Saya masih ada inti kelapa yang digunakan dalam resepi kuih koci tempohari. So hari ini dengan menggunakan inti tersebut, saya buat kuih ketayap atau lebih dikenali sebagai kuih gulung. Ini adalah salah satu kuih yang emak suka buat satu ketika dulu. Nostalgia kejap.. Kalau inti dah ada, adunan ini menghasilkan 7-8 gulung kuih dalam masa setengah jam.
Ada dua bahagian untuk buat kuih ini. Yang pertama ialah inti kelapa. Ada dalam resepi kuih koci disini. Bahagian kedua adalah kulitnya seperti dibawah.
Kulit kuih gulung
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan air
- 1 cawan santan yang beli kat kedai tu
- sedikit garam
- 1 sudu teh pewarna hijau
- 1 sudu teh esen pandan
- 1 sudu minyak masak
- 1 biji telur
- sedikit minyak untuk dileser pada kuali
Kaedah membuat kulitnya
- Masukkan air, santan, pewarna, esen, telur dan minyak dalam blender (yap dalam blender)
- Masukkan tepung gandum dan blend semua bahan sehingga sebati dan tepung tidak bergentel
- Panaskan kuali leper, sapu minyak masak agar tepung tidak melekat pada kuali.
- Kecilkan api dan letak 1 senduk air adunan tepung. Dengan segera agihkan tepung dengan membuat bulatan dengan menggunakan belakang senduk air.
- Besarkan sedikit api dan masak hingga kulit kuih masak. Saya terbalikan lepas seketika bagi memastikan bahagian dalam masak. Angkat kulit, letakkan dalam pinggan untuk proses menggulung.
Proses menggulung kuih
- Letakkan sedikit inti kelapa di satu hujung.
- Lipat dikiri dan kanan kulit kuih.
- Gulung kuih kearah hadapan.
Petang ni, minum teh dengan emak dihalaman rumah dengan teh panas dan kuih ketayap.
Ti.. cubalah nanti beritahu kak tih jadi ke tidak….
0 comments:
Post a Comment