Friday, February 22, 2013

Spaghetti ala carbonara

Masakan yang mesti ada bila bila Haqim balik ialah Spaghetti. Haqim adalah peminat spaghetti mama Smile. Hari ni mama masak spaghetti ala carbonara yang dimakan bersama meatball with tomato sos ala-ala kuah bolognese. Rasanya tekak orang Melayu tak leh gi kalau makan spaghetti carbonara by itself Winking smile.  Resepi Meatball with tomato sos is written here.

These are our dinner tonight.

20130222_19291520130222_192910

After half an hour ini sahajalah yang tinggal untuk ulangan oleh Haqim pukul 10 malam nanti (upon request)

20130222_200241

Both of them sedap.Haqim kata sedapnya mama tak terhingga – Pandai anak mama ambil hati..I ‘ll remember that statement Be right back. Bagi yang berminat untuk buat spaghetti ala carbonara ini adalah resepi yang saya gunakan.

Bahan-bahan

  • 3/4 packet spaghetti
  • 3 sudu besar olive oil
  • hirisan daging ayam ( original resepi guna bacon )
  • 2 tangkai cili kering digunting kecil
  • 1/2 labu bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – crunch
  • 1 biji telur
  • 1 genggam cheese (saya guna mozarella, saya tak berapa suka banyak cheese)
  • sedikit garam dan lada hitam

Kaedah membuat

  1. Panaskan air dalam periuk, masukkan 2 sudu besar garam dan 1 sudu besar olive oil, biarkan mendidih sebelum masukkan spaghetti (saya guna 3/4 packet untuk keluarga 4 orang. 1 packet saya rasa banyak sangat)
  2. Sementara tunggu spaghetti lembut (dalam 15 minit), panaskan 2 sudu besar olive oil dalam kuali besar (cukup untuk gaul spaghetti nanti). Tumis bawang, bawang putih, chili kering dan hirisan daging ayam. Biarkan seketika sehingga bawang lembut dan ayam masak (jangan sampai keras). Tutup api.
  3. Dalam manggkuk, pecah telur, pukul sedikit dengan menggunakan whisker dan masukkan cheese.
  4. Once spaghetti masak, tapis air rebusan, masukkan spaghetti dalam kuali ayam tadi dan letak adunan telur. Dengan segera kacau spaghetti dengan bahan-bahan lain. Telur akan masak dari kepanasan spaghetti tadi.
  5. Perasa dengan garam dan lada hitam.

Sekali-sekala ubah selera makan spaghetti carbonara sedap juga. Kalau rebus sahaja, rasanya agak plain dan muak. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment