Monday, February 27, 2012

Umrah dan Ziarah 2012

Alhamdulillah dimurahkan rezeki dapat kami menunaikan umrah dan ziarah pada tahun ini. InsyaALLAH catatan umrah akan saya coretkan sekembalinya kami ke Malaysia 5 march nanti.

Update 11/3/2012

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Malaysia pada 5/3/2012, jam 1 tengahari. Inilah salah satu pengalaman yang amat berharga dalam hidup ini. Berikut adalah beberapa pengalaman yang ingin saya kongsi bersama pembaca, moga-moga pengalaman saya dapat menjadi panduan untuk mereka yang akan kesana. Namun, pengalaman setiap tetamu di bumi Allah pastinya berbeza. So apa yang saya catatkan disini adalah pengalaman saya yang lalui besama keluarga dan ahli rombongan Rayhar mengerjakan umrah dari 20/2/2012 ke 5/3/2012.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 14, 2012

Kuih Bantal

20120213_180251

Itulah nama kuih ini yang diajar oleh emak. Kuih kegemaran kami sekeluarga tapi tidak menjadi kegemaran Abah dan Haqim. So saya jarang buat kuih ini dirumah. Entah kenapa petang tadi teragak nak makan. Kuih ini mengamit kenangan sewaktu bersekolah dulu, setiap kali emak buat kuih ini sampai 1 kilo tepung digunakan dan paling kurang 10 biji telur ayam. Kuih ini masih dibuat oleh emak setiap kali anak-anaknya datang berziarah. Saya dokumenkan kaedah untuk buat kuih ini untuk tatapan anak-anak saudara.

Bahan A – kulit

  • 3 cawan tepung.
  • 3 sudu mentega dicairkan
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1 biji telur.

Kaedah : Campur semua bahan kecuali air yang perlu ditambah sedikit-sedikit sambil diuli sehingga menjadi seperti kulit karipap. Nota: saya tidak letak garam sebab mentega kebiasaannya telah masin sedikit dan inti telur juga ada garam.

20120213_174333

Tepung yang telah siap diuli dan dibahagi-bahagikan dalam segenggam setiap bahagian.

Bahan B – Inti.

  • 3 biji telur
  • 1/2 biji bawang besar (saya suka guna bawang Holland)
  • Sebiji cili merah dihiris halus
  • sedikit daun kucai dan sedikit taugeh.
  • sedikit garam.

Kaedah: Pecahkan telur dalam bekas, masukkan semua bahan dan pukul telur sedikit (2-3 minit – Ini tugas Haqim)

20120213_174320

Bahan C -

Kaedah:

Panaskan minyak untuk menggoreng. Tepung dicanai sehingga nipis dan diletak dalam mangkuk sedang. Masukkan inti sedikit dan cantumkan tepung. Goreng kuih sehingga masak. Siaplah lagi yang saya boleh harapkan untuk membantu Smile.

20120213_174329

Inilah kuih yang telah dimasak dan dipotong kecil-kecil agar ianya cepat sejuk dan mudah untuk diambil. Sedap dimakan dengan sos cili manis.

20120213_175437

Selamat mencuba

Wednesday, February 8, 2012

Under water world Langkawi

20120204_170620

Allahu Akbar Subhanallah, hanya itu yang mampu saya ucapkan apabila menyaksikan kebesaran Allah mencipta makhluk-makhluk ini yang mampu bergerak bebas dengan kuasanya. Sesungguhnya, kecangihan alat eletronik tidak dapat capture suasana dan perasaan saya sewaktu menyaksikan kehidupan makhluk-makhluk ini.

2012-02-04 16.44.15

2012-02-04 16.44.06

2012-02-04 16.06.46

Kehadiran kami disambut oleh burung-burung yang cantik ini (hidup ye bukan replika).Di ikuti dengan berbagai-bagai spesis ikan dalam kolam aquarium yang besar.

2012-02-04 16.04.182012-02-04 16.10.292012-02-04 16.15.30

Haqim suka sangat main dengan anak penguin, tanpa menghiraukan pengunjung lain. Sudah lama saya tidak menyaksikan Haqim riang sebegitu.

2012-02-04 16.20.54

Wah!!! anak mama bercita-cita nak ke Antartika ke?

2012-02-04 16.29.03

2012-02-04 16.45.262012-02-04 16.47.20

Unfortunately, Samsung Note habis bateri sebab guna GPS sewaktu datang ke sini, tak banyak gambar yang saya capture. Video capture menggunakan Samsung Tab juga tidak menjadi. Nevertheless, this is one of the trips yang akan terpahat manis dalam memori ingatan saya.

Tuesday, February 7, 2012

Trip to Langkawi

Not sure when was the last time saya ke Langkawi. Semalam selepas habis program abah, kami memasuki Pulau Langkawi bersama sama lautan manusia (tak perasan cuti lama terutamanya di negeri yang mana cuti umum adalah hari Ahad bersambung dengan cuti Maulud Nabi dan Cuti Thaipusam. Kami menaiki feri jam 11 pagi dan tiba dalam pukul 12 tengahari.

20120204_10450120120204_104546

Gambar dalam feri. Sempat juga tengok movie Jonny English. Ok juga cerita ini tapi tak sempat habis, nak cari movie ni untuk download Smile.

Kami menginap di MyHotel. Okay juga hotel ini yang kedudukannya hanya walking distance dari bandar Kuah.

20120205_08213220120205_082251

20120205_08231920120205_082405

Such a short trip, so kami sempat ke Under Water World and shopping sedikit kat pekan Kuah untuk keluarga dan rakan-rakan.

2012-02-04 22.22.01

Thank you Abah bawa kami ke trip ini…

 


Published with Blogger-droid v2.0.4