Wednesday, February 20, 2013

Salad Sengkuang Cina

20130219_195150

Ada banyak lebihan sengkuang cina selepas buat kuih tako tempoh hari. So hari ini saya buat salad ringkas ni. Not bad sedap juga. So kalau ada yang berminat untuk mencuba ini adalah resepinya.

Bahan-bahan untuk sepiring salad (for 2 person)

  • 3 biji sengkuang cina, dikupas dan dipotong dadu kecil (besar sikit dari dadu sewaktu buat kuih tako)
  • 1/2 biji tomato dibuang kulit dan didadu kecil
  • 1/3 biji timun, didadu kecil
  • 1/3 biji lobak merah, dibuang kulit dan didadu kecil
  • 2 biji bawang merah dihiris (Malaysian taste :) ..ha ha)
  • 1 biji  bawang putih (crunch atau ditumbuk)
  • 1/2 camca teh  serbuk lada hitam
  • 1 camca besar olive oil
  • 1 camca besar air lemon (saya guna Sungkist perisa lemon)
  • sedikit daun salad untuk hiasan (dan untuk dimakan juga)

Kaedah saya buat

  1. Gaulkan lobak merah dan bawang merah. Microwave 1 minit.
  2. Campur semua bahan kecuali daun salad dan gaul sebati.
  3. Susun daun salad dalam piring dan hidangkan salad dalam piring tersebut.

0 comments:

Post a Comment