Salah satu dari kuih tradisi yang terkenal diTerengganu adalah kuih lipat. Ehm.. salah satu dari kuih yang saya gemari. Diperbuat dari tepung dengan berintikan daging yang dimasak bersama bawang besar, rempah dan sedikit kicap (ada juga yang letak kentang). Sebelum kami ke umrah bulan Februari lepas, Kak Maznah memperkenalkan kuih lipat frozen kepada kami. Minggu lepas kami ke Bukit Payung untuk membeli kuih lipat frozen ini.
Inilah rupa kuih yang telah dimasak atas kuali nonstick dengan minyak yang sedikit.
Satu inovasi. Sedap kuihnya. Satu paket ada 20 biji (25 sen satu). Hanya dibekalkan oleh Kak Sharifah . Bagi yang berminat no telephone nya 0199519012. Beliau buka kedai runcit kecil. Kalau dari Kuala Berang, buat U turn dihadapan masjid biru Bukit Payung, kedainya lebih kurang 200 meter selepas Kedai Makan Maidam. (for future reference :) )
0 comments:
Post a Comment