Tuesday, March 13, 2012

Kenangan lalu

IMG_0002

Oktober 1990, Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk saya menunaikan fardhu haji bersama ayah dan emak. Saya masih ingat waktu itu saya baru setahun bekerja dan terpaksa meletakkan jawatan kerana tiada peruntukan untuk cuti haji dalam perkhidmatan swasta. Keinginan untuk ke Mecca melebihi segalanya.

IMG_0003

IMG_0001

Mengerjakan haji bersama mereka memberi peluang untuk saya mengenali mereka dengan lebih dekat dan perjalanan ini seolah-olah mengeratkan lagi hubungan kami terutamanya dengan ayah. Saya masih ingat bagaimana kami bersama-sama ke miqat untuk niat umrah dan sama-sama mengelilingi kaabah mengerjakan tawaf dan bersama berjalan mengerjakan saie. Saya masih ingat, ayah bergurau dengan menyepak batu kecil kepada saya diterowong sewaktu berjalan ke Jamra’ dan tidak sampai 10 langkah, selipar yang baru dibeli putus dan menyebabkan kesukaran untuk ayah berjalan ke kemah. Saya masih ingat, setiap kali tawaf dan saie ayah akan membaca doa dan saya akan mengaminkannya. Saya masih ingat ayah akan datang bilik untuk ajak saya ke masjid kerana ibu-ibu sebilik risau apabila saya berjalan sendirian ke masjid yang terletak dalam 20 minit perjalanan. Mungkin pengalaman ini menyebabkan saya amat rapat dengan ayah selepas itu.

Hari pertama di masjid, saya tidak dapat menahan air mata mengingatkan kenangan bersama aruah ayah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. AlFatihah…

0 comments:

Post a Comment