Pada hari pertama saya di Madinah, saya ke masjid 15 minit sebelum masuk waktu suboh. Apabila masuk ke masjid, saya terperanjat kerana jemaah telah mula meletak sejadah di ruang jalanan yang memberi maksud ruang hadapan telah penuh. Saya tiada pilihan melainkan bersama dengan mereka diruang jalanan berhampiran dengan air zam-zam. Tiada salahnya bersembahyang disitu, tapi ianya sesak, ruang untuk sembahyang amat kecil (maklumlah saya besar), jemaah lalu lalang dihadapan anda sewaktu sembahyang sunat, anda perlu bangun segera selepas sembahyang kerana jemaah berebut pula untuk keluar, nanti anda kena marah atau dilanggar. Saya tidak rasa Allah menjemput saya ke rumahnya untuk berada dalam keadaan yang tidak selesa untuk sembahyang. Waktu berikutnya saya hadir dimasjid 1 jam sebelum waktu sembahyang dan terus keruang kiri tempat sembahyang wanita tanpa anak kecil (bersempadan dengan ruang keluar bagi jemaah wanita yang melawat Raudah). Perlu berjalan jauh sedikit, tapi alhamdulillah ruang sembahyang ini saya boleh katakan jauh lebih selesa dari sembahyang dijalanan. Cuma bezanya, setengah jam sebelum waktu sembahyang anda mungkin tidak dapat ke tempat tersebut kerana sudah kena ‘blok’ dengan jemaah yang menjadikan ruang jalanan sebagai tempat sembahyang. Syukur Alhamdulillah, disitulah saya bersembahyang dengan selesa sepanjang berada di Madinah.
Pengalaman diMadinah mengajar saya untuk mencari ruang sembahyang yang selesa di Masjidil Haram Mecca. Hari pertama saya mencari ruang di bahagian bawah masjid, namun ruang bawah sentiasa penuh. Tambahan pula saya tidak dapat melihat kaabah kerana ruang wanita dibahagian bawah berada dibelakang ruang sembahyang lelaki. Ruang dihadapan kaabah yang dikhususkan untuk wanita terlalu sedikit. Hari kedua saya ke tingkat 1 melalui tangga di pintu 1 (King Abdul Aziz). Ruang dihadapan tangga ini juga penuh. Somehow saya ke kiri menghala ke bangunan tambahan.
Ehm..banyak ruang disini tapi tak nampak kaabah. Akhirnya lebih kurang 200 langkah dari pintu tadi (berhampiran pintu Umra’) saya temui bahagian sembahyang wanita yang majoriti jemaahnya adalah penduduk tempatan (berdasarkan tiada alas kasut, bag yang mereka bawa dan anak-anak yang turut serta). Kebiasaannya hanya 4-5 saf sahaja yang penuh dan saya dapat melihat kaabah sewaktu sembahyang walaupun hanya dibahagian atas. Sedikit jauh dari pintu masuk tapi saya puas hati kerana dapat beribadat dengan selesa.
Terima kasih Allah kerana menjemput saya dan keluarga untuk hadir ke rumah-rumah mu dan menyediakan ruang yang selesa untuk kami beribadah. Bagi mereka yang akan kesana, sesungguhnya ada ruang untuk kita beribadah dengan selesa tetapi memerlukan sedikit effort dari pihak kita. Saya tidak rasa Allah menjemput kita untuk bersembahyang diruang jalan kaki atau diruang luar masjid. Renung-renungkan lah…
0 comments:
Post a Comment