Jom kenali ulam-ulam kita…
Daun ceylon /selon dijual dipasar dengan harga seringgit seikat (lebih kurang sama dengan harga kangkung). Daun cekur dan kadok biasanya tiada dipasar biasa, mungkin ada di pasar tani (Saya tanam dirumah) . Diantara ulam yang akan saya beli setiap kali ke pasar untuk buat kerabu ialah daun ceylon. Saya tak tahu apa khasiat daun-daun ini tapi saya suka rasanya yang sedikit pahit (tidaklah sepahit peria)
Bagi yang ingin mencuba masakan ini, disertakan resepinya.
Bahan-bahan
- seikat daun ceylon
- 10 helai daun cekur manis
- 5 helai daun kaduk
- beberapa tangkai daun kesom (ambil daun)
- 1 batang serai dihiris halus
- 1 biji lada merah (saya tak berapa suka makan pedas – kalau nak lagi pedas hiriskan cili kecil)
- 3 ulas bawang merah dihiris halus
- 1 biji bawang putih.
- 2 ekor ikan selayang direbus dan dibuang tulang. Dihancurkan sedikit isinya.
- 2 sudu udang kering.
- 1 cawan kelapa parut (yang putih sahaja)
- 2 biji limau kasturi.
Kaedah membuatnya
- Hiris semua ulam-ulaman – daun ceylon, daun cekor, daun kaduk, daun kesum.
- Tumbuk udang kering, lada merah, serai, bawang putih. sehingga lumat.
- Masukkan bahan tumbuk, kelapa parut, isi ikan dan sedikit garam dalam kuali dan goreng sehingga kelapa agak kering dan bahan-bahan digaul dengan rata.
- Matikan api. Biar kelapa sejuk sedikit. Masukkan semua ulaman, air limau kasturi, hirisan cili kecil (jika perlu) dan hirisan bawang merah. Gaul rata.
Jika suka boleh letak sedikit taugeh. Sedap makan dengan nasi dan budu !!!. Selamat mencuba…
0 comments:
Post a Comment