Tergoda tak tengok kuih ni. Hari ni nak gi ambil Haqim. So buat kuih yang dia boleh makan dalam kereta on the way balik. Haqim suka kuih lapis. So mama buatkan kuih lapis koko ni pagi tadi. Saya tak ingat dari laman mana saya salin resepi ini, saya harap tuan punya laman benarkan saya berkongsi pengalaman saya disini. Yang pastinya kuih ni sedap. Masa buat nampak macam pekat je, tapi bila dah masak okaylah, boleh buka lapisan lagi satu persatu. Sekejap saja nak buat kuih ni sebab adunannya sedikit. Saya menggunakan bekas corning 6” X 6 in.
Bahan A
- 1 cawan santan pekat (yang beli kat kedai santan tu dalam RM2.00) + 1 cawan air
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan gula pasir
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung kastad
- 1 sudu teh garam
Bahan B
- 2 sudu makan serbuk koko (resepi asal letak 1 sudu makan koko dan 1 sudu makan pes koko)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- 1/4 cawan air suam
Bahan C
- 1/4 cawan air suam
Kaedah nak buat
- Panaskan pengukus. Alas loyang dengan plastik dan letak sedikit minyak.
- Satukan semua bahan B, kacau hingga sebati
- Blend semua bahan A. Bahagi adunan kepada 2 bahagian (Dalam 1 1/2 cawan setiap satu). Satu adunan dicampurkan dengan Bahan B dan 1 bahagian dicampur dengan Bahan C.
- Ambil 1/2 cawan adunan putih dan tuang dalam bekas kukusan. Kukus selama 5 minit. Ulang berselang seli dengan adunan koko – Ada 6 lapisan semuanya (3 putih dan 3 koko).
- Bagi lapisan yang akhir, alas penutup kuih dengan kain dan kukus 10 minit.
- Sejukkan sebelum memotong.
Hopefully Haqim suka kuih ni sebagaimana mama sukakannya . Bagi yang lain selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment