Tuesday, March 13, 2012

Bersedekah

Selain dari sembahyang, kita juga digalakkan untuk bersedekah di bumi Madinah dan Mecca. Saya melihat aktiviti bersedekah dari beberapa segi.

1) Selepas sembahyang lima waktu, instead of bangun dan berasak-asak untuk keluar dari masjid dan menunggu dibarisan yang panjang untuk makan tengarahi (selepas zohor) / makan malam (selepas isya’), luangkan masa dalam 10 minit untuk membaca Yassin dan disedekahkan kepada aruah ayah/ibu, adik beradik, guru dll. InsyaAllah pahala mengaji di rumah Allah berganda-ganda dari di tempat lain. Alfatihah untuk ayah, ayah chik dan Azmi. Moga Allah golongkan mereka dalam golongan orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat dariNya..Ameen.

2) Saya dimaklumkan, kali pertama kita buat umrah / haji hukumnya wajib. Kali kedua dan berikutnya adalah sunat. Boleh juga kita badalkan umrah / haji untuk orang yang telah meninggal dunia (yang hidup tak boleh ye). But before kita berniat badal haji, kita perlu tahu samada mereka telah buat haji/umrah atau belum. Badal haji/umrah adalah untuk mereka yang belum buat haji/umrah. Sekiranya sudah, kita buat umrah untuk diri sendiri dan sedekahkan pahala umrah tersebut kepada mereka.

3) 20 tahun dahulu, terdapat ramai peminta-peminta sedekah dihalaman masjid yang meminta sedekah dari jemaah yang datang ke Madinah / Mecca. Kini kita sukar melihat peminta sedekah di hadapan masjid. Nevertheless, bersedekahlah kepada pekerja-pekerja dimasjid yang rata-ratanya adalah dari rakyat Indonesia dan Bangladesh.

20120303_0845284) Sekiranya anda mahu bersedekah quran di Masjid, belilah dari ustaz /mutawil anda. Alqurannya ada cop tertentu yang menandakan Alquran tersebut bukannya Alquran tiruan. Saya melihat di Madinah, pekerja masjid membelek setiap AlQuran dimasjid dan mengasingkan Alquran yang disuspek tiruan.

 

 

20120222_204258

5) Prof Dr Kamil dan Pn Roza. Blog-blog mereka Kehidupan Ringkas tapi Significan dan Hidup itu indah  sedikit sebanyak mempengaruhi kami dalam kehidupan seharian. Inilah blog-blog yang akan saya buka setiap hari. Syukur saya dapat berjumpa dengan mereka dan kami serahkan sebahagian dari sumbangan rakan dan keluarga untuk kami ke sini bagi tujuan pembinaan masjid di Somalia (sila lihat blog Prof Dr Kamil), yang kami kira akan lebih dimanafaatkan disana.

6) Saya membawa gula-gula kemasjid untuk menghilangkan rasa mengantuk and end up memberi gula-gula tersebut kepada anak-anak yang berada disana bersama ibu-ibu mereka. Selepas beberapa hari, saya pastikan ada gula-gula dalam beg setiap kali ke masjid. Suka melihat anak-anak yang gembira apabila dapat pemberian walaupun sekadar satu gula-gula (Nota: Mohon izin dari ibu mereka sebelum memberi gula-gula kepada mereka).

7) Sesungguhnya rezeki dan rahmat Allah itu perlbagai. Seringkali ada jemaah yang menghulurkan kurma / makanan dimasjid sebagai sedekah, walaupun kuantitinya sedikit tetapi keikhlasan hati mereka memberi membuat saya terharu.

0 comments:

Post a Comment