Sekiranya direnungkan ibadah ini banyak faedahnya. Selain dari bersyukur dan mengucapkan terima kasih diatas rezeki yang dikurniakan Allah sepanjang tahun, ibadah ini juga bertujuan untuk ‘membersihkan’ rezeki yang diterima dari perkara-perkara yang tanpa kita sedari kemunkinan terambil melebihi dari hak yang diperuntukkan kepada kita. Lebih dari itu, ibadah ini merapatkan hubungan ukuwah sesama masyarakat uitm amnya dan juga sanak saudara.
Tahun ini saya bawa Haqim agar dia mengerti kenapa ibadah ini dilakukan (hopefully)
Semoga ibadah kami diterima.
Sempat membantu rewang untuk makan tengahari.
Mungkin tak ramai yang tahu sup yang dimakan pada hari tersebut dimasak oleh Tuan Rektor. Dari mula menghidupkan api sehinggalah ianya masak.
Haqim pun nak posing juga. Dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki insyaAllah tahun depan bertemu lagi dimajlis yang serupa Ameen….
0 comments:
Post a Comment