Hampir setahun kami merancang perjalanan ini. Kami amat berharap dapat mengunjungi Madinah dan Mecca sewaktu cuti sekolah bulan November/Disember 2011, tapi sewaktu itu musim haji baru selesai, pihak Arab Saudi tidak mengeluarkan visa umrah.
Terima kasih kepada agensi perlancungan Rayhar Travels Sdn Bhd yang menyediakan satu pakej yang amat baik dengan servis yang amat baik.
Terima kasih kepada semua sanak saudara yang menghantar kami ke KLIA (rasa macam nak gi haji pula). Kami bertolak dari KLIA pada 20/2/2012 ke Riyadh yang mengambil masa 8 jam, menurunkan penumpang sebelum ke Madinah 2 jam selepas itu. Perjalanan dari Riyardh ke Madinah mengambil masa 1 jam 15 minit. Tiba di Madinah lebih kurang jam 11 malam waktu tempatan. (letihnya)
Di Madinah kami menginap di hotel Taibah (50 meter dari masjid), dan kami berada diMadinah selama 3 hari.
23/2/2012 jam 9.30 pagi, kami bertolak ke Mecca. Bermiqat di Bir Ali dan tiba di Mecca sebaik sahaja azan Asar dilaungkan (so tak boleh ke hotel sehingga selepas Asar kerana jalan dihadapan masjid ditutup apabila tiba waktu sembahyang).
Kami tinggal di AlMasa hotel bersebelahan Mecca Clock Tower lebih kurang 100 meter dari masjid.
Permandangan masjid dari bilik kami.
4/3/2012, selepas 10 hari di Mecca (cepatnya masa berlalu), kami bertolak ke Jeddah selepas solat Zohor (jam 3.30 petang). Perjalanan menggunakan Saudi Air bertolak dari Jeddah pukul 10:30 malam dan tiba di KLIA lebih kurang pukul 1 tengahari (5/3) – perjalanan Jeddah ke KLIA mengambil masa 8 jam.
Terima kasih kepada semua yang menjemput kami di airport dan mendoakan kesejahteraan kami sewaktu disana. Ini adalah perjalanan yang sedikit sebanyak mengubah sempadan imam hopefully kearah kebaikan. Semoga selepas perjalanan ini Haqim akan menjadi anak yang lebih soleh. Ameen….
0 comments:
Post a Comment