Abah nak gi rumah Mak Da. Saya melihat barang-barang didapur untuk buat kuih sebagai buah tangan. Mula-mula terasa macam nak buat kuih lapis coklat, tapi terlupa kat mana letak koko. Perasan ada labu sebiji, so saya cuba buat bingka labu ni. Sedap. Mak Da suka, abah makan 4 potong, emak makan 6 potong, Haqim request nak bawa gi sekolah. Resepi asalnya saya ambil dari laman Pn Yatie disini. Terima kasih kongsi resepi. Ini adalah kaedah yang saya gunakan untuk buat kuih ini. Saya ubah sikit-sikit ye dari resepi asal.
Bahan-bahan
- 1 biji labu manis dalam 1kg. (Dikupas kulit, buang biji, dadu kiub dalam 1” each dan dikukus. Saya lecek dan tapis air labu tadi)
- 2 biji telur
- 1 kotak santan + 1 cawan air
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (ala-ala pie labu gitu)
- 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu besar minyak jagung
- sedikit bijan
Kaedah membuatnya
- Panaskan oven pada suhu 280 C (ini suhu oven saya yang sama dengan 200 C), lenser loyang (8in X 8 in) dengan mentega, panaskan sebentar (dalam ketuhar).
- Satukan semua bahan kecuali labu dan bijan dalam blender. Blend sebati – senang buat kuih ni
- Tuangkan dalam mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
- Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
- Taburkan bijan atas kuih.
- Bakar selama 50 minit dengan menggunakan api bawah sahaja.
- Bakar dalam 10 minit lagi dengan menggunakan api atas dan bawah.
- Biarkan kuih sejuk barulah di potong.
Nota: Petua dari Mak Da – biji bijan disangai atas api sebentar sebelum ditabur atas kuih bagi membangkitkan bau bijan. (Ehm next time kita cuba ye)
Selamat mencuba…
Soalan cepu mas – Apa beza bingka dan talam ?????
Update – 8/3/2013
Haqim : Mama, kawan Haqim suka kuih kuning yang mama buat dulu, boleh buat lagi?. Haqim dapat makan 1 aja masa tu. Yang lain-lain kawan makan
Wah. music to any chef ears bila masakannya digemari. So sebelum Haqim balik, mama buatkan satu loyang kali ni untuk menjamu rakan-rakan satu dorm.
Hmm..Kali ni saya cuba pertua dari laman Mat Gebu yang mencadangkan agar loyang dialas dengan aluminium foil bagi memudahkan kuih dikeluarkan dan tidak sukar untuk membasuh loyang which I agree 100% and the tip work. Terima kasih pada tuan punya tip.
Satu bekas untuk Haqim, satu bekas untuk nenek..
0 comments:
Post a Comment