Apakah pengalaman yang paling berkesan dalam perjalanan umrah yang lepas? Pengalaman bertawaf dan bersembahyang dihadapan kaabah bersama suami dan anak amat menyentuh hati saya.
Terima kasih Allah kerana memberikan rezeki untuk saya datang ke rumah mu dan merasai detik bahagia bersembahyang bersama keluarga dihadapan Kaabah mu.
Ya Allah, saya bawa Haqim mengadapmu agar dia mengerti siapa Tuhannya dan saya harap dia akan terus menjadikan islam sebagai cara hidupnya, menjadi anak yang soleh dan menjadi salah seorang insanmu yang berbakti kepada agama, negara dan bangsanya. Semoga perjalanan kami ini akan menjadi titik permulaan kearah pembentukan peribadi yang lebih baik dimasa hadapan. Inilah aktiviti keluarga yang amat berkesan dalam hati kami. Perjalanan ini juga sedikit sebanyak merapatkan hubungan abah dan Haqim yang bersama hampir setiap waktu.
Saya juga melihat budaya masyarakat Arab dalam topik sembahyang jemaah. Samada lelaki atau wanita, saya perhatikan aktiviti lain terhenti apabila tiba waktu sembahyang. Kedai-kedai ditutup dalam sekelip masa apabila azan berkumandang. Saya juga menyaksikan satu kelaziman bagi setiap keluarga membawa anak-anak samada kecil atau dewasa ke masjid untuk bersembahyang. Malah di Madinah, disediakan ruang untuk ibu-ibu bersama anak-anak yang agak luas. Secara tidak lansung, anak-anak membesar dalam suasana sembahyang berjemaah dimasjid.
Situasi ini berbeza dengan keadaan di Malaysia. Saya masih ingat, satu ketika ada kanak-kanak yang menangis sewaktu ibunya sedang sembahyang jemaah. Selepas sembahyang ada hamba Allah yang membuat pengumuman agar ibu-ibu menjaga anak-anak agar tidak menganggu jemaah yang lain. Pastinya ibu tersebut tidak akan datang berjemaah lagi atau tidak membawa anak-anaknya ke masjid lagi selepas itu. Anak-anak lelaki hanya mula dibawa ke masjid apabila mereka telah berusia 9 tahun keatas, Itu pun untuk sembahyang Jumaat. Siapakah yang patut disalahkan sekiranya anak kita tidak mahu ke masjid apabila mereka dewasa? atau hanya menganggap sembahyang jemaah hanya pada hari Jumaat dan hari raya sahaja. Begitulah perbezaan antara 2 budaya walaupun menganut agama yang sama.
Dalam aspek keluarga, saya juga melihat ramai pasangan-pasangan yang meniti usia besama-sama ke masjid untuk sembahyang. Ya Allah, saya harap situasi yang sama berlaku kepada hambamu ini Ya Allah. Biarlah kami meniti usia yang tinggal bersama-sama dalam keadaan yang harmoni ya Allah.
0 comments:
Post a Comment