan-bahan untuk meatball
- 300 gm daging kisar
- 1/2 labu bawang besar dicincang halus
- 3 biji bawang putih (crunch)
- 1/2 sudu the lada hitam kisar
- 1/2 cawan serbuk roti
- Sedikit daun bawang
- sedikit garam
- 1 biji telur
Campur semua bahan. Bulat-bulatkan adunan (ini Haqim yang buat).
Bahan-bahan untuk sos Bolognese
- 15 – 20 biji meatball
- 1 labu bawang besar didadu halus
- 5 biji bawang putih (crunch)
- 1/3 biji lobak merah didadu halus
- 1 biji kentang kecil didadu halus
- 1/2 sudu garam
- 2 cawan air
- 1 botol sos pasta (short cut he he he yap sos Ragu )
- perisa – garam dan pati ayam
Kaedah membuatnya
- Dalam periuk, campurkan air, bawang besar, lobak, bawang putih dan kentang. Masak seketika dalam 5 minit.
- Campurkan sos pasta.
- Masukkan bahan-bahan lain kecuali meatball. Biar masak seketika dalam 5 minit.
- Masukkan meatball.
- Lepas masuk meatball kena hati-hati sewaktu mengacau takut meatball pecah. Saya masak lagi dengan api perlahan selama 15 minit. Ok sedia untuk dimakan.
0 comments:
Post a Comment