2 hari lepas abah tanya, cuba buat kuih yang tidak manis. Sudah lama nak buat kuih ini. At last saya berkesempatan untuk mencuba resepi kuih ini.
Sedap kuih ini. Bagi yang berminat ini adalah kaedah saya membuat kuih lapis roti berinti ni
Bahan-bahan untuk inti
- 1 biji kentang kecil didadu kecil
- 200 gm daging kisar (saya guna ayam kisar, saya rasa daging kisar lagi sedap kot)
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang didadu kecil
- 1/2 biji cili merah dicincang
- 1 sudu besar udang kering
- 11/2 sudu besar kari
- 1/2 biji lobak didadu kecil
- 1/2 cawan air
- sedikit garam
- sedikit daun sup dan daun bawang
Kaedah untuk buat inti
- Tumbuk (kisar) bawang putih dan udang kering.
- Panaskan minyak, tumis campuran udang kering, bawang putih, bawang merah dan serbuk kari.
- Masukkan kentang, lobak dan air. Biar mendidih seketika.
- Masukkan garam dan gaul sehingga kering.
- Sebelum diangkat, masukkan daun sup, daun bawang dan cili merah yang dicincang. Gaul rata dan angkat dari api.
Bahan untuk lapisan roti.
- 10-12 keping roti putih (bergantung kepada saiz)
- 400 ml susu segar
- 3 biji telur
- sedikit garam
- sedikit keju kisar
Kaedah membuat kuih
- Panaskan ketuhar (Oven saya 180 Celcius )
- Lenser loyang dengan margerin (Saya cadangkan guna loyang yang tidak melekat)
- Satukan susu segar, telur, garam dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata (Jangan terlalu lama nanti telur kembang)
- Carikkan 6 keping roti, rendam sebentar dalam mangkuk mengandungi campuran susu dan roti, susun dalam loyang sehingga habis.
- Lapis inti daging atas lapisan roti. Ratakan.
- Carikkan 6 keping roti lagi dan ulang langkah 4 diatas lapisan inti.
- Taburkan keju diatas lapisan roti.
- Bakar dalam ketuhar 30-45 minit sehingga masak.
Kuih akan naik sedikit semasa memasak, tetapi ia akan turun kembali selepas dibawa keluar dari ketuhar. Inilah dinner kami malam ni : )
Selamat Mencuba.
0 comments:
Post a Comment