Bangun pagi teragak nak makan pulut kuning (teringat kat pulut kuning emak . Tak pelah kita masak guna periuk noxxa ..
Dalam setengah jam siap. Rendang ayam pun guna periuk noxxa juga masak mlm semalam..
Ini kaedah untuk buat pulut kuning
- Rendam 2 cawan pulut dengan air, dua sudu kecil serbuk kunyit dan 2 keping asam keping selama 15 minit. (boleh mandi dulu etc)
- Masukkan beras, sedikit garam dan 2 helai daun pandan dalam periuk noxxa. Air paras pulut (jangan lebih nanti lembik)
- On HP selama 7 minit. Dah tamat, keluarkan pressure.
- Gaul dengan santan (saya guna dalam RM1.00)
- Biar dalam mode warm lebihkuran 5 minit. Siap…
Wah suka suka suka…
p/s
- Saya perasan lepas on dapur dalam mod HP kena tunggu several minutes (lebih kurang 2 minit) sebelum masa mula dikira) So kalau set kepada HP 7 minit, masa memasak lebih kurang 9 minit.
0 comments:
Post a Comment