Salah satu makanan kegemaran abah ialah ayam percik dan ikan percik. Dah lama tak makan ayam percik, so hari ni masak ayam percik badam untuk abah. Saya guna badam untuk memekatkan kuah dan menghasilkan kuah percik yang kurang berminyak. So bagi sesiapa yang ingin mencuba, here is the resepi -
Bahan-bahan
- 1/2 ekor ayam dibelah dua
- 1 1/2 cawan santan pekat (Dalam RM2.00 harga pada masa ini)
- 3 helai daun limau purut dihiris halus
- 1/2 kpg gula manisan yang kecil
- 3-4 sudu besar cili kisar
- 2 keping asam keping
- sedikit garam
Bahan-bahan untuk dikisar
- 5-6 biji badam
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 3 batang serai
- sedikit lengkuas
- 1 cawan air
Kaedah untuk membuat.
- Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar.
- Masukkan semua bahan dalam kuali kecuali ayam. Kacau rata.
- Masukkan ayam dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak dalam 30 minit. Terbalikkan ayam beberapa kali untuk memastikan ayam masak.
- Masak ayam dan sediit sos dalam ketuhar selama 30 minit lagi bagi menggaringkan ayam.
Nota: Resepi ini akan menghasilkan lebihan kuah percik yang boleh digunakan untuk ikan percik pula .
0 comments:
Post a Comment