Haqim browse Internet. Dia jumpa article macamana nak buat pop corn guna periuk Noxxa. So kami pun buat lawatan mencari biji popcorn. Jumpa kat pasar Dungun ye…
Memanglah mudah. Resepi saya dapat dari group dapur noxxa
Langkah 1 – buat pop corn
- On periuk noxxa, set kepada stir fry
- Masukkan 2 sudu minyak masak dan 2 sudu marjerin / mentega
- Bila dah cair mentega, masukkan pop corn dalam 2 gengam
- Off stir Fry
- Tutup periuk set kepada Pressure dan set HP 3 minit
- Once completed, keluarkan pressure
- Pop corn dah siap, Ubah ke bekas lain
Langkah 2 – Sediakan Caramel
- On periuk noxxa, set kepada stir fry
- Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 2 sudu marjerin / mentega
- Bila dah cair mentega, masukkan 2 sudu gula dan 2 sudu madu
- Off periuk,
- Masukkan kembali pop corn dan kacau.
p/s tak habis haqim makan .. esoknya bawa ofis..
0 comments:
Post a Comment