Dah terlanjur saya di Shah Alam, melalui internet, saya melawat kebun Fig Mak Tam di Jalan Pinggiran 3/3, Kajang di pinggir Putra Jaya. Blog Mak Tam di http://www.pokokbuahtin.com meberi inspirasi dan mengamit saya untuk menimba ilmu dengan mereka. Sedikit info mengenai mereka yang saya ambil dari blog tersebut
Kami tersesat ke Sri Kembangan kerana ada surau lain yang namanya Surau Al Ikhlas . So make sure copy sampai perkataan Desa Pinggiran Putra bila guna waze untuk kerumah mereka
Sampainya kami disana seronoknya melihat pokok-pokok tin dan sarang-sarang kelulut yang berada dihadapan rumah mereka.
Sempat juga mendapatkan tunjuk ajar bagaimana nak tanam dan jaga pokok Fig dari Pak Tam.
Pak Tam ajar untuk guna baja ni yang dibancuh 1 sudu teh bersama 2 liter air untuk disiram kepokok selang sehari dan baja kopi seminggu sekali.
Sempat lagi menggali anak pokok Air Mata Pengantin dan dihadiahkan poko tin ni.
Terima kasih Mak Tam dan Pak Tam (sukar untuk saya panggil Mak dan Pak kerana rasanya usia kami sebaya je dengan mereka..) Benarlah menanam buah ini menemukan kami dengan rakan-rakan yang baru. InsyaAllah nanti saya update perkembangan pokok yang kami beli tadi.
0 comments:
Post a Comment